Feb 2, 2013

Perlis

salam sejahtera semua

actually trip ke Perlis ni berlaku secara tidak sengaja. ehhhh. yer, tak segaja boleh sampai. nak tahu kenapa? sebab pada mula nya aku dan bffs memang plan nk hangout tapi destinasi tu belum ditentukan gara masing masing jenis tak kisah. pada mulanya aku bercadang nak have fun mandi manda kat the carnival, sg petani. tapi bffs aku jenis puteri lilin, semua takot hitam haha so plan ke carnival dibatalkan dan ended up we went to Perlis. hee~

selepas plan punya plan. akhirnya semua setuju nak pergi Perlis pada 31 januari yang lepas. aku bertolak dari sg petani tepat jam 8.15 pagi. plan nya nak gerak pukul 9. but since aku kena picked up waheda di guar chempedak dan farah di sg limau, so kena la gerak awal sikit. Alhamdulillah pagi tu cuaca pon okay, tak panas sangat dan tak hujan. setelah selesai picked up semua orang, kami terus bergerak menuju ke Perlis dengan girang bersama sebuah lagi kereta kawan aku. so semua 2 kereta la. Actually, aku baru fully dapat lesen, i mean lesen aku dah tamat tempoh P. yeppi! so nak celebrate la konon boleh jadi pemandu secara rasmi dengan percubaan pertama drive sendiri sampai ke Perlis huehuehue

semasa dalam perjalanan, kawan aku dah mengeluh banyak kali sebab perjalanan ke Perlis mengambil masa hampir 2jam lebih, plus kami tak masuk highway. so semua tu agak memakan masa. Destinasi pertama kami ialah Padang Besar. tepat pukul 12 tengah hari kami selamat tiba di padang besar. Tempat wajib yang mesti dilawati jika ke Perlis. dekat sini banyak barang yang murah berbanding di tempat lain seperti jersi bola, pakaian wanita dan lelaki, cermin mata, makanan, produk kecantikkan, beg tangan, tudung dan macam macam lagi. yang best nya kat sini boleh tawar menawar dan kena pandai survey harga juga dengan kedai lain. selalunye kedai di luar kompleks lebih murah sebab mereka menjual secara borong dan kedai di dalam kompleks agak susah nak mintak kurang sebab rata rata penjual runcit secara kecil kecilan sahaja hehe



lunch time!!
seriously, padang besar ni memang menghabiskan duit aku. mana tak nya, tengok semua benda nak beli jer. alahaii.. nasib baik bawa duit cukup cukup jer. kawan aku sempat shopping baju, pencuci muka, kerepek dan lain lain. hampir 3 jam juga la kat sini hehe setelah puas membeli belah dan pusing satu padang besar, kami meneruskan perjalanan untuk melihat burung unta. tak ingat tempat tu, tapi dekat sangat dengan padang besar. semua takut takut nak bergambar sebab tengokkan leher burung unta yang panjang tu, takut tengah posing dia ngappp kepala hahaha



kemudian kami bercadang nak ke Tasik Tasok tapi cuaca yang panas terik membuatkan kami terus bertukar fikiran. destinanti seterusnya ialah Gua Kelam. ni first time aku pergi Gua kelam. padahal dah sampai Perlis berpuluh puluh kali, cuma tak berpeluang lagi nak ke Gua kelam. so, kali ni tercapai juga hasrat aku setelah sekian lama nak pergi. dengan bffs since high school pula tu. mesti la lagi best kan? =)

tempat luncur utuk bermandi manda, depan entrance gua kelam

berposing di kaunter tiket
sebelum masuk ke gua kelam

pertengahan jalan di dlm gua kelam
bayaran dikenakan rm1 sahaja seorang dan untuk kanak-kanak hanya 5 kupang. setelah penat berjalan hingga ke hujung gua, kami sempat berposing even gelap gelita hehe nasib baik takda kelawar ke atau benda lain. takut juga gelap gelap camtu tiba tiba ada serangga merayap kat badan. meremang bulu roma cheq oii. dalam ni juga kami boleh lihat struktur gua dan kristal. cantik sangat! bersinar sinar macam berlian. siap sentuh lagi sebab teruja tengok haha

kemudian, kawan aku teringin nak pi Wang Kelian. memandangkan tak jauh daripada gua kelam, jadi ada la juga keinginan nak pergi sana. yela, bukan senang nak boleh berjalan sakan macam hari ni. tapi niat kami semua terhenti apabila alif bagitahu yang Wang Kelian tu lebih kurang macam padang besar juga dan banyak barang murah murah. murah tak murah, duit dah habis banyak kat padang besar tadi. jadi, lain kali jela datang pula huhu

memandangkan dah petang, kami menuju ke Kuala perlis untuk melihat keindahan laut dengan angin sepoi sepoi. fuhhh.. memang layan duk tepi laut time petang camni hehe sepanjang sisir laut tu, ada orang jual 'cucuk cucuk'. ala yang hotdog, fishball, isi ketam dan macam macam tuuu. since masih kenyang lunch tadi, so kami take light dinner jer =) beli cucuk cucuk tu then makan tepi laut. mula la sorang sorang teringat zaman sekolah dulu. asal stress jer terus pi laut kat area kuala sala, 15min jer daripada sekolah. lepas tu jerit sekuat mungkin then balik asrama haha rindu sangat zaman sekolah dulu~

dalam pukul 6 setengah kami beransur pulang. seronok sangat dapat spend time with my girlfriends. macam macam borak dalam kereta. topik hot, KAWEN! haha hope kita dapat lagi spend time macam ni. pergi tempat lain pula. langkawi ke penang ke hehe. love you guys so much my dear beloved girlfriends~ <3 again="" meet="" p="" perlis.="" till="">

since high school till now. heart them <3 td="">





Jan 29, 2013

bridal hunting

Assalamualaikummm

Amboii tajuk entri! 'bridal hunting' gituewssss~ Actually its not me whom getting married. choiii.. saja bikin suspen awal-awal hehe its my dear brother! hes getting married this coming august. sebenarnya aku tak rapat sangat dengan dia but somehow we getting close since he came back from Dublin. its a good sign i guess. 

so, here am i. helping him searching barang barang nak kawin. baju, pelamin, kad jemputan, photopgrapher and what not. seharian berjalan cari kedai pengantin dan suvey apa yang patut memang sangat memenatkan segala urat dan tulang di badan. the best part was i'm totally amazed every time i saw baju pengantin. chantek! and the price too hehe since my brother nak simple, affordable yet looks expensive, and alhamdulillah we did found few bridals which suits my brother's budget. 

Pakej paling murah sekali rm1400 +++ sekali baju sepasang, hias bilik tidur, aksesori baju, kasut dan pelamin. kalau nak baju sahaja, rm300++ dah dapat. tapi kebanyakkan standart price rm500. kalau nak murah dan cantik rajin la survey yer. bagi aku tak perlu lah nak menghabiskan wang beribu riban untuk majlis satu hari jer. memang la orang cakap, sekali seumur hidup kawin tu. so kalau boleh nak semua cantik cantik. tapi masalahnya, ukur baju dibadan sendiri. kalau ada bajet tinggi, teruskan. ini yang tiada bajet tapi nak juga buat secara mewah. takkan hari bahagia pon nak hutang keliling pinggang. sendiri mau ingat la~

bagi aku, mas kawin dan hantaran pun dah berapa. duit untuk rewang lagi, baju kawin, kasut, doorgifts, pelamin dan semua tu memerlukan wang yang sangat banyak. padahal fasa selepas hari perkahwinan tu lagi penting dan memerlukan wang yang sangat banyak untuk membina sebuah keluarga baharu. yela, mana kan duit untuk rumah lagi, kereta, barang isi rumah lagi. haa kan pakai duit lagii. kalau hari kenduri dah menelan belanja yang banyak, mana duit untuk kemudian hari nya? fikir kena jauhhh. dan aku harap, aku takkan bebankan bakal suami aku dengan mas kawin dan hantaran yang tinggi. persiapan perkahwinan sekadar yang mampu. insyaAllah. Nabi Muhammad saw pernah berkata 'sebaik baik perkahwinan ialah yang rendah maharnya'. hadis ni bermaksud, perkahwinan yang tidak dibebani oleh mas kawin yang tinggi dan membebankan bakal suami untuk melangsungkan perkahwinan. oleh itu, mahar yang rendah memudahkan penyatuan dua jiwa untuk bersatu melalui perkahwinan.

back to my brother, he prefer to wear songket. yela trend songket dah naik balik sekarang. plus, it looks traditional and elegant =) since his fiance staying at selangor, so he needs someone to accompany him especially in this matter. you know, pilih baju.. shopping.. apa yang cantik apa yang tak.. colors. lelaki kan jenis tak kisah. kalau boleh semua menda dia tak kisah, asal ada jer.tapi perempuan remeh dan particular sikit. iye idok? hehe antara bridals yang sempat kami survey adalah renjis renjis dipilis, bernard dan zaha wedding planner. lepas habis survey terus balik rumah merehatkan badan. oh nikmatnye. till meet again for the next entry~ 


Jan 23, 2013

inter semester break

since sekarang aku tengah inter semester break, aku sempat buat 'to-do-list' sepanjang cuti ni. sebenarnya aku cuti hampir sebulan tapi cutiku menjadi kian singkat dan pendek gara-gara habis final paper lambat dan padat dengan aktiviti kelab. blerghhhh~ so meh aku cerita sikit 'to-do-list' aku sepanjang 2 minggu ni.

To Do Lists

1#re-deco my room (DONE!)
2#renovate our attic as a room. this is my mum idea but i've to do it alone! since im the only one who have nothing to do at home -__-"
3#tidy up the whole house. even sebulan pon belum tentu habis kemas
4#skincare hunting. since almost 5 months aku guna la peau extremely expensive dan didnt gives any different to my skin. at all! so kena cari skincare baru to replace.
5#hangout with my long-time-no-see-like-once-a-year girlfriends
6#nak godeh new resepi dan make it as my masterpiece. oyeahhh
7#siapkan new blog, page and fb profile for my business online

tak tahu sempat ke tak nak buat semuanya. hopefully sempat la. tinggal 10 hari je lagi before new semester begins. ohhh tak puas lagi cutiiiiiiii. yang tak best nya, tiba-tiba template blog ni prob pula. jadi berwajah hodoh seketika. nak kena cari masa nak godeh template ni satu hal haihhh.oh yeah, aku sempat keluar sekitar sungai petani and guess what? it changes a lot i guess. its been like 3 months ive been busy at campus and do not have any chance to go back. well, i'm really impressive with my town and its new looks ehe~ Till then, happy holiday guys and take care :3