Assalamualaikummm
Amboii tajuk entri! 'bridal hunting' gituewssss~ Actually its not me whom getting married. choiii.. saja bikin suspen awal-awal hehe its my dear brother! hes getting married this coming august. sebenarnya aku tak rapat sangat dengan dia but somehow we getting close since he came back from Dublin. its a good sign i guess.
so, here am i. helping him searching barang barang nak kawin. baju, pelamin, kad jemputan, photopgrapher and what not. seharian berjalan cari kedai pengantin dan suvey apa yang patut memang sangat memenatkan segala urat dan tulang di badan. the best part was i'm totally amazed every time i saw baju pengantin. chantek! and the price too hehe since my brother nak simple, affordable yet looks expensive, and alhamdulillah we did found few bridals which suits my brother's budget.
Pakej paling murah sekali rm1400 +++ sekali baju sepasang, hias bilik tidur, aksesori baju, kasut dan pelamin. kalau nak baju sahaja, rm300++ dah dapat. tapi kebanyakkan standart price rm500. kalau nak murah dan cantik rajin la survey yer. bagi aku tak perlu lah nak menghabiskan wang beribu riban untuk majlis satu hari jer. memang la orang cakap, sekali seumur hidup kawin tu. so kalau boleh nak semua cantik cantik. tapi masalahnya, ukur baju dibadan sendiri. kalau ada bajet tinggi, teruskan. ini yang tiada bajet tapi nak juga buat secara mewah. takkan hari bahagia pon nak hutang keliling pinggang. sendiri mau ingat la~
bagi aku, mas kawin dan hantaran pun dah berapa. duit untuk rewang lagi, baju kawin, kasut, doorgifts, pelamin dan semua tu memerlukan wang yang sangat banyak. padahal fasa selepas hari perkahwinan tu lagi penting dan memerlukan wang yang sangat banyak untuk membina sebuah keluarga baharu. yela, mana kan duit untuk rumah lagi, kereta, barang isi rumah lagi. haa kan pakai duit lagii. kalau hari kenduri dah menelan belanja yang banyak, mana duit untuk kemudian hari nya? fikir kena jauhhh. dan aku harap, aku takkan bebankan bakal suami aku dengan mas kawin dan hantaran yang tinggi. persiapan perkahwinan sekadar yang mampu. insyaAllah. Nabi Muhammad saw pernah berkata 'sebaik baik perkahwinan ialah yang rendah maharnya'. hadis ni bermaksud, perkahwinan yang tidak dibebani oleh mas kawin yang tinggi dan membebankan bakal suami untuk melangsungkan perkahwinan. oleh itu, mahar yang rendah memudahkan penyatuan dua jiwa untuk bersatu melalui perkahwinan.
back to my brother, he prefer to wear songket. yela trend songket dah naik balik sekarang. plus, it looks traditional and elegant =) since his fiance staying at selangor, so he needs someone to accompany him especially in this matter. you know, pilih baju.. shopping.. apa yang cantik apa yang tak.. colors. lelaki kan jenis tak kisah. kalau boleh semua menda dia tak kisah, asal ada jer.tapi perempuan remeh dan particular sikit. iye idok? hehe antara bridals yang sempat kami survey adalah renjis renjis dipilis, bernard dan zaha wedding planner. lepas habis survey terus balik rumah merehatkan badan. oh nikmatnye. till meet again for the next entry~
No comments:
Post a Comment