Assalamualaikum
hari ini nak cerita pasal makanan! siapa tak suka makan? tipu la kan kalau sehari tak jamah langsung even fasting pun ada break fast. aku suka makan dan makan itu suatu nikmat yang tak terhingga bagi aku (hello, tengok badan dan pipi la -_-' ) kalau nak cerita pasal makanan kegemaran, mungkin sampai bila-bila tak akan habis.berapa juta jenis makanan duk ada! haizzzz senarai-lah kau sampai lebam...
sekarang kita boleh nampak sendiri bersepah-sepah gerai makan dan restoran di mana saja. pelbagai juadah dan hidangan disediakan demi memenuhi citarasa pelanggan, dari makanan tradisional sehingga lah makanan barat dan timur tengah.makanan segera patah lagi.tapi,megi sedap kan? top dishes di ostel-ostel dan rumah sewa. kan?kan?kan? (tak perlu nak berselindung segala, sudah terlambat!! haha) seriously, aku suka sangat makanan di Thailand. pelik dan sedap! kombinasi yang menarik bukan haha kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita makan tu berkhasiat ke bersih ke halal ke. yang kita tahu, asal perut berkeroncong mintak di isi terus saja dijamah tak kira apa jua makanan yang ada di depan mata kita.
mak aku selalu pesan 'ish, tak payah la makan menda-menda macam tuh. tak tau halal ka dak. Ingat sikit, kita kena amik kisah sal makanan ni.apa yang kita makan tu jadi darah daging kita.esok nanti Allah persoal kenapa tak cari yang halal malah sebaliknya?' diam juga aku seketika.makanan segera seperti McD, KFC, pizza hut dan sebagainya, memang kita tak ragu-ragu makan sebab punya besar gedabak logo halal tapi adakah ia benar-benar halal? dunia sekarang ni, ada duit je semua boleh buat. kan pernah ada kes logo halal boleh dijual beli dengan begitu mudah sekali. kita tengok ayam, betul ke dia sembelih ikut cara islam? ada bukti? penah tengok sendiri macam mana ayam tu di proses? heeeee sendiri jawab la kan... aku sendiri pun tak tahu =)
yang penting air kosong kena minum 6 hingga 8 gelas sehari. baru kekal anggun,langsing dan awet muda haha ok! itu merepek. semalam, saja aku google then jumpa entry sal air ini. badan kita sangat memerlukan air hampir 90% daripada makanan. woot woot terpegun haku.jadi, kepada sesiapa yang nak mengamalkan diet atau nak menurunkan berat badan tu. banyak-banyak la minum air kosong dari air manis. seelok-eloknya minum air dulu sebelum makan supaya kita tak makan berlebihan. bila jadi obese nanti bising pulak nak kurus segala :P dan jangan sesekali mengamalkan supper. jangan jangan jangan
okay! perut dah lapar sebab cerita pasal makanan saja. oh tidakkkk! 2 hari lepas buat aku ada buat puding pic dan masih berbaki sehingga hari ini. 3 bekas kot. nak ke? tak nak bagiii haha baru ingat nak post resepi nya, mungkin next time jela yer. eh kenapa music kat blog aku terkentut-kentut gayanya.. terbantut aku nak melayan.jaga kau, aku sumpah jadi hambuger macam pic atas baru tahu LOL. mari pergi ke dapur korek-korek apa yang ada untuk dimakan huhu
p/s: tersenyum lebar tatkala puding yang sejuk memasuki mulut... aaa sedappppppppp =)
No comments:
Post a Comment