Mar 29, 2011

jalan-jalan


Assalamualaikumm

Dah lama tak update belog, dah bersawang pun. Sebenarnya aku dalam minggu yang sangat sesak dengan assignment dan final exam. Kesian kan? nages laju laju Tapi takpe, belajar punya pasal. Redah jep walaupun hati dah tak rela nak tanggung. Memandangkan agak lama aku tak update, jadi banyak ler benda nak cerita. Cecite..cecite..cecite =D

Minggu lepas:

Aku pergi rumah member aku, Mastura nama nye kat Ampang. Lepas habis kelas terus gerak even time tuh dah malam sebab kawan aku dah ‘sakitrumah’ sangat-sangat. Macam hari esok takde jep kan? Mula-mula naik bus pergi Putra then turun kat KLCC then naik rapidbus ke rumah dia. Jauh perjalanan memang luas la kan pemandangan aku ni. Sampai jep Ampang sekali ada pasar malam daa.. dah la aku gila dengan pasar malam, memang kompom kompon aku singgah punya. Bukan nak membeli tapi hanya menjamu mata saja haha pusing punya pusing sekali kawan aku beli tauhu bakar. Perghhhhhhh sedap gila!!!!!!!!!! 1st time kot aku makan. Agak jakun disitu hee =D lepas tuh berjalan lah aku sampai ke rumah dia, boleh tahan gak jauh. Bersenam malam-malam, apekah??

Keesokkan harinya aku pergi masjid India sebab nak teman kawan aku borong selendang dan niat aku hanya 1 : nak ke central market huhu hari tu hari Jumaat, jadi kami bajet tak lah sesak sangat orang sekali takde maknanye Timah oiiiiii. Ramai bebenor… punya asyik borong selendang sekali dengar orang azan, solat Jumaat rupanya hehe dan 1 keadaan yang aku tak pernah tengok dan alami bila tiba-tiba semua jalan dan lorong kat masjid India tadi penuh dengan orang nak solat Jumaat. Punya ramai tak tahu nak cakap ler.. mula-mula aku ingat orang yang berniaga kat situ tak solat. Yela, dah jadi lazim orang berniaga macam tu sanggup tinggal solat demi perniagaan. Tapi Alhamdulillah lah, mereka masih menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim =)


Kemudian, kami menuju ke central market. Nak tahu kenapa aku beriya-iya sangat nak ke sana? Jeng jeng jeng LOL aku nak cari Takoyaki!! Sebab tuh jep =) mula-mula cari tak jumpa lepas tuh pusing lagi dan pusing lagi jumpa Watson. Masuk jap nak ushar barang, sekali tersangkut gak dek promosi haizzzzzz perempuan.. perempuan... Elok jep kuar dari Watson, terus nampak kedai yang dicari-cari. TAKOYAKI!!  Sementara tunggu dia masak aku pergi pusing kat kedai lain dulu. Wah, ada t-shirt comel.. terus rembat 1 even time tuh dah sengket tak ingat apa dah heeee =D amaran: jangan bawa duit banyak-banyak bila pergi central market dan jalan masjid India!!! Banyak benda yang akan mengoda korang habiskan duit kat sana. sebenarnya aku nak makan takoyaki tuh sebab tertarik baca 1 artikal kat metro hari tuh. Sanggup aku redah semua halangan demi takoyaki.. haha





No comments: