Apr 11, 2011

kurang waras di situ

hari ni macam macam menda jadi. menda menda yang tak best lah senang cita. 1st, tak dapat MARA sebab aku ipta. 2nd, student division call sebab PTPTN aku tak lengkap. 3rd, tiba-tiba coursemate aku cakap final exam masuk 8 chapters padahal lecturer aku cakap 6 jep chapters (pasal exam pon nak kecoh =P) lastly, template blog aku corrupt lak.

haizz bertambah-tambah menda yang tak best jadi kat aku. 1st and 2nd dugaan tuh yang paling aku risau. mana mau cekau duit bayo fees.. OmaGadddd sangat!! harap harap menda semua ni tak jejaskan aku untuk last paper esok.

sekarang ni rasa macam nak JERITtttttttttttttttttttttt kuat kuat. nak marah orang. nak gigit orang. nak duduk dalam almari pun ada tiba-tiba. oh benci nye bila ada perasaan macam ni. bayangkan muka aku bila marah orang.... (hidung kembang, muka merah sambil ala ala asap kuar serta biji mata yang tersedia kecik jadi beso) hello inci perasaan marah dan kurang waras, saya tak suka awak. jadi sila jauhkan diri anda daripada saya boleh?? saya benci bila marah orang sebab kecomelan saya bakal terjejas (comel ke?)

aku perlukan hiburan selama 15min untuk hilangkan perasaan ni. tapi tak berjaya *sigh *sigh *sigh arghhhhh saya sangat lah seteresssssssssssssssssssss. hormon tengah bulan barangkali. agak-agak kalau aku layan maharaja lawak boleh hilang ke? mungkin ucop welcha patut hiburkan hati aku dengan tarian comelnya (sape setuju angkat tangan macam saya LOL)






nota kaki: sila jauhkan diri awak,awak dan awak dari saya sebab hormon kurang waras saya mungkin akan sakitkan hati awak, awak dan awak

No comments: