Assalamualaikum...
hujung minggu! yey atau hurmm? kerja bertimbun tapi mood malas. okay! itu tidak bagus. kehidupan di Gombak sangat berbeza dengan kehidupan di Nilai. Nilai selalu nye lebih meriah dan Gombak sangat-lah sunyi seperti di tanah perkuburan. ini bukan hyperbola tetapi situasi sebenar. gerun bukan? di tempatkan 1 bilik berserta 4 compartment di mana setiap orang diberi ruang masing-masing bukanlah sesuatu yang menyeronokan. aku benci kesunyian kerana seolah-olah aku putus dengan dunia sebenar.
seperti insan yang lain, aku ada hari-hari yang mengembirakan dan menyedihkan.aku bersyukur setiap perkara yang berlaku ke atas aku. aku punya keluarga yang selalu berada di belakang aku tak kira apa jua keadaan. punya ibu dan bapa yang memberi segalanya, abang abang yang selalu sengal dan selalu melayan kerenah aku,kakak yang garang tapi baik hati, adek adek yang comel tapi selalu menaikkan darah aku. oh aku suka semua itu. ya, aku tak pernah ucapkan aku sayang kalian semua tapi jauh di sudut hati aku, aku sangat sangat sangat sayangkan kalian semua.banyak yang aku perhati, rakan-rakan aku punya keluarga yang berada dan mewah tapi mereka tidak punya kasih sayang. itu membuatkan aku lebih menghargai keluarga aku sekarang. Allah telah kurniakan aku segala-galanya...
sekarang aku mengalami sedikit perubahan, penyakit newbie mahasiswi barangkali. ingin bergaya dan ubah penampilan, berlagak belajar bagai nak rak,mencari pasangan hidup yang sanggup berada di sisi dalam apa jua situai dan berubah sikap ke arah kebaikkan. aku bukanlah seorang yang pandai berkata-kata dan kata-kata aku selalu disalah ertikan.ia selalu terjadi.. *sign
bercakap mengenai pasangan hidup. kawin jer nampak LOL (bajet dah cukup dewasa bercakap mengenai soulmate) bagi aku couple itu tidak salah jika kena cara nya.tapi, zaman sekarang macam-macam perkara berlaku.kita selalu nampak, bila dah declare couple mula la nak berpegang tangan dan segala bagai.konon nak bermanjalah apa lah. hey! hey! hey! sedar sikit wahai gadis. dia bukan halal lagi bagi kamu. jadi jagalah sebaik mungkin maruah dan mahkota dirimu untuk yang halal.insyaAllah, kalau kamu jaga diri kamu, nescaya Allah juga akan menjaga diri kamu. takut hubungan kita hanya berlandaskan nafsu semata-mata. bukankah kita mencari keredhoaan Allah dalam setiap perhubungan? barulah perhubungan itu kekal dan harmoni.
aku selalu mengejar kesempurnaan dimana aku sendiri tidak sedar akan kekurangan sendiri dan aku mulai sedar, kesempurnaan itu tidak membawa apa-apa akhirnya. alhamduillah, aku menemui seorang insan yang tidak membawa aku ke arah kelalaian,tidak memaksa, selalu memberi semangat dan dorongan, menjaga batas pergaulan dan menerima aku seadaannya. hampir setahun mengenali si dia, banyak perkara di luar jangkaan aku berlaku.kadang-kadang aku rasa seperti tidak layak menerima layanan nya.he's so different. thanks to him for everything =)
No comments:
Post a Comment