Dec 13, 2010

Ta'aruf week

Assalamualaikum

finally, ta'aruf week end. whoahhh lega weh. setelah 3 hari berturut-turut terseksa dan diseksa dengan briefing dan terkejar-kejar curi masa untuk makan,solat dan TIDO. okay! aku sudah ada eyes bag. yey!! mata dah macam panda disitu ya.aku hanya mahu tidur yang cukup. terima kasih...

1st day register agak jakun setiba di Gombak. maklumlah pertama kali sampai sana kan.masuk Gombak macam masuk theme park saja (yeke?) aku dapat ground floor yaww.. aku dah penat mendaki tangga selama 3 sem di Nilai. aku dapat ground floor pun atas kehandalan dan bakat yang sedia ada digunakan sebaik mungkin. siapa sakit lelah masuk special case dan di tempatkan di ground floor. jadi, aku cakap lah aku ada lelah even tak betul pun. ternyata berjaya skill aku hahah 

ta'aruf kali ni tak memenatkan sangat tapi penuh dengan kebosanan melampau. the last day of ta'aruf baru rasa happening.. persembahan dari pelbagai kelab agak terhibur dengan alunan muzik angklung,caklempong, tarian zapin dan dikir. suasana menjadi lebih gamat tatkala international students dengan tanpa segan silu nya bersorak dan berjoget di depan pentas tanpa diundang untuk berbuat sedemikian rupa. sumpah kelakar!!!! hahaha hilang juga bosan aku dalam dewan tuh.

walaupun dalam minggu ta'aruf, tetapi test sedia menanti kami dengan setia. 2 test yang perlu diambil semasa minggu ta'aruf iaitu test FKT (foundation knowledge test) dan TPT (tilawah placement test). test tilawah aku dah cuak gila sebab sudah menjadi kebiasa tatkala membaca dihadapan khalayak ramai dan orang lain selain diri sendiri mesti GELABAH tak menentu. alhamdulillah, semua pass.. yey!!

tahun ni sambut birthday masa ta'aruf saja. oh sangat sedih sekali tanpa dirai oleh siapa siapa sob..sob..sob.. even kawan-kawan kat Gombak pon tak ingat. oh lagi lah sedih huhu rupanya, mereka berjaya mencapai pakatan untuk suprise kan aku. terharu weh korg... even sibuk sibuk dan penat nak mati masa ta'aruf pon korg ingat juga hari lahir aku. thanks korg.. apa lagi, call free lah menanti hahahah selamat hari lahir yang ke 19 kepada diri sendiri. semoga bertambah ketinggian,kecomelan dan sabar menempuhi dunia baru di Gombak.. amin~

sejuk gila kat sini. setiap pagi mesti kipas in off mood.. kaki dah tak sanggup nak jejak lantai.. dan dekat cameron pun ada. disebabkan ta'aruf yang agak terseksa dengan kurang tido dan segala bagai. aku demam!!! tak best betul. jadi sotong jep lembik semacam hahaha cukup sekadar ta'aruf kali ni, mata pun dah mengantuk. esok pagi dah kena merangkak ke kelas... sekian~


we are officially iium students 2010/2011 =)


4 comments:

♥KHAIRI♥ said...

mahallah ape?

Cik Maira said...

halimah..
ujung nun sana
haha
khai mahallah mne?

♥KHAIRI♥ said...

asma'

halimah blok ape?

Cik Maira said...

halimah
blok F, 1.4
meh la singgah lau free hehe
khai duk bilik ane?