Assalamualaikum
tarikh hari ini lawa kan? patut-lah banyak kenduri kawin hari ni. nanti 11.1.11 dan 11.11.11 pun mesti ramai gak yang kawin. tarikh nak cun-cun je kan. acap kali tahun baru, mesti sibuk-sibuk nak pasang dan tanam azam baru. padahal azam tahun lepas pun belum semua dapat tunaikan.
hari ni merupakan hari lahir sahabat karib aku, farah nazirah badardin dan beberapa orang sahabat lain iaitu ichi (budak Republic),yazid(sahabat lama) dan amir (sahabat lama). selamat hari lahir kawan =) 20 sudah kamu semua.saya ulang, dua puluh tahun ya. tiada lagi belasan tahun seperti sebelumnya. hari ini juga telah perginya seorang pelakon tanah air iaitu faizal yusof. semoga arwah ditempatkan bersama-sama para soleh solehin.Al-Fatihah....
seperti tahun-tahun yang lepas, azam aku sempena tahun 2011 ni:
1-semoga aku meninggi dan bertambah tinggi
2-mendapat tempat dekan semester ini
3-menjadi lebih rajin dan berkeyakinan tinggi
4-bertambah-tambah kecomelan haha
5-menjadi anak yang solehah =)
6-menguruskan badan
7-terus tersenyum pada hari akan datang
semoga semua azam pada 2011 tercapai dengan jaya nya.AMIN~
azam anda pula bagaimana?
No comments:
Post a Comment