Assalamualaikum
tarik nafas dalam-dalam dan hembus sekuat mungkin sehingga kedengaran bunyi 'HUH' disitu ya. lakukan seberapa mungkin yang anda mahu. cuma nak cakap aku sangat LEGA sekarang ni. semua dah selesai... Hooray!!! =D tiada lagi minggu neraka yang sangat menyeksakan untuk berjaga malam sehingga larut pagi semata-mata nak mengadap buku. cewah, bajet rajin konon =P padahal paper communication tak perform well langsung dan rasa macam nak tikam diri dengan lobak putih HAHA nasib lah ada paper lain jadi penyelamat keadaan.. phewww
satu sahaja dalam ingatan sekarang ni. nak balik rumah!!!!!! huhu mak!ayah!cik zam!alip!fido!aida!.my!adek! tunggu kepulangan saya ya n_n.. oh sangat bahagia tatkala mengenangkan cuti pertengahan semester telah bermula. sudah puas aku merasa se-te-res yang melampau disini. exam jep memanjang nyah oiiiiiiii assignment tak payah cakap lah. bertimbun-timbun kena siapkan. tak pe tak pe tape.. chill jep cik maira =)
bila balik rumah je mesti fikir nak mahirkan kemahiran memasak aku ni.ecewah... aku suka masak tapi tak suka makan masakan sendiri. bukan sebab tak sedap ke apa tapi macam tak feel je makan masakan sendiri. nasib baik ada adek-adek aku yang memang sedia maklum jadi tukang sapu habis kan.. semangat dah ada tapi tak tahu lah bila balik nanti rajin ke tidak jadi nya hehe
hari ni juga macam-macam menda berlaku.. yang best pun ada yang tak best pun ada. yang best nya, semestinya lah pasal exam dah habis dan boleh lah berfoya-foya dengan benda tak berfaedah hehe yang tak best nya, benda yang selama ni aku cuba bertahan,selindung dan berlagak tiada apa yang berlaku akhirnya tercetus juga. jangan salahkan aku atas apa yang berlaku sebab kau yang paksa aku buat luar alam punya kerja. aku cuba jaga kawasan aku sebaik mungkin tapi kau dah melampaui batas yang aku bagi. jadi terima saja akibatnya....
No comments:
Post a Comment