Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Jan 28, 2011

a Big Hooray =)


Assalamualaikum

tarik nafas dalam-dalam dan hembus sekuat mungkin sehingga kedengaran bunyi 'HUH' disitu ya. lakukan seberapa mungkin yang anda mahu. cuma nak cakap aku sangat LEGA sekarang ni. semua dah selesai... Hooray!!! =D tiada lagi minggu neraka yang sangat menyeksakan untuk berjaga malam sehingga larut pagi semata-mata nak mengadap buku. cewah, bajet rajin konon =P padahal paper communication tak perform well langsung dan rasa macam nak tikam diri dengan lobak putih HAHA nasib lah ada paper lain jadi penyelamat keadaan.. phewww

satu sahaja dalam ingatan sekarang ni. nak balik rumah!!!!!! huhu mak!ayah!cik zam!alip!fido!aida!.my!adek! tunggu kepulangan saya ya n_n.. oh sangat bahagia tatkala mengenangkan cuti pertengahan semester telah bermula. sudah puas aku merasa se-te-res yang melampau disini. exam jep memanjang nyah oiiiiiiii assignment tak payah cakap lah. bertimbun-timbun kena siapkan. tak pe tak pe tape.. chill jep cik maira =)

 bila balik rumah je mesti fikir nak mahirkan kemahiran memasak aku ni.ecewah... aku suka masak tapi tak suka makan masakan sendiri. bukan sebab tak sedap ke apa tapi macam tak feel je makan masakan sendiri. nasib baik ada adek-adek aku yang memang sedia maklum jadi tukang sapu habis kan.. semangat dah ada tapi tak tahu lah bila balik nanti rajin ke tidak jadi nya hehe

hari ni juga macam-macam menda berlaku.. yang best pun ada yang tak best pun ada. yang best nya, semestinya lah pasal exam dah habis dan boleh lah berfoya-foya dengan benda tak berfaedah hehe yang tak best nya, benda yang selama ni aku cuba bertahan,selindung dan berlagak tiada apa yang berlaku akhirnya tercetus juga. jangan salahkan aku atas apa yang berlaku sebab kau yang paksa aku buat luar alam punya kerja. aku cuba jaga kawasan aku sebaik mungkin tapi kau dah melampaui batas yang aku bagi. jadi terima saja akibatnya....



Jan 22, 2011

the hell weeks

tajuk pun dah nampak macam se-te-res gile kan? saya sedang mengalami minggu-minggu neraka harap maklum. weekend ni ada mid-terms. 2 paper jer.jer??? bermula dari hari jumaat iaitu semalam dan hari ni. dua-dua subjek membunuh habisan. aku rasa macam nak hentak-hentak kepala dimeja dan nages laju-laju je masa dalam dewan. tak boleh jawab huhu lepas exam tadi ada study circle (halaqah) tapi aku skip hehe stress punya pasal. punya nak sedapkan hati dan tak nak terjebak dengan emosi yang melampau, terus aku berlagak cool pergi makan dan tido. lepas bangun terus rasa segar dan tak ingat apa-apa. barulah ada harapan nak hidup hahahah

paper semalam pun boleh tahan susah dia tapi kurang-kurang aku boleh je goreng ape yang patut. tapi, paper hari ni ya Allah, terlampau senang sampai aku speechless nak jawab ape nak tulis ape pun tak tahu LOL nasib baik atas jasa budi baik seorang hamba Allah, aku mampu beli buku teks padahal esoknye dah nak exam...

minggu neraka aku tidak terhenti disitu, malah makin bertambah. bermula dari minggu hadapan iaitu hari isnin hingga hari jumaat, aku akan berhadapan dengan 4 papers dan 1 kelas skill  *sigh *sigh *sigh memang tak ada gap langsung even sehari untuk bersenang lenang. seronok kan? -_-" minggu depan punya mid-terms lagi la terbaik sebab banyak subjek agama dan must has quranic verses as evidence. baca dan hafal lah kau sampai lebam wahai cik maira. 

walaupun rasa sangat beratnya tapi bila fikir lepas habis mid-terms boleh balik rumah terus semangat berkobar-kobar nak study sampai lebam mata macam panda. nasib panda comel haha baru berangan nak balik rumah awal tapi disebabkan kelas library skill punya angkara terpaksa kuburkan hasrat yang terpendam tu huhu lama sangat tak balik rumah, rindu kedah~