May 15, 2011

oreo cheesecake

 Assalamualaikum

entri kali ni aku tunaikan janji. kali ni aku nak kongsi resepi buat kek oreo berkeju =D kek ni aku buat khas untuk abang afifi aku sebab dia jarang balik rumah sibuk dengan kerja katakan. jadi aku terfikir nak buat kek ni untuk dia. kek ni juga sesuai dihidang hampir kesemua majlis seperti majlis hari lahir. sebiji kek boleh dimakan antara 10-12 orang kerana ia berasaskan keju dan muak dimakan dalam kuantiti yang banyak. tapi yang penting ia sangat lah sedap. ala ala kek kat kedai resepi rahsia... =P

Bahan asas kek
#240 gm kepingan biskut oreo yang telah dibuang krimnya
#120 gm butter cair
#50 gm walnut cincang ( boleh juga menambah/mengunakan bahan lain mengikut citarasa anda)

Cara memasak
1. Tumbuk/hancurkan biskut oreo. jangan terlalu halus.

2.Campurkan dengan butter cair.

3.Masukkan walnut dan tekan adunan pada loyang bersaiz 8 inc supaya padat. Loyang mestilah dilapik dengan kertas minyak dahulu. atau boleh juga disapu minyak di permukaan loyang dan ditabur dengan tepung. ia bertujuan supaya kek tidak melekat pada loyang setelah ia elok masak.

4.Simpan dalam peti sejuk selama 15 minit atau lebih.

Bahan kek
#700 gm krim keju
#300gm gula kastor
#8 keping biskut oreo yang telah dibuang krimnya
#3 keping biskut oreo yang diblender halus
#3 biji telur
#100 gm whipping cream
#1 sudu kecil air perahan lemon

Cara membuat
1.Putar krim keju sehingga betul betul lembut.

2.Masukkan gula dan putar lagi.

3.Masukkan telur dan lemon.

4.Masukkan whipping cream dan kacau rata.

5.Tuangkan setengah adunan dalam loyang yang berisi lapisan biskut tadi.



6.Aturkan kepingan biskut oreo.

7.Taburkan sebahagian serbuk biskut oreo yang diblender.

8.Tuangkan pula baki adunan di atasnya sehingga habis.

9.Hiaskan permukaan dengan taburan serbuk biskut oreo.

10.Letakkan loyang ke dalam dulang pembakar yang berisi air dan masukkan ke dalam oven. Jika loyang boleh diresapi air, balutkan permukaan luar loyang dengan alumunium foil untuk mengelakkan lapisan biskut pada bahagian bawahnya basah dan tidak rangup.

11.Bakar pada suhu 130 C/ mengikut suhu oven yang telah ditetapkan untuk membakar kek selama 1 ½ jam.

12.Setelah masak tutup api. Renggangkan pintu oven selama ½ jam. Kemudian barulah loyang kek dikeluarkan.

13.simpan kek di dalam peti sejuk selama separuh hari hingga semalaman supaya ia elok keras. makan ketika sejuk lebih enak berbanding tidak disimpan di dalam peti sejuk

rupa hodoh tapi rasa sedap sangat. hitam atas permukaan kek bukan hangus ok, tapi biskut oreo yang telah diblender halus =)




credit to: Malihah & hanani =)

~selamat mencuba~

No comments: