Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

May 15, 2011

oreo cheesecake

 Assalamualaikum

entri kali ni aku tunaikan janji. kali ni aku nak kongsi resepi buat kek oreo berkeju =D kek ni aku buat khas untuk abang afifi aku sebab dia jarang balik rumah sibuk dengan kerja katakan. jadi aku terfikir nak buat kek ni untuk dia. kek ni juga sesuai dihidang hampir kesemua majlis seperti majlis hari lahir. sebiji kek boleh dimakan antara 10-12 orang kerana ia berasaskan keju dan muak dimakan dalam kuantiti yang banyak. tapi yang penting ia sangat lah sedap. ala ala kek kat kedai resepi rahsia... =P

Bahan asas kek
#240 gm kepingan biskut oreo yang telah dibuang krimnya
#120 gm butter cair
#50 gm walnut cincang ( boleh juga menambah/mengunakan bahan lain mengikut citarasa anda)

Cara memasak
1. Tumbuk/hancurkan biskut oreo. jangan terlalu halus.

2.Campurkan dengan butter cair.

3.Masukkan walnut dan tekan adunan pada loyang bersaiz 8 inc supaya padat. Loyang mestilah dilapik dengan kertas minyak dahulu. atau boleh juga disapu minyak di permukaan loyang dan ditabur dengan tepung. ia bertujuan supaya kek tidak melekat pada loyang setelah ia elok masak.

4.Simpan dalam peti sejuk selama 15 minit atau lebih.

Bahan kek
#700 gm krim keju
#300gm gula kastor
#8 keping biskut oreo yang telah dibuang krimnya
#3 keping biskut oreo yang diblender halus
#3 biji telur
#100 gm whipping cream
#1 sudu kecil air perahan lemon

Cara membuat
1.Putar krim keju sehingga betul betul lembut.

2.Masukkan gula dan putar lagi.

3.Masukkan telur dan lemon.

4.Masukkan whipping cream dan kacau rata.

5.Tuangkan setengah adunan dalam loyang yang berisi lapisan biskut tadi.



6.Aturkan kepingan biskut oreo.

7.Taburkan sebahagian serbuk biskut oreo yang diblender.

8.Tuangkan pula baki adunan di atasnya sehingga habis.

9.Hiaskan permukaan dengan taburan serbuk biskut oreo.

10.Letakkan loyang ke dalam dulang pembakar yang berisi air dan masukkan ke dalam oven. Jika loyang boleh diresapi air, balutkan permukaan luar loyang dengan alumunium foil untuk mengelakkan lapisan biskut pada bahagian bawahnya basah dan tidak rangup.

11.Bakar pada suhu 130 C/ mengikut suhu oven yang telah ditetapkan untuk membakar kek selama 1 ½ jam.

12.Setelah masak tutup api. Renggangkan pintu oven selama ½ jam. Kemudian barulah loyang kek dikeluarkan.

13.simpan kek di dalam peti sejuk selama separuh hari hingga semalaman supaya ia elok keras. makan ketika sejuk lebih enak berbanding tidak disimpan di dalam peti sejuk

rupa hodoh tapi rasa sedap sangat. hitam atas permukaan kek bukan hangus ok, tapi biskut oreo yang telah diblender halus =)




credit to: Malihah & hanani =)

~selamat mencuba~

Jan 31, 2011

pudding peach

Assalamualaikum..

hai hai hai, dah lama tak post entri pasal resepi ni. kali ni cuti raya cina so, ada la masa nak main masak-masak tu hehe sebenarnya hampir setiap kali balik kedah mesti buat punya puding ni. favourite kot... sedap nya tak payah cerita la kan? umphhhhh habis la nyah oiii. tambah-tambah makan time pudding tu sejuk. wahh, bila masuk mulut tuh dah boleh rasa manis buah tu =) sebenarnya nak buat pizza dan muffin tapi lain kali jela :P jom kita tengok macam mana nak buat puding peach ni.

google image

bahan-bahan:
+ agar-agar (20gm)
+ jus peach (1/2 tin)
+ susu cair ideal (1 tin)
+ telur (3-4 biji)
+gula (3/4 cawan atau kurang mengikut citarasa)
+air panas (750 ml)

cara-cara membuatnya:
1) masukkan agar-agar bersama air panas. Gaulkan sehingga hancur dan berwarna keemasan.
2) asingkan buah peach daripada jus nya. dipotong dadu atau kecil-kecil.
3) masukkan jus peach ke dalam satu bekas bersama-sama susu cair dan telur. pukul sehingga rata.
4)kemudian satukan agar-agar dan bahan yang dikacau tadi. kacau sehingga sebati.
5)sediakan bekas dan masukkan buah peach yang telah dipotong tadi bersama-sama bahan no 4.
6)biarkan ia di dalam peti sejuk sehingga beku/keras dan siap dihidang.

senang kan nak buat? tapi selalu nya saya akan ambil 1/4 daripada buah peach untuk dikisar bersama susu cair dan telur supaya rasa buah peach itu ada. selebih buah peach nya saya akan potong kecil-kecil untuk diletakkan di dalam bekas. buah peach tu pula boleh diletak sebelum ia beku ataupun selepas ia beku. mana-mana pun boleh, ikut saja kreativiti anda bagi menyediakan setiap hidangan. 



 selamat mencuba =)

Oct 19, 2009

peach cobbler.. nyummyy!!!

suasana yang agak sua sana neh membuatkan perut berjuget seketika mengikut irama techno.. (bygkan sendiri).. setelah sekain lama tiada entry tentang makanan, kini ia kembali haha just wanna share. semalam aku buat peach cobbler..

bahan2

tepung gandum ( 1 cawan )
gula halus (1 cawan )
soda bikarbonat (1 1/2 sudu teh )
buttercup ( 275 g )
susu segar ( 3/4- 1 cawan )
buah pic ( 1 tin)
serbuk kayu manis ( 1/2 sudu teh )

cara2

1- cairkan buttercup didalam ketuhar dengan suhu 190 c
2- adunkan tepung,gula dan soda bikarbonat
3-masukkan susu segar ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati.jangan biar ia berketul-ketul
4-tuangkan adunan ke dalam bekas berisi buttercup cair tadi
5-masukan sekali jus buah pic ke atas adunan dan taburkan serbuk kayu manis berserta gula halus
6-bakar pada suhu 175-190 c selama 45 minit-1jam


sebelum


selepas

mungkin gambar di atas kelihatan kurang menarik kerana wana yang..erkkk tapi bukan hangus ya (terlebih serbuk kayu manis).. tapi rasanya mesti la enak sekali


~selamat mencuba~

Mar 18, 2009

Kek Bat!k




kali ni aku nk tunjuk cara-cara membuat kek batik lak..eh sebelum tuh..kenapa 2-2 pic lain arh?? errr.. aku pon xtaw kenapa..abaikan.khas utk eyi yg teringin nk bt kek neh.ok lets starts....

bahan-bahan:
#telur (4 biji)
#mentega/marjerin/seangkatannya (1cawan tea)
#milo/vico (1 1/2 cawan tea)
#susu pekat (suku @ separuh tin)
#biskut marie (1-2 bungkus,original flavour)
#coco power (1/2 cawan tea)

cara-cara membuatnya:

1) masukkan susu,marjerin,telur,milo dan koko dlm periuk.
   -Berbekalkan api yg sederhana maka kacau lah anda sehingga ia pekat.jikalau mahu sedikit cair.boleh lah memasukkan sedikit air.. amaran!! hati-hati kerana coco dan milo tersebut mudah hanguss.maka rajin2 lah kacau yer.. jikalau hanguss maka pahit lah kek anda itu.(asl formal neh?) ok da sebati bahan2 td..tutup api.

2)kemudian ambil biskut marie td di patah2 kan pula menjadi 4 bahagian.masukkan biskut tersebut kedalam periuk sebentar tadi lalu gaul sehingga semua biskut tersebut di selaputi dgn coco td.(coco akan mghasilkn bau dan rasa yg enak)

3)selesai perihal tersebut,maka masukkan biskut yg tlh digaul2 td ke dalam bekas lain(loyang) tekan sehingga ia rapat...ouh yaa..jika mahu anda boleh tabur sedikit badam halus/kimis/kacang/dll di ats biskut tersebut.

4)kemudian masukkan ke dalam peti sejuk atau peti2 yg ada di rumah anda...tunggu lah sampai dia keras sket.. siap dihidang!! senang bukan??


selamat mencuba~