Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts

Jan 31, 2011

pudding peach

Assalamualaikum..

hai hai hai, dah lama tak post entri pasal resepi ni. kali ni cuti raya cina so, ada la masa nak main masak-masak tu hehe sebenarnya hampir setiap kali balik kedah mesti buat punya puding ni. favourite kot... sedap nya tak payah cerita la kan? umphhhhh habis la nyah oiii. tambah-tambah makan time pudding tu sejuk. wahh, bila masuk mulut tuh dah boleh rasa manis buah tu =) sebenarnya nak buat pizza dan muffin tapi lain kali jela :P jom kita tengok macam mana nak buat puding peach ni.

google image

bahan-bahan:
+ agar-agar (20gm)
+ jus peach (1/2 tin)
+ susu cair ideal (1 tin)
+ telur (3-4 biji)
+gula (3/4 cawan atau kurang mengikut citarasa)
+air panas (750 ml)

cara-cara membuatnya:
1) masukkan agar-agar bersama air panas. Gaulkan sehingga hancur dan berwarna keemasan.
2) asingkan buah peach daripada jus nya. dipotong dadu atau kecil-kecil.
3) masukkan jus peach ke dalam satu bekas bersama-sama susu cair dan telur. pukul sehingga rata.
4)kemudian satukan agar-agar dan bahan yang dikacau tadi. kacau sehingga sebati.
5)sediakan bekas dan masukkan buah peach yang telah dipotong tadi bersama-sama bahan no 4.
6)biarkan ia di dalam peti sejuk sehingga beku/keras dan siap dihidang.

senang kan nak buat? tapi selalu nya saya akan ambil 1/4 daripada buah peach untuk dikisar bersama susu cair dan telur supaya rasa buah peach itu ada. selebih buah peach nya saya akan potong kecil-kecil untuk diletakkan di dalam bekas. buah peach tu pula boleh diletak sebelum ia beku ataupun selepas ia beku. mana-mana pun boleh, ikut saja kreativiti anda bagi menyediakan setiap hidangan. 



 selamat mencuba =)