Jan 6, 2011

class!!!

assalamualaikum

aku suka kelas introduction to communication!! sangat lah seronok walaupun kelas tu habis lewat petang. lecturer yang sangat sporting dan gelak saja sepanjang kelas dia. oh my, i really do love your class miss mariya =) selalu nya aku ke kelas bersama-sama 'sisters' aku ramai-ramai: masniza,hanis,mahfuzah dan malihah. tapi, semester ini berlaku sedikit perubahan tatkala sesi add/drop tidak mengizinkan kami berada di satu kelas yang sama. oh tidak mengapa..

2 kelas aku terpaksa survive on my own feet and the best thing is.. i did it. yey!! cewah berlagak macam budak-budak padahal sudah tua bangka -_-" ingat senang ke nak hidup kat main campus ni? sesat satu hal. kalau apa-apa hal kau sorang je tanggung tahu? kelas science of Quran sangat... err... abaikan hahaha bahasa melayu lanjutan boleh tahan la. ingat aku sudah bijak bertutur dalam bahasa melayu, malangnya aku gagal. aku perlu mengunakan bahasa melayu BAKU SEPENUHNYA. cuba bayangkan... umpama aku berada di zaman kesultanan melayu melaka pun ada hahaha

yang seronok nya kelas semester ni sebab jumaat,sabtu dan ahad cuti. duduk bersenang lenang lah kau sampai lebam kan? haha sudah lah credit hours punya lah ciput semester ni kalau nak di bandingkan masa Foundation dulu, 28 hours lah 32 hours lah... tu pun boleh lagi lepak membuang masa di kafe belakang ostel kan? hehe kelas aku sekarang banyak gap. jadi, aku mesti balik ke bilik untuk tidur dan bukan atas dasar niat lain walaupun bilik aku jauh berbatu.boleh kurus apa!!! ya, aku tahu habit yang sangat buruk dan tidak sihat tapi itu-lah realiti nya. aku perlukan lebih masa untuk suaikan keadaan di sini (alasan)

pernah juga terlintas di fikiran nak tukar jurusan. teringin nak masuk education bahagian TESL.dulu nak sangat psychology dan kemudian beralih arah.mungkin jurusan sekarang yang terbaik, lebih baik teruskan dan set in mind yang jurusan sekarang paling seronok. baru nak belajar pun hati jadi gembira.. cewahh dah pandai sedapkan hati sekarang ni. mid term dah nak dekat!!! kuiz dah mula melancarkan serangan!! assignment dah mula memanggil-manggil!! rajin la wahai cik maira hoiiiiiiiiiiiiiiiiiii. ingat Dekan kau tuh.. yoshhhhh







2 comments:

najwa said...

gud luck myra! ^_^

Cik Maira said...

thanks sara
eh, happy belated bufday dear =)
all the best too hehe