Assalamualaikumm
whoaahhhhh.. macam rasa dilahirkan semula bila masuk semester baru ni. hyperbola disitu ya adik-adik =D seperti yang saya penah cakap dalam entri-entri yang lepas. cuti yang panjang tu kini sudah tamat. teruja sangat nak masuk campus balik. jumpa kawan-kawan, jumpa buku tebal-tebal, jumpa tekanan yang tinggi, jumpa makanan yang sedap-sedap dan seangkataan dengannya lah. best tau duk campus ni heee duk rumah lama-lama pun boleh bosan.
jadi, sempena masuk sem baru ni, semangat nak belajar tu meninggi pula. harap semangat yang berterusan lah hingga ke akhir semester, aminnnn =) semester kali ni saya ambil 6 subjek dengan 16 je jam kredit hehe nampak macam sikit kan? tapi bila dah nak exam, mak aikkk!!! nak ngadap buku nya bukan main banyak. oh ya, suka bilik semester ni sebab tak payah naik tangga segala bagai haha sebenarnya almost two months dah masuk campus tapi tak sempat nak update blog ni.
sejak masuk campus ni, banyak pula program kena urus. jadi, masa nak online tu agak terhad lah. minggu lepas ada majlis konvoksyen. sempat juga rembat robe senior hehe ambil mood awal-awal =D kepada kawanku yang bakal graduasi semester depan, chaiyokkk. do the best for your final year, final sem =) selamat kembali ke kampus juga kepada rakan sekampus lain.. =)