raya??? mesti terlintas di fikiran akan MAKANAN yang enak dan xdpt cari melainkan hari raya jer.. betul tak?? lemang,ketupat,rendang dan lain2. asal raya jer mesti balik kampung sebab time neh la nak kumpul ramai2 beramah mesra dengan sedara mara en. sadisnya, raya aidiladha kali aku tak balik.. huhuhu assigment yang bertimbun dan exam dah nak dekat salah satu punca nya. nasib baik kali neh akak dan abang aku ada sini. takla rasa pilu sangat raya sorang2. raya kat sini agak seronok.. mula kul 8.30 solat sunat raya sampai la ke petang baru balik rumah. malam nak tgok nurkasih lak... malangnya, tv hancusss tetiba haizzzzz dugaan!!!!
btw, aku dh tengok 2012 dan new moon agagagaga. komen sket :
Saturday, November 28, 2009
raya + movie?? layan....
2012: agak menarik dan memberi kesedaran kepada mausia yang kini sudah tiada pertimbangan dan belas kasihan terhadap orang lain.
new moon: best gilakk.. geram dengan edward mula2 tuh sbb dia left bella dan watak jacob semakin menarik dengan unsur2 baru yang menceritakan puak wolf. tapi ending dia agak memanaskan hati sbb aku nak ia bersambung lagi.... waaaaaaa
Posted by MyR@ at 11/28/2009 12:11:00 PM 0 comments
Monday, October 19, 2009
peach cobbler.. nyummyy!!!
suasana yang agak sua sana neh membuatkan perut berjuget seketika mengikut irama techno.. (bygkan sendiri).. setelah sekain lama tiada entry tentang makanan, kini ia kembali haha just wanna share. semalam aku buat peach cobbler..
bahan2
tepung gandum ( 1 cawan )
gula halus (1 cawan )
soda bikarbonat (1 1/2 sudu teh )
buttercup ( 275 g )
susu segar ( 3/4- 1 cawan )
buah pic ( 1 tin)
serbuk kayu manis ( 1/2 sudu teh )
cara2
1- cairkan buttercup didalam ketuhar dengan suhu 190 c
2- adunkan tepung,gula dan soda bikarbonat
3-masukkan susu segar ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati.jangan biar ia berketul-ketul
4-tuangkan adunan ke dalam bekas berisi buttercup cair tadi
5-masukan sekali jus buah pic ke atas adunan dan taburkan serbuk kayu manis berserta gula halus
6-bakar pada suhu 175-190 c selama 45 minit-1jam
sebelum
selepas
mungkin gambar di atas kelihatan kurang menarik kerana wana yang..erkkk tapi bukan hangus ya (terlebih serbuk kayu manis).. tapi rasanya mesti la enak sekali
~selamat mencuba~
Posted by MyR@ at 10/19/2009 10:06:00 PM 0 comments
Labels: resepi
Monday, October 12, 2009
dulu dan sekarang
angkara rakanku,terseret-lah daku ke centre square(mall) utk bertemu dengan kak angkatnya. kemudian menginap pula di rumahnya... sebelum tuh, aku p melawat sekolah rendahku yang agak rendah namanya.. hoho banyak sangat perubahan dan yang penting dah MAJU!!! kelas masa aku darjah 4 dah kena roboh sebab tapak tuh buat bangunan baru.. dulu setingkat ja lani empat tingkat terus.cian cikgu nak nek atas... taman sains pon dah hilang,lesap,lenyap dan tiada lagi. dulu tempat tuh la aku makan time rehat.duduk la panjang kat kaki lima tepi longkang tuh. tapi lani xda daa semua tuh.. dulu padang sekolah memang besar.. dua tingkat tuh... selalu men guling2 kat padang pas2 men lawan daki tebing tinggi nak naik padang atas.. best3 hahah tapi lani dua tingkat gak.. cuma padang bawah tuh buat court volleyball,netball dan makmal komputer.makanya padang bawah tuh suku ja tinggal.. yang kekal kantin jer.yang best nyer pasal kantin 1 je.. nak tahu apa? sini aku citer... dulu kelas darjah 6 aku tepi kantin. dulu kan ada bantuan makanan tuh.rmt, rancangan makanan tambahan (betul ker?? yela kot).. budak kelas aku selalu jadi tong sampah sebab bila ada makanan lebih mesti makcik kantin panggil kami abeskan.. sebab tuh pagi2 aku xmakan kat uma hahah
sekolah rendahku
sebelum sampai rumah kawan aku tuh kena melalui kubur.time kami balik tuh dah senja da.. gelap jep. tapi aku still lagak maintain dan santai (padahal kecut!! hahah) jauh gile rumah dia dari tadi aku berjalan xsampai2. mungkin itu-lah rahsia kelangsingan badan kawanku sorg tuh..
bangun pagi esoknya pula aku dan dia p sekolah menengah. saja melawat cikgu dan rakan2 yang lain (bajet baek) time sampai tuh junior2 suma dah pandang lain.. bagai ayam xpenah tengok kapur dan bagai kapur sepupu dengan sirih.. (kerepek) lepas tuh tak tahu nak tuju mana terus jer masuk bilik cikgu.. nasib time tuh ramai cikgu takda.. taklah malu sangat.. sek men pon banyak gak berubah.bilik guru telah dipecah2kan kepada beberapa bahagian,bangunan asrama diselenggara dengan sempuerna dan cikgu kesayangan aku dah mengandung hohoh mula2 jumpa cikgu tuh dia tego "amboiii muka merlit lincin aihh.. pakai pa??" aku dah tersipu2 malu ngahahaha dengan sopan aku menjawab "mana ada cikgu.. tak pakai papa pon" (tipu!!! tempek bedak sejuk malam2 xngaku) sembang punya sembang dengan cikgu aku pon minta izin nak jumpa kawan2 lain pula... rindu gilakkkk kat depa.. punya excited aku peluk terus.. hoho nak nages pon ada.. macam2 cite,skandal dan gosip aku dengar.. yang penting kawan aku ckap "maira, hang makin kurus noh?? tapi.. tinggi xnek2 pon" cissss cissss cisss cisss pas2 ada yang menyabung "kurus tuh aku nampak tapi awat makin cubby lak pipi tuh??" oh tidakkkkkk yang penting aku kurus sedikit.. ngeee lepak lama gak kat sana dari pukul 11 sampai lah pukul 5 petang.. sebelum balik tuh sempat gak snap gambar. yang best nyer kawanku banje ais krim.. ngeeee salam2 suma pas2 terus balik.. memang penat tapi bestt. rindu time aku duk ostel spm hari tuh.. tapi semua tuh tinggal kenangan jep
zue,kinah,wieda n naimah
Posted by MyR@ at 10/12/2009 08:08:00 PM 0 comments
Labels: sekolah
Wednesday, October 7, 2009
sedih
salam, aku xtahu nak luah katne.so ini-lah tempat paling sesuai.cite die cmni......
esok nak exam,keje aku ape lagi kalau bukan revision di bilik study.member aku sebelah meja pula melalak karaoke ntah berapa ratus lagu.aku relax jep.. ade gak entertainment wlpun agak sumbang..ngeeee malam tuh aku baca ape pon tak masuk2,sekadar baca tapi tak memahami pape. time tuh kul 10.30 mlm.. aku dah mengantuk gile dah.. aku pon ckp lak kat member sebelah yang aku nak masuk tido lue.then dorg tengok aku tak berkelip2..myb sbb aku ttba nak tido awal.selalu kami ber-3 la paling lambat tido.kul 2-3 bawu nak masuk dorm.tuh pon kalau terasa nak masuk dorm...aku tgok je bebdudak tuh(pehal lak bdk2 neh?) maleh nak amek pusing aku terus masuk dorm.... time masuk dorm tuh, roomate aku tego.. "myra,nyesal la kaw masuk dorm" aku pon cam.. (huh?) pape jela.. dalam kepala aku nak T-I-D-O je .ttba membe aku tarik tangan.. pas2 bermula lah segalanya..... (the rest is history..) memang bodoh gilerrr ah. dorg bt plan yg sgt2 bodo. hangin aku mlm tuh... mula2 aku bt rleks jep.aku sambung lek tido.. tapi disebabkan marah+sedih+blurr+pressure aku terus bangun dan menuju bilik study.masuk2 jer terus nampak mber aku 2 ekor tuh melalak xabes2 ag.tanpa aku sedari,aku JERITTTTT..... (rasa slow jer..) tapi semua dlm bilik tuh tgok aku.. terus aku bt2 cm tido dan sebenarnya aku nagess hahahah ttba kawan aku yg sgt2 concern dtg.. dia tya nape neh dan secara xsengaja dia angkat tangan aku (tgh cover tuh..spoillll) k-a-n-t-o-i !!!!! pas2 mber yg melalak td cuba tenangkan aku.. nasib belakang toilet ada ruang,jadilah port kami kat situ malam tuh dr kul 11.45-2 pagi ... aku mmg xde mood gile nak masuk dorm.tapi mengatok2 gak.. masuk gak..tuh pon nasib semua dah tido.. fuhhh lepas tido baru happy :)
ko mmg ngeng
Posted by MyR@ at 10/07/2009 04:28:00 PM 0 comments
Friday, September 4, 2009
puasa
puasa tahun neh terasa sangat sebab:
1) jauh dari family
2)sahur makan biskut jep
3)tiap2 ary makan masakan kedai
4)bazar ramadan yang xmacam bazar ramadan
5)berbuka dengan roomate jep
6)xrasa suasana ramadan sbb busy dgn keje
dugaan perantau en?? (bajet)
next week da nak balik kedah, yepppyyyy!!!!!
eh lupa lak,
final exam 24-29 neh
wish me good luck
Posted by MyR@ at 9/04/2009 10:27:00 PM 1 comments
Labels: puasa
Saturday, August 8, 2009
Kesibukkan Maksima!!!
fuhhh.. what a sardin weeks?? 2 minggu yang sangat sibuk,sibuk dan sibuk
exam dah abes. result cana laks? teka....
dunia seperti biasa
kes H1N1
weekend umpama bukan weekend
sarat dengan kerja
minggu yang penuh dengan
emosi
penyakit
kemarahan
keseronokkan
dan
kebosanan
sketsa~
apa itu???
sini aku citer
group aku buat sketsa 'Life On Campus'
kami hanya diberi tempoh 1 weeks utk siapkan sketsa tuh
full script,plot & sewaktu dengannya
pada hari yang dinanti2kan tiba2 pelbagai masalah timbul
kawan aku sakit, skrip tak bole print dan last touch tak menjadi
ingat senang ker nak buat mende alah neh??
walaupun macam2 timbul last minutes
tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar
one more thing
suatu hari tuh, aku tido selepas solat subuh
penat giler sebab malam sebelum tuh aku tido lambat
tido suatu nikmat!! betul3~
tengah sedap layan tido phone berdering (tutt..tutt..tutt)
x:salam,class katna weyh??
aku:tempat besa la.. awat?
x:ouhh..ok2..kat class ka neh?
aku:class?? (sambil tgok jam) 9.15 am
x:yala.. eh xpa la.aku nk cepat.salam
class aku start pukul 9
tapi..sekarang dh pukul 9.15
aku bangun terus bersiap xmandi XD
sampai class kul 9 lebih suda..
dengan bergayanya aku masuk class dengan muka innocent
nasib xkena marah... keh.. keh.. keh
moral:Jangan tidur tanpa set alarm
Posted by MyR@ at 8/08/2009 06:52:00 PM 0 comments
Labels: sibuk
Thursday, July 30, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
