Nov 30, 2010

kerana Ego

Assalamualaikum

apakah itu EGO? aku rasa seperti tarian agogo saja bunyi nya haha :D aku ni ada sifat ego.kau ada? ada? ada? rasa macam nak lempang je kan? silakan... *dushhhhhhh oh terima kasih. sifat ni dah lama aku cuba nak kikis dan buang jauh jauh sebab dah banyak kali merugikan diri aku akhirnya. tapi macam mana nak buang eh? tips pleaseeeee

sifat ego melampau tak melampau aku ni sampai kadang-kadang orang naik menyampah dengan aku. yer, macam nak sapu sampah tuh haha (tak de kaitan -_-") contoh terbaik bila aku tak tahu sesuatu mesti aku bajet macam tahu. mesti pernah buat kan?kan?kan? (admit it!!!) bila orang tanya angguk je dan cuba nak borak sekaki padahal tak tahu menahu satu habuk pun. dalam kelas selalu sangat lah terjadi. ditambah tiada keyakinan nak bercakap dan sifat ego tuh. oh gabungan yang mantap untuk buat aku terus menerus mundur. shitttt aku tak tahu kenapa dan mengapa. tapi mungkin juga sebab aku dah berjangkit dan sebati dengan mentaliti masyarakat melayu yang sekadar berada di safe zone tak kira dalam pelajaran,kerjaya mahupun kehidupan seharian *sigh

oleh kerana sifat ego, aku kena marah (nages manja-manja :p) aku bukan tak nak text or call kau. tapi aku tahu kau tengah sibuk jadi eloklah aku tunggu saja kau menghubungi aku. baik kan? lagi satu aku tak suka betul bila aku marah. hodoh bebenor... aku panas baran agaknya. tambah tambah bila bulan menjelma. nasib kau lah jadi mangsa kekejaman aku. maaf-lah, aku bukan sengaja nak marah kau tak tentu pasal. plus, adek-adek aku memang suka sepah-sepahkan rumah ni. dah jadi kerja sukses mereka setiap hari. syabas adek-adek ku. haizzz naik darah aku!!! takpa takpa bertendang yer cik maira =)

pendek kata, kerana ego aku tak tahu nak bersosial, kerana ego aku jauh ketinggalan, kerana ego aku dibenci dan dihina dan kerana ego aku tersalah langkah. aku nak berubah! jadi kepada musuh-musuh aku, terima kasih di atas cacing cacian anda dan kepada rakan-rakan aku, aku perlukan sokongan anda semua.

oh semalam aku buat rawatan resdung di rumah. guna kaedah berasap dengan lilin resdung tuh. tahu tak? apa? tak tahu? pergi tanya Mr.Google.cepat!! masa ni ada jerawat seketul di bahagian hujung pipi. pecah kot masa buat rawatan resdung ni whoaaaaa. lepas tuh rasa kulit lebih bersih dan lincin. suka  suka=) sebenarnya aku ada blackhead dan liang roma yang terbuka di bahagian pipi.pantang keluar rumah mesti muka aku bertukar warna jadi PINK. magic kan? haha gara-gara liang roma terbuka la kot. so, aku mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyapu toner setiap hari. tapi takda kesan pun huhu any other  tips? kongsi-kongsi la yer...





Nov 27, 2010

wedding


Assalamualaikum =)

sekarang ni musim mengawan agaknya sebab aku jarang nampak kucing berkeliaran sekitar rumah sejak kebelakangan ni.naik hairan juga walaupun agak bagus heh! sebenarnya aku nak kongsi mengenai majlis perkahwinan senior aku.

al-kisah bermulalah ia pada tepat pukul 11 pagi tadi, pada mulanya aku dan cik wieda pergi membeli hadiah buat si pengantin dan kami meneruskan perjalanan ke Penang bersama 2 orang rakan yang lain. mak aiii bukan main senang nak cari rumah pengantin. sejam lebih juga-lah baru jumpa -_-"  setiba di rumah pengantin, benda utama di ingatan hanya-lah MAKANAN. lapar weh. tak sempat sarapan sekali penat mencari rumah pengantin lagi. bayangkan lah betapa deritanya kami semua....

si pengantin yang bertemakan pink tersengih gembira melihat kedatangan kami.seri pengantin terserlah bukan kepalang lagi.. heee :D semoga berbahagia yer akak =)

 kak Eifah: penat melancong ya? p makan dulu p. 
kami: tak pa kak eifah, kami dah belasah cukup-cukup tadi. siap mintak tapau lah akak" haha
  
rata-rata hampir majoriti batch mereka kawin awal. senior aku tu baru umur 20!!  muda kan? tetiba nak kawin awal juga LOL okay! memandangkan tak sempat bergambar dengan pengantin yang sibuk bagai nak rak. jadi aku gantikan dengan gambar-gambar di bawah :|

Raja Farah & Megat Bashirun

Nadia (anak tokei naza) & Hamzah (anak tokei hotel Holiday Villa)


Elyana & Khairul

video
ini.
sangat.
manisssssss
dan.
~selamat pengantin baru~


Nov 25, 2010

A gift

ehem ehem
since i'm business women to be, i got a gift. walla, selalu kena tunggu hari lahir baru orang nak bagi segala bagai. tapi semalam dapat.oh gembira nya saya =) =) (sambil melompat-lompat) mungkin jua hadiah untuk hari lahir sekali. ala, next month je pun. 10 December yea people! kamu, ya kamu yang sedang membaca! usah toleh ke kiri kanan mahupun belakang. kamu yang saya panggil  (wajib bagi sumtin' since dah tahu tarikh :P wajib okay!! ) lalalalala~


its awesome!!! really love it =)
thanks a lot

Nov 24, 2010

E-3-8

Assalamualaikum =)


i missed my ex-roommates.when i woke up this morning, i took out every single pictures i had with them. awww i miss you people damn much!!! remember the last day we spent together in Nilai? we wasting our last time together with gossiping,hang out around,joking like silly, watching  movies till dawn and playing games such there's no tomorrow. when we got something unclear we will straight away ask Mr.Google haha remember about those mysterious stories that we found out? its really funny =D 
 FunFair

Ice Room

my Roommates E-3-8

i also met my best buddies ever there. Nick,Ida and Ara.we will always stick together no matter what happen,joys and tears.even we might separated in the future, but those memories and bond between us would never fade.we are GAY not  lesb. why? because there's no such man in our life and conversation. (temporary :P) we had boy friends but no one between us had the special ones, single mingle!!perhaps,love after marriage =) hope we can meet again!!
 
on previous October, we had finished our final paper and some of us will graduate and some will remain to continue next semester.For those graduating students,  this coming 8 Dec would be a huge date for us peeps. we will go to another path which we had dream before. wish all the best and may Allah bless all of us =)



p/s:maaf atas nahu yang bertaburan di mana-mana

Nov 23, 2010

F O O D


Assalamualaikum
hari ini nak cerita pasal makanan! siapa tak suka makan? tipu la kan kalau sehari tak jamah langsung even fasting pun ada break fast. aku suka makan dan makan itu suatu nikmat yang tak terhingga bagi aku (hello, tengok badan dan pipi la -_-' ) kalau nak cerita pasal makanan kegemaran, mungkin sampai bila-bila tak akan habis.berapa juta jenis makanan duk ada! haizzzz senarai-lah kau sampai lebam...

sekarang kita boleh nampak sendiri bersepah-sepah gerai makan dan restoran di mana saja. pelbagai juadah dan hidangan disediakan demi memenuhi citarasa pelanggan, dari makanan tradisional sehingga lah makanan barat dan timur tengah.makanan segera patah lagi.tapi,megi sedap kan? top dishes di ostel-ostel dan rumah sewa. kan?kan?kan? (tak perlu nak berselindung segala, sudah terlambat!! haha) seriously, aku suka  sangat makanan di Thailand. pelik dan sedap! kombinasi yang menarik bukan haha kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita makan tu berkhasiat ke bersih ke halal ke. yang kita tahu, asal perut berkeroncong mintak di isi terus saja dijamah tak kira apa jua makanan yang ada di depan mata kita.

mak aku selalu pesan 'ish, tak payah la makan menda-menda macam tuh. tak tau halal ka dak. Ingat sikit, kita kena amik kisah sal makanan ni.apa yang kita makan tu jadi darah daging kita.esok nanti Allah persoal kenapa tak cari yang halal malah sebaliknya?' diam juga aku seketika.makanan segera seperti McD, KFC, pizza hut dan sebagainya, memang kita tak ragu-ragu makan sebab punya besar gedabak logo halal tapi adakah ia benar-benar halal? dunia sekarang ni, ada duit je semua boleh buat. kan pernah ada kes logo halal boleh dijual beli dengan begitu mudah sekali. kita tengok ayam, betul ke dia sembelih ikut cara islam? ada bukti? penah tengok sendiri macam mana ayam tu di proses? heeeee sendiri jawab la kan... aku sendiri pun tak tahu  =)

yang penting air kosong kena minum 6 hingga 8 gelas sehari. baru kekal anggun,langsing dan awet muda haha ok! itu merepek. semalam, saja aku google then jumpa entry sal air ini. badan kita sangat memerlukan air hampir 90% daripada makanan. woot woot terpegun haku.jadi, kepada sesiapa yang nak mengamalkan diet atau nak menurunkan berat badan tu. banyak-banyak la minum air kosong dari air manis. seelok-eloknya minum air dulu sebelum makan supaya kita tak makan berlebihan. bila jadi obese nanti bising pulak nak kurus segala :P dan jangan sesekali mengamalkan supper. jangan jangan jangan 

okay! perut dah lapar sebab cerita pasal makanan saja. oh tidakkkk! 2 hari lepas buat aku ada buat puding pic dan masih berbaki sehingga hari ini. 3 bekas kot. nak ke? tak nak bagiii haha baru ingat nak post resepi nya, mungkin next time jela yer. eh kenapa music kat blog aku terkentut-kentut gayanya.. terbantut aku nak melayan.jaga kau, aku sumpah jadi hambuger macam pic atas baru tahu LOL. mari pergi ke dapur korek-korek apa yang ada untuk dimakan huhu



p/s: tersenyum lebar tatkala puding yang sejuk memasuki mulut... aaa sedappppppppp =)

Nov 21, 2010

i'm about to run a business

assalamualaikum readers =) 
masih belum terlambat bukan untuk mengucapkan selamat hari raya aidiladha. maaf! tidak sempat berpose bersama-sama lembu  sekalian untuk terakhir kali nya :P alhamdulillah, raya tahun ni meriah sangat...

1- beraya di kampung halaman bersama rakan tercinta
2-even tak semua ahli keluarga pulang untuk beraya tetapi persedian nak beraya tu masih sakan! (semalaman berjaga nak buat rendang peparu+kuah kacang+ketupat+nasi impit)
3-hampir-hampir kena langgar dengan lembu di pagi raya huhu (4 ekor terlepas yawww!)
4-1st time tengok ayah sembelih lembu depan mata dan secara dekat! i mean.. seriously dekat!(darah terkena kat pipi, euuwwww)
5-jumpa kawan sekolah lama yang dah hampir 4 tahun tak bertemu. best! best!

the second day, buat rumah terbuka. tapi aku melencong ke Penang bersama ehem2 haha abaikan! Emak buat bihun sup dan mee kuah.aku buat puding pic nyummy dan yang lain tukang melantak.bagus...... senang nak basuh pinggan lepas tu sebab lincin je kan. raya ke-empat mula terasa kebosanan itu kembali menghantui aku.oh nooo!!!! sebenarnya bukan ini yang aku ingin aku coretkan (dah bebel panjang baru sedar hihi)

i'm in the middle of mood to use broken gramma!! yeah! i did mention in my previous entry that i had sat for a re-sit paper and for those who sat for that paper,we have to wait until 26 nov to get the offer letter. but, just now one of my friends told me that we can actually get the letter by today. what?today? O M G.. hopefully i got my first choice. amin! psychology wouldn't be too bad either. eheh~ yes.. iium like always tahi tahi tahi. they did not mention which course i will major in. damn!



Actually, i was thinking to run back my business as my side income *wink *wink i'm a top-up dealer in my college (more to my dorm-mate i think) but, everything goin' messed  when i did used the profits to pay my studies purpose due to my scholarship was given 2 months late.*sigh now, i got one more ideas. what about selling scarfs (shawls,syria hijab and etc)? with the lowest price and provide variety choices. how about that? ain't cool? so,  i asked one of my friend to join me and she agreed. yey!! the problem is i have no penny at all as my fund :| okay!okay! i know, i should forget it then. but, i really really like REALLY want do this. i'm right about to wait till i get the loan, whatever loan it is. i do not care and i do not want to care cause i really need that MONEY. has any suggestion? i'm very please to hear that <3



wish me all the best =)

Nov 14, 2010

Hang out with BFF

walla.. H A P P Y =) .
semalam, before nak tidur dalam pukul 12.40 a.m. tetiba mesej masuk. 'jum p a/s esk' terus balas 'jum3.. kul bpa?' heee :D semangat nak hang out! maklum-lah, jadi suri rumah sepenuh masa kan. sekali sekala nak juga merasa keluar bersuka ria.ala, macam riang riang raya tu. ngee :D pergi Alor Star je. tak tahu kenapa aku suka lepak sana :|

berbekalkan duit seciput siput, dengan langkah bergayanya aku menuju ke sana.bukan hendak membeli-dan-membelah di sana. tapi sekadar mengisi masa yang agak berisi itu dengan sebaik mungkin. bajet pun untuk makan dan tambang saja. sedih bukan? sob sob sob okay! tempat pertama sekali kami tuju ialah kedai makan.. yeah! makan untuk hidup ya kawan kawan :P mahu tak nya. sarapan pun tak makan, mesti-lah tummy dah juget juget inang dalam tu. seusai makan baru-lah kami mencari barang-barang keperluan. twin aku dah shopping sakan. haizz panasss je aku tengok. mahu tak nya. beg dan baju sekali dia rembat.

oh hampir terlupa, kami keluar ber-3!!! aku, zam dan wieda <3 .sepatutnya ber-4! tapi memandangkan seorang lagi mempunyai rancangan Malaysia ke-5.jadi, dia tidak dapat hadir. tidak mengapa tidak mengapa.nanti kita jumpa ye Farah =).berbalik kepada cerita tadi, wieda shopping kaspersky je.aku? shopping tingkap jela.sempat juga ushar game,novel dan kasut.memandangkan duit dalam kocek pun kering.maka, sekadar tatapan saja-lah yang mampu aku lakukan.lepas tu,bajet nak survey lappy tapi apakan daya kami ini buta IT. maka, survey semata-mata survey dan sekadar melihat serta mendengar tetapi tidak memahami apa-apa, bagus kan? LOL

zam & me

wieda & me

pukul 4 baru la terasa nak balik. lewat? awal kot.. atas sebab pesan ibu ku tercinta dan aku sebagai anak yang baik dan taat *wink *wink tak lama lagi dah nak raya. selamat hari raya aidiladha ya kepada semua yang beragama Islam. kalau tahu rumah, jemput-lah datang :P

~ILY all =)~




p/s: klik gambar untuk paparan lebih besar =)

Nov 11, 2010

Tag.!

dah lama tak kena tag menge-tag ni. i likeeeeeee =) terima kasih kepada yang berkenaan kerana tag saya. mari mari kita jawab....

1. Apa benda yang penting dalam hidop korang?
benda? musti la lappy tersayang dan inci handphone :)

2. Benda terakhir yang korang beli menggunakan duit korang sendiri?
tiket wayang citer unstoppable.. 4 orang sekali huhu

3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan korang nanti?
dekat mana mana pun tak pe.janji tema mesti Fairytale.. tak demand kan? haha

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
mencari calon..berminat? =)

5.Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
hingga ke hujung nyawa.. cewahh insyaAllah, selagi jodoh berkekalan. Amin~

6. Dimana korang selalu jumpa kekasih korang?
ada pun belum, macam mana nak berjumpa selalu. adeh -_-'

7. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
novel- rooftop rant
majalah- Cleo

8. Apakah nama penuh korang?
Humairah Ishamuddin (n_n)

9. Antara mak dan ayah,yang mana korang lebih mesra?
dua-dua rapat ♥ tapi lebih mesra dengan ayah kot

10. Namakan orang yang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
my future husband.. seriously, nak sangat tahu sape! heh..

11. Adakah korang basuh baju sendiri?
mesti lah.. budak rajin ni *wink *wink

12. Dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
semestinya tanah suci Mekah.. lagi 1, Scotland!! tak tahu kenapa nak pergi sana. dari kecik lagi teringin nak pegi sana

13. Pilih salah satu,peluk atau cium?
saya pilih ATAU jela.. hahaha

14.5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?
benda lagi? haaaa, pencil Pooh hadiah dari kakak. still simpan lagi even dah 6tahun haha sayang sangat nak guna sebab pencil tu chumel lah :P

15.5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?
1. soul sister(train)
2. just the way you are (bruno mars)
3. love like woe (the ready set)
4. bila aku sudah tiada (hujan)
5. kekasih yang tak dianggap (kertas)

16. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
10 december! last year sambut dalam dorm dan kedai mamak kat nilai sekali dgn budak2 republic91. thanks korang.. best sgt!!!! =) <3

17. 6 orang blogger yang korang nk tag.
hawa
nad
fa
fawh
feeq
efa


18. cerita sikit bloger yang pertama korang tag.
hawa? dia ni nakal ni haha kawan sekolah menengah dan cantik orang nye. tengah korek rahsia macam mana dia jadi kurus sekarang. heeee :D

Nov 10, 2010

Re-Sit

Alhamdulillah... setelah seharian berhempas pulas menjawab writing pada tanggal yang lalu. akhirnya, tidak mengecewakan. Status: PASS. gara-gara format baru iaitu TOEFL yang agak kurang sukarnya membuatkan rata-rata graduating students gagal dalam English Placement Test(EPT) dan terpaksa re-sit untuk melayakkan diri ke Gombak. segala urusan paduka untuk ke Gombak juga tertunda. tahi!!!!

kepada yang gagal, tahziah pada kau.hidup di Nilai tak se-Hell yang kau sangka.kau masih boleh berhibur berbekalkan elaun yang masih diberi dan ada juga indahnya (Dataran Nilai dan McD yang setia menanti). setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

13 nov yang bakal menjelang, MUET pula datang menjegah (sibuk la kau). seperti tidak memberi aku ruang sedikit pun untuk bersuka ria dan ditambah pula sarat dengan peperiksaan. wish me all the best fellas *keluh

bila teringat akan Gombak. aku jadi takut. mungkin aku gusar tidak dapat membiasakan diri dengan tempat baru!rakan baru!bilik baru!kelasbaru! dan segala-galanya baru. Oh Gombak, please be nice with me. i promise, i'll be good girl. heh! -_-'



gombak! here i'm coming :)



Nov 8, 2010

Offer Letter

Issuance of Offer Letter for Kuliyyah UIA

kat FB pon bole. sini

the process flow

9 nov- Issuance of offer letter here and you must:
i)fill up online acceptance form
ii)update biodata form
iii)print out online offer letter and package of Admission booklet

11 and 12 nov- Wed based Pre-registration Sem 2,2010/2011
you may use any computer with internet access
the details of course offered are available here and here

9 nov till 8dec-Payment of Entrance fees
i)make payment RM310 at Bank Muamalat counter @ e-payment
ii)key in the bank slip number as prove of payment of entrance fees

still don't get it?? check it out here


8 Dec would be the enrollment day at Gombak
all the best fellas ;)


Nov 7, 2010

Speechless


its gonna be history
the rest of my life, i swear!!
i had a short conversation through YM with someone
we kept fought and blamed each other
everything went wrong

we made a promise before this
go dinner together
listening to 'our song'
playing 'stupid' games like we used to
aaaa missed those things. demm!!!
and just now, he proposed me!!!!
O M G
i'm speechless

remember?
the day we planned to get dinner together
i'm ruined them
and that day, i heard something bad about you
i believed them rather than you
sorry :(
now, its over
you and me
we never be like before

NEVER


i'm so sorry...

Nov 6, 2010

Le Gardenie

Le Gardenie
kenal tak muka-muka comel di atas? ada iras muka tuan belog ni kan.. heeee :D
ini salah sebuah komik yang agak femes pada tahun 2005 hasil karya BEN. sudah lama komik ini berada di hati pembaca terutama readers Utopia. jalan cerita yang menarik dan penuh dengan konflik antara persahabatan dan kepercayaan. semalam aku kemas bilik aku yang agak bersepah, tetiba terjumpa pula komik ni. sebab tu tergerak hati nak post pasal komik ni. nostalgia gitu eeuwww
lepas tu ape lagi, khatam untuk entah ke berapa kali pun tak tahu. amaran: watak dalam komik ni sangat comel!!!

mari aku kenalkan watak-watak dalam komik ni. terdapat 4 watak penting iaitu Orange (watak utama) , Kiwi, Lemon, Apple. nama watak pun dah macam nak makan kan?

permulaan cerita bermula apabila family Orange berpindah ke suatu kawasan baru dimana berlakunya titik perkenalan antara Kiwi dan Orange. mereka berkawan rapat daripada kecil hingga-lah meningkat remaja ke alam persekolahan. tetapi persahabatan mereka mula goyah tatkala Orange mengenali seorang gadis bernama Lemon yang kaya, berniat jahat terhadapnya dan bijak berpura-pura demi kepentingan dirinya sendiri. Pada masa yang sama Orange terpikat pada seorang gadis bernama Apple. dia seorang yang pendiam,lemah lembut dan penuh misteri. Manakala Kiwi, dia seorang gadis yang berjiwa lasak,kental dan selalu berpakaian seperti lelaki. dia juga membela seekor tupai yang juga menjadi teman rapatnya untuk meluahkan perasaan selain Orange. Orange mula meragui persahabatan antara dia dan Kiwi apabila Kiwi dituduh mencuri tabung kewangan di sekolah mereka. pelbagai konflik berlaku setelah Orange mendekati Lemon and Apple terus menjadi misteri...

nak tahu apa yang terjadi seterusnya? beli la novel grafik Le Gardenie, terdapat 4 volume dan boleh je baca kat sini... watak idaman aku Apple dan Kiwi. sewittt je aku baca :)

Nov 5, 2010

Wayang

memandangkan Nilai begitu sunyi and lesu seperti tanah perkuburan, jadi wayang mungkin tempat paling indah ketika itu untuk menghilangkan kebosanan yang melampau. jadi aku,ida dan nik menuju ke Alamanda. itu saja mall yang terdekat. heh! sekali rembat 2 movies terus. orang pun tak ramai. murah pula. jom kita jadi kaki wayang sebentar..

1st movies
best gile!bopren aku(matt dillon) berlakon
jalan cite yang menarik
mesti tengok!!!

2nd movies
intro dia gelap dan suara je kedengaran
scene dalam coffin je
bosan!menyesal tengok! tak best langsung! bajet murah haha

coming soon!
tak sabar nak tengok
tengok thriller macam best


sesiapa yang berdekatan dengan Nilai, anda semua dijemput hadir ke Rafest. festival yang dianjurkan oleh Pusat Asasi IIUM Nilai sendiri. pelbagai aktiviti menarik yang bakal berlangsung dan gerai-gerai makanan,pakaian dan alat perhiasan juga bole didapati.



.:sharing is caring:.