Nov 30, 2010

kerana Ego

Assalamualaikum

apakah itu EGO? aku rasa seperti tarian agogo saja bunyi nya haha :D aku ni ada sifat ego.kau ada? ada? ada? rasa macam nak lempang je kan? silakan... *dushhhhhhh oh terima kasih. sifat ni dah lama aku cuba nak kikis dan buang jauh jauh sebab dah banyak kali merugikan diri aku akhirnya. tapi macam mana nak buang eh? tips pleaseeeee

sifat ego melampau tak melampau aku ni sampai kadang-kadang orang naik menyampah dengan aku. yer, macam nak sapu sampah tuh haha (tak de kaitan -_-") contoh terbaik bila aku tak tahu sesuatu mesti aku bajet macam tahu. mesti pernah buat kan?kan?kan? (admit it!!!) bila orang tanya angguk je dan cuba nak borak sekaki padahal tak tahu menahu satu habuk pun. dalam kelas selalu sangat lah terjadi. ditambah tiada keyakinan nak bercakap dan sifat ego tuh. oh gabungan yang mantap untuk buat aku terus menerus mundur. shitttt aku tak tahu kenapa dan mengapa. tapi mungkin juga sebab aku dah berjangkit dan sebati dengan mentaliti masyarakat melayu yang sekadar berada di safe zone tak kira dalam pelajaran,kerjaya mahupun kehidupan seharian *sigh

oleh kerana sifat ego, aku kena marah (nages manja-manja :p) aku bukan tak nak text or call kau. tapi aku tahu kau tengah sibuk jadi eloklah aku tunggu saja kau menghubungi aku. baik kan? lagi satu aku tak suka betul bila aku marah. hodoh bebenor... aku panas baran agaknya. tambah tambah bila bulan menjelma. nasib kau lah jadi mangsa kekejaman aku. maaf-lah, aku bukan sengaja nak marah kau tak tentu pasal. plus, adek-adek aku memang suka sepah-sepahkan rumah ni. dah jadi kerja sukses mereka setiap hari. syabas adek-adek ku. haizzz naik darah aku!!! takpa takpa bertendang yer cik maira =)

pendek kata, kerana ego aku tak tahu nak bersosial, kerana ego aku jauh ketinggalan, kerana ego aku dibenci dan dihina dan kerana ego aku tersalah langkah. aku nak berubah! jadi kepada musuh-musuh aku, terima kasih di atas cacing cacian anda dan kepada rakan-rakan aku, aku perlukan sokongan anda semua.

oh semalam aku buat rawatan resdung di rumah. guna kaedah berasap dengan lilin resdung tuh. tahu tak? apa? tak tahu? pergi tanya Mr.Google.cepat!! masa ni ada jerawat seketul di bahagian hujung pipi. pecah kot masa buat rawatan resdung ni whoaaaaa. lepas tuh rasa kulit lebih bersih dan lincin. suka  suka=) sebenarnya aku ada blackhead dan liang roma yang terbuka di bahagian pipi.pantang keluar rumah mesti muka aku bertukar warna jadi PINK. magic kan? haha gara-gara liang roma terbuka la kot. so, aku mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyapu toner setiap hari. tapi takda kesan pun huhu any other  tips? kongsi-kongsi la yer...





No comments: