salam sejahtera semua
actually trip ke Perlis ni berlaku secara tidak sengaja. ehhhh. yer, tak segaja boleh sampai. nak tahu kenapa? sebab pada mula nya aku dan bffs memang plan nk hangout tapi destinasi tu belum ditentukan gara masing masing jenis tak kisah. pada mulanya aku bercadang nak have fun mandi manda kat the carnival, sg petani. tapi bffs aku jenis puteri lilin, semua takot hitam haha so plan ke carnival dibatalkan dan ended up we went to Perlis. hee~
selepas plan punya plan. akhirnya semua setuju nak pergi Perlis pada 31 januari yang lepas. aku bertolak dari sg petani tepat jam 8.15 pagi. plan nya nak gerak pukul 9. but since aku kena picked up waheda di guar chempedak dan farah di sg limau, so kena la gerak awal sikit. Alhamdulillah pagi tu cuaca pon okay, tak panas sangat dan tak hujan. setelah selesai picked up semua orang, kami terus bergerak menuju ke Perlis dengan girang bersama sebuah lagi kereta kawan aku. so semua 2 kereta la. Actually, aku baru fully dapat lesen, i mean lesen aku dah tamat tempoh P. yeppi! so nak celebrate la konon boleh jadi pemandu secara rasmi dengan percubaan pertama drive sendiri sampai ke Perlis huehuehue
semasa dalam perjalanan, kawan aku dah mengeluh banyak kali sebab perjalanan ke Perlis mengambil masa hampir 2jam lebih, plus kami tak masuk highway. so semua tu agak memakan masa. Destinasi pertama kami ialah Padang Besar. tepat pukul 12 tengah hari kami selamat tiba di padang besar. Tempat wajib yang mesti dilawati jika ke Perlis. dekat sini banyak barang yang murah berbanding di tempat lain seperti jersi bola, pakaian wanita dan lelaki, cermin mata, makanan, produk kecantikkan, beg tangan, tudung dan macam macam lagi. yang best nya kat sini boleh tawar menawar dan kena pandai survey harga juga dengan kedai lain. selalunye kedai di luar kompleks lebih murah sebab mereka menjual secara borong dan kedai di dalam kompleks agak susah nak mintak kurang sebab rata rata penjual runcit secara kecil kecilan sahaja hehe
lunch time!! |
seriously, padang besar ni memang menghabiskan duit aku. mana tak nya, tengok semua benda nak beli jer. alahaii.. nasib baik bawa duit cukup cukup jer. kawan aku sempat shopping baju, pencuci muka, kerepek dan lain lain. hampir 3 jam juga la kat sini hehe setelah puas membeli belah dan pusing satu padang besar, kami meneruskan perjalanan untuk melihat burung unta. tak ingat tempat tu, tapi dekat sangat dengan padang besar. semua takut takut nak bergambar sebab tengokkan leher burung unta yang panjang tu, takut tengah posing dia ngappp kepala hahaha
kemudian kami bercadang nak ke Tasik Tasok tapi cuaca yang panas terik membuatkan kami terus bertukar fikiran. destinanti seterusnya ialah Gua Kelam. ni first time aku pergi Gua kelam. padahal dah sampai Perlis berpuluh puluh kali, cuma tak berpeluang lagi nak ke Gua kelam. so, kali ni tercapai juga hasrat aku setelah sekian lama nak pergi. dengan bffs since high school pula tu. mesti la lagi best kan? =)
tempat luncur utuk bermandi manda, depan entrance gua kelam |
berposing di kaunter tiket |
sebelum masuk ke gua kelam |
pertengahan jalan di dlm gua kelam |
bayaran dikenakan rm1 sahaja seorang dan untuk kanak-kanak hanya 5 kupang. setelah penat berjalan hingga ke hujung gua, kami sempat berposing even gelap gelita hehe nasib baik takda kelawar ke atau benda lain. takut juga gelap gelap camtu tiba tiba ada serangga merayap kat badan. meremang bulu roma cheq oii. dalam ni juga kami boleh lihat struktur gua dan kristal. cantik sangat! bersinar sinar macam berlian. siap sentuh lagi sebab teruja tengok haha
kemudian, kawan aku teringin nak pi Wang Kelian. memandangkan tak jauh daripada gua kelam, jadi ada la juga keinginan nak pergi sana. yela, bukan senang nak boleh berjalan sakan macam hari ni. tapi niat kami semua terhenti apabila alif bagitahu yang Wang Kelian tu lebih kurang macam padang besar juga dan banyak barang murah murah. murah tak murah, duit dah habis banyak kat padang besar tadi. jadi, lain kali jela datang pula huhu
memandangkan dah petang, kami menuju ke Kuala perlis untuk melihat keindahan laut dengan angin sepoi sepoi. fuhhh.. memang layan duk tepi laut time petang camni hehe sepanjang sisir laut tu, ada orang jual 'cucuk cucuk'. ala yang hotdog, fishball, isi ketam dan macam macam tuuu. since masih kenyang lunch tadi, so kami take light dinner jer =) beli cucuk cucuk tu then makan tepi laut. mula la sorang sorang teringat zaman sekolah dulu. asal stress jer terus pi laut kat area kuala sala, 15min jer daripada sekolah. lepas tu jerit sekuat mungkin then balik asrama haha rindu sangat zaman sekolah dulu~
dalam pukul 6 setengah kami beransur pulang. seronok sangat dapat spend time with my girlfriends. macam macam borak dalam kereta. topik hot, KAWEN! haha hope kita dapat lagi spend time macam ni. pergi tempat lain pula. langkawi ke penang ke hehe. love you guys so much my dear beloved girlfriends~ <3 again="" meet="" p="" perlis.="" till="">3>
1 comment:
Nice sharing
Post a Comment