Jun 15, 2009

tak reti

aku berjaya masuk ke dunia maya akhirnya.. kali ini aku telah di paksa oleh pensyarah aku supaya online everday!!!! nak tak nak kena gak curi2 masa online kejap... ok balik kepada apa yang bermain dalam minda aku neh...

sebenarnya aku telah dipaksa membuka akaun mukabuku... amatlah leceh.. jadi memandangkan aku yang kuno neh tak reti guna mukabuku tuh mestilah blurr teramat... sape ada mukabuku tuh drop la komen dan terangkan kepada aku serba kurang mengenai mukabuku tersebut... thanks~

aku benci mukabuku!!!!

Jun 6, 2009

yeke??

seminggu di pj merupakan minggu yang penuh dengan kepenatan semata-mata.. tiada rehat yang cukup,makanan yang tidak enak,roomate yang penuh dengan kebisuan dan aktiviti yang sarat dengan 'briefing' sahaja!!!! bayangkan....
tapi alhamdulillah semua tuh berkurang setelah aku berjumpa dengan dak2 forum kat uia pj.. yuhuuuu best jumpa korang... (bersepah2 pic aku dlm ms korg yer)

kemudian aku dicampak pula ke nilai.. dengan harapan yang tinggi iaitu MAKANAN SEDAP!! hahaha ternyata harapan aku termakbul.namun begitu, kehidupan di sana agak lesu kerana kami dibiarkan selama seminggu utk bersenang lenang dengan tidur dan makan... lepak di cafe malam-malam,bergelak ketawa sampai 2 pagi dan menghabiskan wang menerokai pekan nilai.. bosan bukan?? itulah hakikatnya...

memikirkan minggu depan kelas akan bermula.. riang tidak terhingga rasanya.otak aku dah tepu!!! aku nak belajar.. belajar dan belajar... yosh!!! btw,aku baru sedar yang room aku agak seram la.. hoho seram xseram kena gak aku bertahan selama setahun setengah....

aku nak laptop!!! huhuhu bila la boleh dapat ekh..... aku kesuntukkan masa neh.. tunggu entri seterusnya.. (bila tahun pulak??)

wassalam