Assalamualaikumm semua =)
kali ini aku punya entri bukan nak cakap pasal Bersih tapi saja nak kongsi aktiviti hujung minggu aku. seperti yang sedia maklum, aku kini sebagai penganggur terhormat yang suka berjalan dan mencari kedai makan yang belum atau pernah aku kunjungi menjadi suatu tarikan hebat kepada diri aku. ok, jangan menyampah dengan gaya bahasa yang aku gunakan. malah biasakan hehe entri kali ini mungkin banyak gambar yang disajikan.
Julai:
# 3hb- berkelah bersama rakan-rakan sekolah menengah di Titi Hayun, Yan, Kedah
#4hb- luangkan masa bersama rakan sekerja untuk membeli-belah di Queensbay Mall, Penang
#6hb- meraikan tarikh yang penting buat aku =)
#8hb- ke Penang lagi bersama-sama abang-abang dan adik aku.
#9hb- nak sertai Bersih tapi hasrat terbantut. oleh itu duduk rumah dan buat kek tiramisu heee =D
okay, padat tak? tengok.. kan dah cakap awal tadi. saya memang kaki berjalan dan berjalan itu menggunakan kaki LOL Abaikan! =P
3Hb
aku drive sendiri dan sendirian dari rumah ke tempat air terjun. kawan-kawan aku semua dah sampai Yan. malangnya aku tersesat dek jalan yang membuntukan aku. masuk hutan-gelap-pokok getah keliling-jalan sempit-gerun sekali. nasib baik jumpa juga jalan benar haha sampai ja Yan terus terharu sebab ingat zaman hingusan dulu selalu pergi situ. okay, kami berBBQ dan seperti biasa aku tukang makan saja. hebat bukan? =P lepas main air kat Titit Hayun. kami pergi Pantai Murni pula. saja ambil angin laut. sempat lagi singgah Tanjung dawai sambut birthday kawan aku tepi laut hehe
4Hb
konon-konon pukul 8 dah nak gerak tapi pukul 9 setengah pagi juga hasilnya. dari sini ke Penang dekat tapi semua nya jadi lambat gara-gara tak tahu jalan ke Kulim sebab nak amek kawan kat sana. guna GPS tapi dia tunjuk jalan kampung gilerrrr. hampir 2 jam juga baru sampai padahal 30 min dah boleh sampai. noob sangat -_-" naik feri lepas tu terus pergi shopping sakan-tak-hengat-dunia-sampai-ke-malam. gaji baru dapatkan. memang sakan habis la shopping kat sana. Baju, beg, facial serum, jam dan seluar. nak nak tengah SALE pula. adoii godaan betul. tapi best boleh keluar shopping tambahan dengan perempuan pula. memang perfect match lah. cakap je tak henti. nak shopping ada kawan bagi komen. boleh gedik nak menentu dengan mereka dan makan tak hingga ape dah teehee =D thanks my girlfriends =)
|
Left: Mida, una, wanie |
6Hb
lepak tengok wayang, Transfomers 3D =D superb sangat. rasa macam nak tengok lagi sekali. pergi makan yee mee tomyam yang perghhhh meleleh pedas dia + nasi claypot kicap yang tak sedap haha lepas tu teruja nampak Big Apple sebab dah lama tak makan. its so nyummy =) time nak balik dapat gift hehe
8Hb
After jumaat prayer terus gerak. tu pun lepas makan lunch dan took nap seround. pergi lah kami 4 beradik berjalan-jalan meluangkan masa bersama. aku saje ajak pergi shopping sebab sisa-sisa gaji masih berbaki. sekali 4 helai mereka angkut. coiyhhhh tak kisah janji pakai bila dah beli =) lepas shopping, solat jap lepas tu belanja Tutti Frutti. adik cakap sedoppp dan ia amat mahai-nak-mati haha tanpa melengahkan masa, terus pergi Gurney Plaza sebab nak makan kat clinic cafe. tak sempat nak snap picture sebab Dslr kena rembat entah dek sapa dan bateri phone kehabisan -_-" time masuk semua bajet lapar.bila dah order semua tak larat nak habiskan even 1 dish. hampehh dan sangat membazir ya. 4 orang tapi 5 hidangan. macam mana tu? TAMAK nama nya. masa keluar perut semua memboyot jep HAHA selesai semua tu, acara jum lentok di dalam kereta beramai-ramai bermula haha masa lalu Giant, terus ingat nak beli barang buat Tiramisu. even dah nak tutup pasaraya tu, nyelit juga aku masuk. siap main lari-lari lagi dalam tu dengan abang aku. teeheee =D
9Hb
nak turun KL sebenarnya tapi bila ingat perhimpunan BERSIH akan diadakan terus cancle plan. tak nak ambil risiko huhu jadi, duduk di rumah saja. kemas rumah, masak-masak dan tidur haha nikmat bukan? =P lepas breakfast tadi terus semangat nak buat kek. terus capai segala benda nak bake. sekarang kek dalam fridge dan tunggu malam baru boleh makan. tadi sempat rasa sikit. sedapppp nyah oiiiii. tak terkata lah. tak sabar nak rasa bila dah siap beku nanti hehe =D
|
Tiramisu Cake =) |
itu saja aktiviti yang aku buat demi mengisi masa lapang hehe anda bagaimana pula? =)