Jul 31, 2011

Selamat berpuasa =)




sat je kan? dah nak masuk bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadan =) tahun ni, feel nak puasa tu lain macam sikit. excited sangat hehe bila dah nak masuk bulan puasa ni, macam-macam lah media cuba iklan kan. belum masuk bulan puasa, iklan nak sambut raya dah banyak dipaparkan. paling femes mesti lah iklan makanan dan minuman kan hehe godaan betul bila nak berpuasa kan? kawal iman dan nafsu jela...

bulan ramadan ni merupakan bulan yang sangat berbeza daripada bulan bulan lain. yela, pahala digandakan berbanding bulan bulan yang lain. solat terawih sudah kepastian untuk semua umat Islam berlumba-lumba mengejar keberkatan dan kelebihan bulan yang mulia ni =) paling best ada bazar ramadan. bukan Muslim je menikmati suasana berpuasa tetapi penganut agama lain juga turut merasai keindahan bulan Ramadan.

oleh itu, ayuh kita beramai-ramai meningkatkan ketakwaan dan keimanan kita untuk bulan Ramadan kali ni. perbanyakkan amal ibadat dan bersedekah. semoga Ramadan kali ini membawa seribu erti di dalam hidup kita semua =) amin~


SELAMAT MENJALANI AMAL IBADAT DI BULAN RAMADAN =)



No comments: