Aug 4, 2011

review: B.liv

Assalamualaikummmm

apa khabar semua? setakat ni korang puasa penuh tak? =) sebenarnya aku baru je beli 1 produk ni. skincare. dah lama usha tapi tak kesampaian nak beli dek poket yang kering lagi kontang dengan harga produk ni yang sangat mahal bagi aku. disebabkan aku keje beberapa bulan yang lepas, baru la mampu nak beli kan.. jadi, aku nak kongsi sikit la 1 produk ni iaitu B.liv daripada cellnique.

Off with those heads ni berfungsi untuk mengurangkan black heads dan white heads sekali gus menghilangkan kehadiran black and white heads di bahagian T-zone. T-zone = dahi, hidung dan dagu. jap, ape? tak tahu black heads tu ape? nah tengok black heads ni. disebabkan aku ada masalah dengan black heads yang sangat banyak sehingga membuatkan kulit tidak bermaya dan kusam, jadi aku pun mencuba inisiatif ni untuk menghilangkan semua nya. 

mula-mula pakai, kulit aku sedikit pedih mungkin tak biasa dengan produk ni. selepas 3 hari pakai, kulit aku dah tak rasa pedih tapi sejuk je. dingin gitu. lepas aku pakai selama 2 minggu, kulit aku mengalami perubahan yang sangat mendadak. kulit aku semakin berminyak. malangnya black heads tidak mengalami sebarang perubahan. aku macam dah nak give up. dah mahal, tak berkesan. grrrr... kulit muka aku kulit buaya barang kali. sikit pun tak berkesan T__T tapi aku go on juga sampai minggu ke-3. Alhamdulillah, perubahan demi perubahan aku boleh nampak.

black heads dah kurang kelihatan dan kulit aku semakin licin dan lembut. selalu black heads banyak kat hidung kan? bila dah pakai produk ni, seriously, hidung rasa licin sangat. okay, ini aku sangat suka =D kulit aku pun dah tak berminyak lagi. jadi, aku sangat syorkan kepada sesiapa yang ada masalah black and white heads ni, cuba lah B.liv.. tak menyesal lah aku cakap kau. boleh nampak sendiri perubahan yang sangat ketara pada kulit. aku sangat berpuas hati dengan produk ni.


produk ni datang dengan dua size iaitu 30ml, RM139.90 dan 45ml, RM179.90. mahal kan? tapi dia memberi kesan yang sangat bagus dan tidak menjanjikan kata-kata kosong seperti produk lain yang kononnya itu lah ini lah. plus, dia ada jaminan dalam masa 2minggu kalau tak puas hati dengan produk tu. wang akan dikembalikan dengan syarat bawa resit pembelian dan produk ni. jadi, kalau tak berkesan juga kat kulit korang, pergi lah serang SASA mintak balik duit korang. okay? =D aku rasa pakai setahun pun belum tentu habis haha kalau nak tahu lebih lanjut, baca sini =)


tunggu ape lagi? pergi beli cepatttttttttt =)


3 comments:

Oppa Kudin Nz said...

xpenah pakai lagi lah skincare ni..
biar muke camtu je..malas nk jage..huhu =P

pEacEmaKer said...

eit...ak pakai ni... tp biase je ak ase..lom ade perubahan..da bape bln jugak la ak pkai..

Cik Maira said...

oppa kudin: lelaki xpe.. tak kisah sgt sal skincare ni. perempuan agak cerewet pasal skincare ni hehe

peacemaker: really? ermm.. kalau blackhead yg agak degil tu kite kena squeeze dulu bg dia kuar. then cuci muka bru apply B.liv ni. harap berguna =)