Aug 15, 2011

Pretty Little Liar

kaki movies tak? kaki series tak? kaki games tak? kaki tidur tak? kaki segala kaki tak? aku lah tu HAHA memandangkan cuti aku yang masih panjang dan panjang dan terus panjang, kaki segala kaki ni menjadi habit aku bila duk rumah. apa aku buat? mula mula bangun pagi selewat mungkin. kemudian urus diri serta misi menjadi suri rumah terhebat bermula. kemudian upacara mengadap notebook atau TV sampai lebam. akhir sekali, baca sesuatu sebelum tidur lewat malam. ya, itu life aku sepanjang cuti yang sungguh panjang ni =) sebenarnya aku nak kongsi satu series yang aku baru follow ni. dah addicted dengan cerita ni


mula mula boleh terpikat dengan cerita ni bila malam isnin aku sangat lah bosan umpama sardin tidak ditemani dengan mayones. saja lepak tengok TV 8. sekali ada cerita ni, 1st episode pula tu. layan habis la kan.

cerita Pretty Little Liar ni berkisahkan 5 orang gadis iaitu Hanna, Spencer, Emily, Aria dan Alison. nak dijadikan cerita, tiba-tiba pada suatu malam salah seorang daripada mereka hilang secara mengejut iaitu Alison. setahun sudah berlalu, Aria kembali ke Rosewood setelah berpindah ke Iceland sejak peristiwa tersebut berlaku. Kehilangan Alison masih menjadi tanda tanya sehingga lah kepulangan Aria ke Rosewood dan menerima satu SMS daripada unknown yang mengelarkan dirinya sebagai A



Pesanan daripada A mengejutkan Aria kerana si A mengungkit kembali kisah silam nya dan mengugut untuk membongkar rahsia Aria selama ini. malangnya, bukan Aria sahaja menerima pesanan daripada si A tetapi keempat-empat mereka menerima pesanan daripadan si A. mereka menyangka si A ialah Alison yang sudah lama hilang saja mahu bergurau dengan mereka. tetapi tekaan mereka tersasar tatkala mayat Alison dijumpai dirumah tinggalan keluarga Alison. si A mengetahui segala rahsia dan gerak geri  mereka terus menerus menganggu hidup mereka. siapakah si A? apa motif sebenar si A terhadap mereka? mengapa Alison dibunuh? siapakah yang membunuh Alison? nak tahu? jom layan cerita ni hehe

cerita ni penuh dengan misteri pembunuhan Alison dan siapa sebenarnya si A. sangat suspen dan penuh dengan konflik yang menarik ditambah dengan soundtrack yang best. layan pula aku hehe kalau nak layan kat tv, korang kena ngadap TV setiap hari Isnin, 8tv pukul 10.30. tengah tayang tu season 1. sekarang dah masuk season 2. makin menarik jalan cerita dia. dalam banyak banyak watak, aku paling suka watak Aria dengan Ezra. sewitt pula aku tengok hehe oh ya, kalau korang kaki buku. boleh lah terjah novel by Sara Shepard ni.



aku ni memang kaki series tapi sinetron memang aku tak layan la beb. sorry to say. sebelum ni series yang aku follow macam ugly betty(all seasons), ghost whispers, desperate housewives, one tree hill and gossip girls. sama taste tak kita? apa? tak? okay, pergi main jauh jauh.. mungkin ada yang berminat mungkin tak. selalunya kalau aku terlepas satu episod tu, aku akan make sure aku download the whole season. so, tak perlu nak rush ke bilik TV semata-mata nak layan cerita kegemaran. bila dah on campus memang busy tersangat sangat, waktu nak buang masa layan series memang tak ada lah babe. weekend lah jadi mangsa yang sesuai untuk aku series marathon sampai lebam. aku pernah tak tidur semata mata nak habis kan the whole series. nuts tak? tipu lah tak tidur langsung kan, lepas subuh aku bedal tidur seenak mungkin lah hehe

okay, itu saja cerita yang aku nak kongsi untuk kali ni. apa series kegemaran anda? =)


2 comments:

Lisa N.Yusof said...

best ehhhh. t kalau free nak tengok gak laaa...

aku suke grey anat! glee! muahahaha. best gile due cter ni...

Cik Maira said...

best! =)

oh.. Glee mcm best tapi tak sempat lagi nak follow. myb someday kot hehe
grey anat tengok kadang kadang je