Mar 29, 2011

i'm gonna miss the class

assalamualaikumm

Hari ini merupakan kelas introduction to communication yang terakhir. Agak sedih disitu sebab kelas ni jep aku rasa relax sikit. Kami sekelas ada buat surprise party untuk miss. Masa the whole class cakap SURPRISE!!!! Miss aku boleh buat muka tak bersalah sebab dia ingat kami saje-saje cakap macam tuh. Sekali bila tengok kat stage ada makanan segala bagai baru dia sedar hahaha yang tak boleh blah time budak-budak tuh sibuk bawa masuk makanan pun dia tak perasan langsung even lalu depan dia kot time tuh.  okay, itu sangat kelakar!! hahahaha

Lepas makan, kami sempat ambil gambar ramai-ramai =) miss dah terharu gila. tinggal tak banjir jep teater room tuh. Dari ada appointment terus dia cancel sebab kami buat party khas untuk dia hehe sebenarnya, minggu lepas dah jadi kelas terakhir tapi miss buat extra class untuk sesiapa yang nak tambah markah dengan presentation. Jadi, tak wajib pun nak datang ke tak. Tapi kawan-kawan aku yang lain semua gi sebab carry marks kurang memuaskan (macam lah carry marks aku dah cukup bagus :P) presentation hari ni aku boleh cakap 1 jep. Bosan!!! Miss aku pun macam tak sabar nak tamatkan kelas tadi hahah

Kesimpulanya, kelas dah habis! Yay! hanya sekadar suku hati untuk bergembira sebab final exam pula menanti. Sekarang masa untuk fokus exam. Sape rajin gila tuh, meh lah ajak aku stadi sekali….





nota kaki: gambar kurang enak dipandang hasil lensa yang tidak berkualiti hoho

jalan-jalan


Assalamualaikumm

Dah lama tak update belog, dah bersawang pun. Sebenarnya aku dalam minggu yang sangat sesak dengan assignment dan final exam. Kesian kan? nages laju laju Tapi takpe, belajar punya pasal. Redah jep walaupun hati dah tak rela nak tanggung. Memandangkan agak lama aku tak update, jadi banyak ler benda nak cerita. Cecite..cecite..cecite =D

Minggu lepas:

Aku pergi rumah member aku, Mastura nama nye kat Ampang. Lepas habis kelas terus gerak even time tuh dah malam sebab kawan aku dah ‘sakitrumah’ sangat-sangat. Macam hari esok takde jep kan? Mula-mula naik bus pergi Putra then turun kat KLCC then naik rapidbus ke rumah dia. Jauh perjalanan memang luas la kan pemandangan aku ni. Sampai jep Ampang sekali ada pasar malam daa.. dah la aku gila dengan pasar malam, memang kompom kompon aku singgah punya. Bukan nak membeli tapi hanya menjamu mata saja haha pusing punya pusing sekali kawan aku beli tauhu bakar. Perghhhhhhh sedap gila!!!!!!!!!! 1st time kot aku makan. Agak jakun disitu hee =D lepas tuh berjalan lah aku sampai ke rumah dia, boleh tahan gak jauh. Bersenam malam-malam, apekah??

Keesokkan harinya aku pergi masjid India sebab nak teman kawan aku borong selendang dan niat aku hanya 1 : nak ke central market huhu hari tu hari Jumaat, jadi kami bajet tak lah sesak sangat orang sekali takde maknanye Timah oiiiiii. Ramai bebenor… punya asyik borong selendang sekali dengar orang azan, solat Jumaat rupanya hehe dan 1 keadaan yang aku tak pernah tengok dan alami bila tiba-tiba semua jalan dan lorong kat masjid India tadi penuh dengan orang nak solat Jumaat. Punya ramai tak tahu nak cakap ler.. mula-mula aku ingat orang yang berniaga kat situ tak solat. Yela, dah jadi lazim orang berniaga macam tu sanggup tinggal solat demi perniagaan. Tapi Alhamdulillah lah, mereka masih menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim =)


Kemudian, kami menuju ke central market. Nak tahu kenapa aku beriya-iya sangat nak ke sana? Jeng jeng jeng LOL aku nak cari Takoyaki!! Sebab tuh jep =) mula-mula cari tak jumpa lepas tuh pusing lagi dan pusing lagi jumpa Watson. Masuk jap nak ushar barang, sekali tersangkut gak dek promosi haizzzzzz perempuan.. perempuan... Elok jep kuar dari Watson, terus nampak kedai yang dicari-cari. TAKOYAKI!!  Sementara tunggu dia masak aku pergi pusing kat kedai lain dulu. Wah, ada t-shirt comel.. terus rembat 1 even time tuh dah sengket tak ingat apa dah heeee =D amaran: jangan bawa duit banyak-banyak bila pergi central market dan jalan masjid India!!! Banyak benda yang akan mengoda korang habiskan duit kat sana. sebenarnya aku nak makan takoyaki tuh sebab tertarik baca 1 artikal kat metro hari tuh. Sanggup aku redah semua halangan demi takoyaki.. haha





Mar 13, 2011

congratulations bro =)

assalamualaikumm

seperti biasa, asal duduk lama sikit jep kat campus mesti ngade nak balik rumah!! yer, saya rindukan rumah. homesick sangat huhu kawan-kawan aku semua dah mula cuti sem. aku jer tengah struggle nak final exam. yela, bahana mid terms tak perform well la neh, baru tergedik-gedik nak struggle untuk final exam =( 3 weeks to go..
sebenarnya hari ni abang aku bertunang hari ni. sebab tu perasaan nak balik rumah tu makin menebal-nebal. sekali aku ada 2nd mid term pula. haizzzzz. tak boleh gak nak balik rumah kali ni. rasa sedikit sayu disitu sebab nanti dah tak boleh nak bodek-bodek dan gurau-gurau macam dulu lagi. dah tak boleh nak jadi kebudak-budakkan lagi dengan dia.. 

mak mesti tengah sibuk sebab kakak aku pun tak jadi balik. mesti tak ada orang nak tolong dia. nasib baik anak lelaki yang bertunang jadi tak perlu nak fikir sangat nak siap makan segala bagai. kat rumah tu ada sape jer kalau nak tolong pon. adek aku 2 orang tu?? harapan lahhhh 

still feels happy for him =) selamat bertunang abang lah. hope shes the best for you.. amin~


aku tak faham


yer, mood aku kurang baik dan nakal. aku marah dia. aku sedikit muak dengan dia. lepas kau cakap kau perlukan aku dan segala bagai. kau berpaling tadah dalam masa yang sama.apakah?? apa yang sebenarnya kau nak? mungkin kau mahu aku sedikit cemburu mungkin juga kau memang sebegitu rupa orangnya. kadang-kadang aku bersyukur kerana tidak menerima kau..  sudah lah dengan kelakuan kau itu. aku sudah muak tapi aku hanya bertidak berdiam diri sebelum ni. tidak mungkin aku akan layan kau seperti dulu.. lenyaplah kau dari hidup aku. aku tak perlukan kau. aku tak mahu kenal kau lagi. aku sudah penat. 
pffttttttt