Jan 30, 2012

zaman persekolahan




dah dengar video atas ni? jiwa aku sedikit terusik bila dengar lagu ni. mula lah rindu zaman kecik kecik dulu, zaman persekolahan yang dihantui dengan uniform sepanjang masa, zaman hingusan yang sentiasa gembira, zaman yang tak perlu sesak kepala dengan masalah belajar, tanggungjawab, cinta dan sebagainya, zaman yang cukup nakal bagi aku, zaman yang penuh dengan 1001 kisah yang tak semua orang lalui, zaman yang aku tak mungkin akan lupakan =) i'm not very proud what i have done yet i'm not regret.  aipp, senyum sorang sorang nape pula tu? dia pun nak rindu zaman dia juga la tu hehe =P

bagi aku, zaman sekolah rendah paling happening sekali dalam hidup aku. mentah. nakal. naif. idola. zaman tu selalu buat aku tersenyum meleret. i bet you have yours. kan? zaman yang hanya tahu bermain dan kegembiraan sentiasa menjadi agenda utama.  bila rehat je mesti pergi padang sebab nak main je keje nye. makan? balik rumah baru kisah pasal perut. bila cikgu takde, selalu main lawan permadam takpon main kad happy family takpon main pecahkan biji getah. batu seremban aku kurang gemar sikit. budak budak sekarang mesti dah tak sempat rasa semua ni. di rumah, lain pula cerita nya. aku ada adik beradik yang ramai. yang tak best nye aku ada ramai abang. semestinya aku jadi mangsa buli. ratu menangis memang aku lah kat rumah tu. tak dapat nak sangkal lagi hehe bulan ramadan lah paling best sekali. mak sibuk kat dapur tengah siapkan juadah. aku kat luar masih bermain.takde sape pun nak tolong. bila nak dekat raya, mesti dapur tu penuh dengan kami adik beradik. masing masing suka menyibuk bila mak buat kuih raya. time ni paling indah sebab kami semua kumpul ramai-ramai buat kuih even abang abang aku pun turun dapur buat kuih. bising satu ruang dapur tu tak payah cerita la kan. tengah buat kuih pun sempat gaduh haha

zaman sekolah menengah merupakan zaman yang suram bagi aku. tiada yang menarik. tiada kegembiraan seperti sebelum nya. tak banyak benda yang indah dan menarik berlaku. sekadar tersenyum.  aku agak nakal sampai hampir kesemua cikgu dah boleh kenal. bukan sebab 'anak murid emas cikgu dengan markah cemerlang nak rak' tapi dengan sikap nakal aku. mungkin sedikit perasaan memberontak membuatkan aku nakal. jiwa remaja baru nak kenal dunia. i think its common =) kehidupan di asrama agak meninggalkan kesan dalam hidup aku. aku pernah duduk asrama yang sangat creepy. 4 tingkat dan 2 blok yang hanya 4 bilik sahaja digunakan. the rest were empty! pernah satu hari tu, kecoh satu asrama gara-gara ada orang datang stalked. asrama aku time tu mandi guna air kolah dengan hanya berdindingkan zink. bayangkan lah... tiba tiba rindu nak tidur 1 katil 4 orang, time prep mengelat jer, supper heaven gile sebab aku jadi biro makanan. so, selalu dapat makanan lebih tehee :D rindu nak solat jemaah dengan kawan kawan, share citer creepy lepas tu masing masing takot nak pergi tandas, kena denda sebab buat bising time prep dan lompat pagar, curi-curi pergi pasar malam depan sekolah, jadi wanted dalam kelas. ada crush, kawan-kawan yang ohsemmmm..ohhhh i missed all of them..


indah bukan? tapi hidup kita tidak mendatar saja. turun naik dalam kehidupan tu perkara biasa yang kita semua perlu tempuhi =)


No comments: