Dec 18, 2012

Trio and wonderful weekend

Assalamualaikumm

eh, rajin pula lately aku nak update blog. padahal mood tengah final exam sekarang ni hihi actually my final exam going to be on 27th of dec. so last weekends, i have decided to sneak a peak and chilling with my best-two-buddies-ever before the final exam coming. i just wanna share my weekends with you guys. this entry gonna be quite long..

hari Jumaat lepas, 14th disember: awal pagi dah semangat bangun sebab nak basuh baju dan done some stuffs before heading to Shah Alam. lepas selesai semua tu, aku terus texting 'dah bangun? katna?' and i'm expected he's now on his way to pick me up at Gombak. but it turns another way around when he reply my text, 'baru bangun tido hehe' and i was like 'choiiii.. smlm semangat suruh orang bangun awal' well, janji melayu again. but nevermind, i still have plenty time to finish up my assignment then. around 11 pm he came and picked me up. mula nya kami menuju ke bandar tasik selantan sebab nak drop his friend. kemudian, kami terus menghala ke spaceu8. plan nya nak tengok wayang, tapi lambat sangat show time nye. jadi, kami sekadar melepak di spaceU8 sambil menikmati coolblog serta menikmati air pancut hihi dan pada masa tu juga, hujan tiba-tiba turun dengan lebat. ribut dan angin kencang. the funny part was, even the guard melayang dek kena tiupan angin kencang. habis terbang topi dan segala pasu bunga kat depan complex tu. quite scary actually. syukur tak ada yang cedera =) lepas hujan reda, kami terus menghala pula ke TTDI jaya.

keesokkan harinya, kami bercadang nak pergi makan meatball kat ikea dan tengok baby habib sebab dah lama tak jumpa abangku dan keluarga. mesti la rindu kan. jadi, lepas decided nak lepak kat setia alam mall, kami terus pergi beli tiket wayang, The Hobbit. ermm aku boleh bagi 3/5 lah sebab it drag scene yang tak perlu di ketengahkan terlalu panjang dan lama yang membuatkan aku bosan tahap putus oksigen dan mengantok dalam tu haha lepas habis jer tengok, terus cadang nak pergi ikea but then its already 8.30 pm. i guessed its too late for today. terus plan pergi makan kat tempat aku paling suka iaitu Rejab Tomyam. makanan dia memang superb lah!! seriously you guys should go and have taste. orang Patani masak hehe my two buddies ni pon dah tahu aku suka sangat makan kat sini. its a good place to relax too. ada tempat nak karok dan kawasan dia atas bukit. konon boleh nampak view yang indah pada waktu malam. kononn hehe


the next days, kami terus tekad nak juga pergi makan meatball kat ikea. around 2pm, kami dah gerak menghala ke Damansara. mula nya nak pergi lagi awal sebab nak lunch kat sana, tapi biasa lah bila kat rumah tu. jadi liat nak bersiap dan keluar. dalam pukul 3 kami sampai destinasi yang dituju. mak aihhh, memang ramai sangat manusia dalam tu. pack macam ikan dalam tin sardin cap Fatima. opsss terpromot pula haha lepas pusing punya pusing cari seat. alhamdulillah dapat juga. best spot pula tu hewhewhew so tanpa membuang masa, terus beratur. dah sampai kaunter macam nak grab semua makan dia. tergoda youuu the way they presented the foods, deco and what not. i must say, its very conducive place to enjoy your food and spent time with friend, family, siblings etc =) walaupun ramai orang tapi jangan risau, mesti ada table and seat punya sebab kawasan dia agak luas. jom tengok apa yang aku sempat grab kat kaunter tu hehe 3 main course and a dessert.




dan kenyang kan? hati pun senang. sebelum balik, kami sempat juga window shopping kat the curve. SALE? ohmaii.. sangat menguji kesabaran. nasib baik tengah poket kering. hanya mampu menjamu mata sajalah sobs sobs lepas puas pusing the curve sampai terkehel kaki eden. terus nak balik! haha tapi tapi tapi.. perjalanan weekend aku tak terhenti disitu jeng jeng jeng *poyopula since dah hampir maghrib, kami singgah solat di Masjid Negeri. pemandangan dia sangat cantik. once dah masuk dalam tu, tersergam indah seni beni dia tapi yang kelakarnya aku boleh tersesat dalam masjid tu sebab besor sangat -___-" cari jalan keluar pon tak jumpa. apekah? lepas jumpa jalan keluar terus senyum keriangan haha padahal masa tengah sesat tu, hati dah gundah gulana baq hanggg. dan prayer hall dia agak pelik bagi aku sebab dia just open. like OPEN gila! dia terus sambung dengan prayer hall untuk muslimin. cuba bayangkan... so kalau nak tukar tudung atau sebagai nye semua kena cari tempat yang agak terselindung lah.


kemudian kami menghala ke I-city untuk menikmati pemandangan indah pada waktu malam. sebenarnya aku yang beria-ria ajak datang icity since macam aku seorang yang sangat ketinggalan zaman. nak lah juga kan pergi Icity yang konon best tahap gigabyte tu. before tu, hujan agak lebat, so becak sikit lah jalannye.tapi aku lepak situ kejap jer. kejap tak kejap, cecah satu jam juga lah hehe nampak coolblog lagi, terus beli! haihhh tak tahu kenapa addicted sangat dengan coolblog ni. penangan Heliza yang kiut miut kot. okayytakadakenamengena. aku dah tak tahu nak gambarkan macam mana bila dapat sampai icity, jom layan gambar bawah jela hehe








jadi, berakhirlah hujung minggu ku yang sangat ohsemm. Big thanks to them <3 again="again" care="care" entry.="entry." guys="guys" in="in" meet="meet" next="next" p="p" take="take" the="the" till="till" you="you">



Dec 13, 2012

B-day

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

B-day? its my Birthday lah uolsss. actually last 10 dec was my birthday and i did not expect much for my birthday like my friends having surprise party for me or what not. i'm just stayed silent and act cool on that night  doing assignments. but suddenly my roommates came in and they sang a birthday song for me. awwww~ you guys just too cute. Big thanks roommates! <3 nbsp="nbsp" p="p">

on the next morning, i got ton of wishes from my friends at facebook, some gave me call and texting me and i met some of my friends in the class. they keep wishing me happy birthday. it just a great day. i'm telling you that it is a great day! =) it just that i hope someone came to visit me and i hope it is YOU! but never minds. i did received some gifts. cake and ice creams. yeah i love ice cream hee

Future really scared me out. i wonder what will happen in 5 to 10 years ahead. what am i gonna be? may Allah ease everything. amennnnn~




~HAPPY BIRTHDAY TO ME~


so, here is just short update from me. till then, take care you guys~

Dec 12, 2012

Random things

assalamualaikumm dan salam sejahtera semua

macam chipmore kan? sat ada sat hilang. maaflah incik belog tersayang. saya seorang gadis yang sangat sibukkkk mengejar cita-cita *kununnn. sooo, for this entry i have made up my mind to talk about random stuffs especially about myself *duhh who else kan. lets start~

#nama yang didaftar dalam ic 'HUMAIRAH ISHAMUDDIN'. but people call me whatever they like
#love purple and pastel colors because i think it does suit me best =)
#seorang yang pendiam dan blur. tapi bila dengan BFFs, jadi 360 degrees a different person haha
#suka observe how people act, talk and dress up
#cepat percayakan orang in the first place *what a lame T__T
#anak ke tujuh daripada 9 adik beradik. yeah, i'm in Big family =D
#teruja tiap kali dapat makan 
#tak mencapai ketinggian yang normal *sigh
#ada masalah kulit sensitif seperti hati yang sensitif juga *tetttt haha
#selalu menghargai setiap insan yang pernah hadir dan ada disisi
#suka hiking
#suka baking and cooking
#J-drama's fan
#quite high maintenance kih3 
#takot kucing since darjah 4 kena gigit *fobiaaa
#currently has my own online business cikidau!



hai there! =)
maaf muka terlalu innocent 

Dec 9, 2012

tips: Cleanser & Moisturizer

assalamualaikumm

mesti tertunggu-tunggu kan nak baca entri ni? hehe penjagaan kulit harus dititik beratkan oleh perempuan mahupun lelaki untuk memiliki kulit yang diidam-idam. kulit yang sihat sekaligus menaikkan keyakinan diri dan penampilan diri serta disenangi oleh orang sekeliling kita. tambahan cuaca di Malaysia yang sangat panas dan mudah terdedah dengan pelbagai pencemaran udara dan sinaran UV yang membuatkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya. katakan 'tidak' untuk semua tuu.. jadi, jom kita tengok beberapa tips untuk memilih pencuci muka dan pelembab =)

Cleanser
pencuci muka sekarang ni dah macam macam jenama ada dipasaran dengan kelebihan-kelebihan yang pelbagai. jadi, nak tahu pencuci muka yang mana sesuai untuk kulit kita adalah sangat penting. tahukah anda? kulit lelaki lebih tebal berbanding kulit perempuan. sebum yang dirembeskan juga lebih banyak berbanding perempuan dan masalah kulit sangat tinggi. oleh itu kaum lelaki tidak harus mengambil mudah dalam hal ni. untuk entri lepas hampa dah tau jenis kulit masing-masing jadi mudah untuk uolls pilih which suit the best for your skin. selalunya setiap pencuci muka akan label which one for dry, sensitive and oliy skin. ketahui bahan-bahan yang digunakan untuk setiap produk yang ingin dibeli..

dry skin: choose any product which has moisturizer, vitamin B and mild foam. no scrub!
sensitive skin: dermatology based, mild foam, non-comedogenic (tidak menyumbatkan liang roma), anti blemish
oily skin: non-comedogenic, oil-free/oil control, water based, scrub/foam, anti blemish

untuk lelaki lebih sesuai mengunakkan pencuci muka 'for men' sebab kandungan cleaser for men agak berbeza dengan cleaser biasa. contoh pencuci muka lelaki seperti Loreal for men, Garnier for men dan Nivea for men. pencuci muka untuk perempuan lebih mudah untuk ditemui di pasaran =) jangan mengunakan pencuci muka melebihi 2 kali sehari kerana ia kan mengeringkan kulit anda sekali gus untuk kulit kering akan menjadi lebih teruk manakala untuk kulit berminyak, kulit akan merembeskan lebih banyak minyak daripada kebiasaaanya. jadi, mencuci muka maximum 2 kali sudah memadai =)

Moisturizer
pelembab ni salah satu element kedua yang sangat penting setelah membersihkan muka. pelembab harus disapu setiap kali proses membersihkan muka dilakukan terutama mencuci muka mengunakkan cleanser supaya keseimbangan kulit terjaga. pemilihan pelembab juga perlu berhati-hati kerana jika tersalah pilih kulit akan kelihatan berminyak dan kusam. 

dry skin: 
oily/combination skin: oil-free, water based, non-comedogenic, SPF, salicylic acid

contoh pelembab untuk kulit kering seperti garnier, safi gamat, cetaphil dan sebagainya. contoh pelembab untuk kulit berminyak pula macam Clean&Clear, Eucerin, St Ives dan sebagainya. Pelembab boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan kerana tiada pengkhususan untuk setiap jantina. bila dah tahu jenis kulit, maka pemilihan barangan penjagaan kulit lebih tepat dan hasilnya kulit lebih berseri dan sihat =)


i hope this entry will be beneficial for you guys.. next entry maira akan kongsi cara dan tip-tip maira menjaga kulit supaya sihat dan bersih. nak tahu macam mana dan bagaimana? tungguuuuuu next entry.. ekeke~