assalamualaikumm
mesti tertunggu-tunggu kan nak baca entri ni? hehe penjagaan kulit harus dititik beratkan oleh perempuan mahupun lelaki untuk memiliki kulit yang diidam-idam. kulit yang sihat sekaligus menaikkan keyakinan diri dan penampilan diri serta disenangi oleh orang sekeliling kita. tambahan cuaca di Malaysia yang sangat panas dan mudah terdedah dengan pelbagai pencemaran udara dan sinaran UV yang membuatkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya. katakan 'tidak' untuk semua tuu.. jadi, jom kita tengok beberapa tips untuk memilih pencuci muka dan pelembab =)
Cleanser
pencuci muka sekarang ni dah macam macam jenama ada dipasaran dengan kelebihan-kelebihan yang pelbagai. jadi, nak tahu pencuci muka yang mana sesuai untuk kulit kita adalah sangat penting. tahukah anda? kulit lelaki lebih tebal berbanding kulit perempuan. sebum yang dirembeskan juga lebih banyak berbanding perempuan dan masalah kulit sangat tinggi. oleh itu kaum lelaki tidak harus mengambil mudah dalam hal ni. untuk entri lepas hampa dah tau jenis kulit masing-masing jadi mudah untuk uolls pilih which suit the best for your skin. selalunya setiap pencuci muka akan label which one for dry, sensitive and oliy skin. ketahui bahan-bahan yang digunakan untuk setiap produk yang ingin dibeli..
dry skin: choose any product which has moisturizer, vitamin B and mild foam. no scrub!
sensitive skin: dermatology based, mild foam, non-comedogenic (tidak menyumbatkan liang roma), anti blemish
oily skin: non-comedogenic, oil-free/oil control, water based, scrub/foam, anti blemish
untuk lelaki lebih sesuai mengunakkan pencuci muka 'for men' sebab kandungan cleaser for men agak berbeza dengan cleaser biasa. contoh pencuci muka lelaki seperti Loreal for men, Garnier for men dan Nivea for men. pencuci muka untuk perempuan lebih mudah untuk ditemui di pasaran =) jangan mengunakan pencuci muka melebihi 2 kali sehari kerana ia kan mengeringkan kulit anda sekali gus untuk kulit kering akan menjadi lebih teruk manakala untuk kulit berminyak, kulit akan merembeskan lebih banyak minyak daripada kebiasaaanya. jadi, mencuci muka maximum 2 kali sudah memadai =)
Moisturizer
pelembab ni salah satu element kedua yang sangat penting setelah membersihkan muka. pelembab harus disapu setiap kali proses membersihkan muka dilakukan terutama mencuci muka mengunakkan cleanser supaya keseimbangan kulit terjaga. pemilihan pelembab juga perlu berhati-hati kerana jika tersalah pilih kulit akan kelihatan berminyak dan kusam.
dry skin:
oily/combination skin: oil-free, water based, non-comedogenic, SPF, salicylic acid
contoh pelembab untuk kulit kering seperti garnier, safi gamat, cetaphil dan sebagainya. contoh pelembab untuk kulit berminyak pula macam Clean&Clear, Eucerin, St Ives dan sebagainya. Pelembab boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan kerana tiada pengkhususan untuk setiap jantina. bila dah tahu jenis kulit, maka pemilihan barangan penjagaan kulit lebih tepat dan hasilnya kulit lebih berseri dan sihat =)
i hope this entry will be beneficial for you guys.. next entry maira akan kongsi cara dan tip-tip maira menjaga kulit supaya sihat dan bersih. nak tahu macam mana dan bagaimana? tungguuuuuu next entry.. ekeke~
No comments:
Post a Comment