May 20, 2011

luahan hidup #2

Assalamualikumm

hidup ni tak sentiasa indah. ada hari sedih. ada hari gembira. ada hari kosong. setiap hari pasti terukir kenangan tidak mengira pahit atau manis. ia bergantung kepada seseorang individu itu sendiri untuk menilai hari-hari yang ditempuhi nya. kadang kala mengeluh sepanjang hari cukup untuk melepaskan beban di dada. tak perlu bertempik dan cari gaduh demi menghilang sedikit tekanan di minda. senyum juga mampu membuat hati tenang. tambahan mendengar alunan ayat ayat suci, sebak di dada bersama air mata mengalir tanpa dipinta.

mungkin aku selalu mengeluh dengan hidup aku. mungkin aku selalu melihat orang lain  terlalu sempurna jika dibanding dengan diriku. mungkin juga aku selalu menilai indah fizikal nya itu bermakna cantik segalanya. aku tahu aku patut hentikan semua tu. tapi ia seakan sebati dengan diri aku dan terlalu sukar untuk mengubah nya dalam sekelip mata. aku benci diri aku sebab aku selalu buat perkara yang aku tahu akhirnya akan melukakan aku.

melihat kehidupan orang lain membuatkan aku sentiasa bersyukur dengan hidup yang aku jalani. Tuhan itu maha adil dan saksama. mungkin aku tak dapat buat apa yang aku ingin lakukan seperti orang lain, mungkin berkat kesabaran aku menunggu yang 'itu' mendapat yang terbaik daripada Nya. aku hanya perlu kuat dan endahkan segala tipu dunia yang melalaikan aku sekali gus membuat aku alpa akan siapa diri aku sebenarnya.

May 15, 2011

oreo cheesecake

 Assalamualaikum

entri kali ni aku tunaikan janji. kali ni aku nak kongsi resepi buat kek oreo berkeju =D kek ni aku buat khas untuk abang afifi aku sebab dia jarang balik rumah sibuk dengan kerja katakan. jadi aku terfikir nak buat kek ni untuk dia. kek ni juga sesuai dihidang hampir kesemua majlis seperti majlis hari lahir. sebiji kek boleh dimakan antara 10-12 orang kerana ia berasaskan keju dan muak dimakan dalam kuantiti yang banyak. tapi yang penting ia sangat lah sedap. ala ala kek kat kedai resepi rahsia... =P

Bahan asas kek
#240 gm kepingan biskut oreo yang telah dibuang krimnya
#120 gm butter cair
#50 gm walnut cincang ( boleh juga menambah/mengunakan bahan lain mengikut citarasa anda)

Cara memasak
1. Tumbuk/hancurkan biskut oreo. jangan terlalu halus.

2.Campurkan dengan butter cair.

3.Masukkan walnut dan tekan adunan pada loyang bersaiz 8 inc supaya padat. Loyang mestilah dilapik dengan kertas minyak dahulu. atau boleh juga disapu minyak di permukaan loyang dan ditabur dengan tepung. ia bertujuan supaya kek tidak melekat pada loyang setelah ia elok masak.

4.Simpan dalam peti sejuk selama 15 minit atau lebih.

Bahan kek
#700 gm krim keju
#300gm gula kastor
#8 keping biskut oreo yang telah dibuang krimnya
#3 keping biskut oreo yang diblender halus
#3 biji telur
#100 gm whipping cream
#1 sudu kecil air perahan lemon

Cara membuat
1.Putar krim keju sehingga betul betul lembut.

2.Masukkan gula dan putar lagi.

3.Masukkan telur dan lemon.

4.Masukkan whipping cream dan kacau rata.

5.Tuangkan setengah adunan dalam loyang yang berisi lapisan biskut tadi.



6.Aturkan kepingan biskut oreo.

7.Taburkan sebahagian serbuk biskut oreo yang diblender.

8.Tuangkan pula baki adunan di atasnya sehingga habis.

9.Hiaskan permukaan dengan taburan serbuk biskut oreo.

10.Letakkan loyang ke dalam dulang pembakar yang berisi air dan masukkan ke dalam oven. Jika loyang boleh diresapi air, balutkan permukaan luar loyang dengan alumunium foil untuk mengelakkan lapisan biskut pada bahagian bawahnya basah dan tidak rangup.

11.Bakar pada suhu 130 C/ mengikut suhu oven yang telah ditetapkan untuk membakar kek selama 1 ½ jam.

12.Setelah masak tutup api. Renggangkan pintu oven selama ½ jam. Kemudian barulah loyang kek dikeluarkan.

13.simpan kek di dalam peti sejuk selama separuh hari hingga semalaman supaya ia elok keras. makan ketika sejuk lebih enak berbanding tidak disimpan di dalam peti sejuk

rupa hodoh tapi rasa sedap sangat. hitam atas permukaan kek bukan hangus ok, tapi biskut oreo yang telah diblender halus =)




credit to: Malihah & hanani =)

~selamat mencuba~

May 11, 2011

luahan hidup

Assalamualaikumm

memandangkan aku sedang giat bekerja demi mencari nafkah buat diriku ternyata manis belajar itu jauh lebih indah daripada berkerja :) aku sudah mula merindui saat dan detik untuk ke kelas dengan tergesa-gesa, pergi kelas main bedal saja baju dan tudung tanpa iron terlebih dahulu, siapkan assignment saat akhir dan berjaga malam konon nak stadi sampai pecah kepala. seksa. sesak. merana. tapi aku rindu semua tu. oh september, cepat lah kau berlalu =D 

kali ni aku hendak mengadu kecil, tak lain tak bukan mesti lah perihal kerja aku. sedikit sebanyak aku baru kenal selok belok perniagaan dan pentadbiran tempat aku berkerja. staff semua cun melecun, kalau kurang rupa macam aku duduk stor jela jawab nye yer huhu tak kisah part tu. yang penting staff kat situ semua sempoi. bos je tak best sikit. harap harap boleh bertahan lama la kat situ.

lagi satu, hari tu aku dah janji nak post sal resepi tapi tak kesampaian lagi nampaknya untuk entri kali ni. barangkali entri yang seterusnya aku post resepi yer =D (bajet macam sedap je aku buat haha ) tapi alhamdulillah hidup aku sekarang lebih terurus. tiada masalah yang melanda. kawan kawan yang setia disisi. cuma result aku untuk 1st sem sangat tidak memuaskan hati aku. mungkin aku dah berusaha tapi tidak cukup untuk aku gapai kejayaan yang aku impikan. insyaAllah next sem aku janji aku akan tebus kembali segala kesilapan dan kelalaian aku pada 1st sem. chaiyokkkkk maira =)

May 4, 2011

earn money

assalamualaikumm

memandangkan aku cuti setahun jadi tak kan nak bazirkan masa tu dengan bina badan dan tidur saja. jadi bermula lah misi aku untuk mencari kerja. seluruh pelusuk aku redah semata mata terdesak nak kerja. terdesak tu macam teruk pula bunyi nye. okay aku tukar.. demi mencari kerja yang halal. cewahh 2 hari juga lah aku menghabiskan masa untuk mencari kerja.  daripada pagi hingga ke petang mencari nya.

baru aku tahu, nak cari kerja part time pun susah tahu? asal aku tanya je 'kak/abang, ada kerja kosong tak?' mesti ni lah jawapan nye ' ada, isi borang ni dulu. nanti bila kami perlukan orang kami call ye' tak pun 'TAK ADA' ohh sangat sadis jawapan nya. aku pula punya la tunggu call nye. tak call call.. haihhh 

tiba-tiba semalam aku dapat call, 'esok datang interview boleh?' H A P P Y tak payah cerita la kan. tu baru interview belum tahu lagi dapat ke tidak hehe then, hari ni dapat lagi call, 'masuk kerja esok boleh?' mak aiiiii lagi la advance kan. tak de nye nak interview segala. terus masuk kerja la buuuuuuu :) tapi sekarang tengah penin pula nak pilih kerja yang mana 1..  

apa apa pun aku sangat bersyukur sebab dah dapat kerja. memang la aku jenis yang tak reti duk rumah lama lama kan. asal cuti lama sikit je mesti nak kerja. bukan apa sekurang kurangnya poket aku terisi dan boleh juga guna time study nanti. dan mungkin lepas ni entri aku penuh pasal kerja haha tak pun aku jarang update  sebab buzy kerja kan. satu je nak cakap.. its time to make money!!!!!!!!!! :)