Aug 24, 2011

persiapan hari raya

rasa nya tak terlalu awal untuk bercerita pasal persiapan hari raya yang bakal tiba. tinggal lebih kurang seminggu saja lagi. Ramadan dah pun nak meninggalkan kita. semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadan akan datang, insyaAllah. saat saat akhir ni mesti sekitar kawasan rumah kita dah bising dengan dentuman bunyi mercun dan meriam. walaupun dilarang tapi kanak-kanak lazimnya tetap gemar bermain mercun. mesti korang pun main sekali kan? :P entri kali ni aku nak cerita sikit sebanyak persiapan tatkala hari lembaran menjelma...

1#  tiap tiap kali raya, mesti mak dan aku orang yang paling sibuk. mengemas rumah dan buat biskut raya. nak diharap abang abang? memang sampai ke tua la kerja tak bersentuh. tapi kali ni lain sikit. memandangkan aku cuti yang teramat panjang, jadi mak serahkan segala persiapan buat biskut kat aku. 100% gua cakap lu. okay, ini first time aku buat biskut raya tanpa campur tangan mak aku. setakat ni dah 3 jenis kuih aku buat. chip choc. makmur. biskut jejari. memang kecoh dapur walaupun aku sorang sebab percubaan pertama aku gagal. chip choc aku tak kembang lepas tu hangit pula. pandai kan aku bakar? biskut jejari pula terlebih manis. makmur je kira cubaan yang berjaya. tergelak aku sorang sorang kat dapur tu.. memang loser betul! haha tapi aku buat lagi sekali biskut yang tak jadi tu. jeng jeng.. berjaya! =D

google source


2#  mesti lah sibuk shopping raya. nak kasut lah, tudung lah, baju kurung lah. dari kecik sampai la besar gajah ni, tak penah bertempah baju raya. semuanya beli yang dah siap jahit. senang. murah. cepat. tapi berbekalkan duit gaji yang bersisa baki, aku teringin pula nak tempah jahit baju raya. mula nak beli kain ela untuk sepasang baju je, tapi aku ada satu kain pakai yang takda baju. plus, kawan aku ada bagi hadiah 1 kain sut. kira 3 pasang lah baju raya tahun ni. tamak tak? hehe rezeki nama nya tu =) dah selesai beli kain ela, terus aku bawa pergi kedai jahit. buat baju kurung moden =) dalam masa sebulan setengah baju tu dah siap.. ta-ra!!!



3#  hal nak bersihkan rumah mesti tunggu kaum adam balik kampung la. kasi kerah tenaga cukup cukup. setahun sekali kannnn =P nak harapkan mak dan aku je boleh, tapi sekadar dalam rumah mampu la. luar rumah memang tak daya dek kudrat empat kerat ni. bajet usia dah lanjut 70an pula.. haha time semua orang sibuk kemas rumah mesti ada gak sorang kaki malas kan? tak pula kaki penyibuk tak tentu pasal? normal dah situasi tu. sabar jela...

4# daripada kecik sampai besar panjang gini, mesti sambut raya kat kampung, Perak. situ memang suasana kampung habis lah. opah dan tok aku ni ada kebun. kira keliling rumah lah. awal pagi raya mesti bilik air penuh. air dia sejuk macam mandi air telaga. perghhhh memang sentap urat kepala bila mandi. best! kalau semua bilik air dalam rumah penuh, kena mandi guna bilik air luar rumah. itu lagi sejuk tahap beku. sebelum balik kampung mesti mak dah sibuk masak rendang untuk disimpan kat rumah. bila sampai kampung masak rendang lagi. untuk stok kat kampung pula. time ni rumah opah dan tok aku memang macam rumah penginapan yang hot-renting la orang cakap. berpuluh keluarga akan berkumpul. yela, anak opah dan tok dah 10 orang. campur cucu cicit lagi. memang happening tak boleh bayang la kan..

last year, 2010


5# akhir sekali,  mesti nak pasang lagu raya bagi 1 rumah dengar. sampai jiran sebelah pun dengar ni. motif sangat! pasti akan ada suara sumbang turut mengikuti rentak dan melodi raya. bukan melodi terjah abang nas tuuuuu. ini melodi lagu ya kawan-kawan. plus, pagi raya mesti nak berebut lipat duit raya ke dalam sampul. ini sangat childish! tapi seronok sebab ada part berebut haha kemesraan antara adik beradik terjalin disitu. dan pengakhiranya aku juga yang menagis sebab abang aku menang. pftttttt... tahu la kau abang. tapi tu kisah dulu la. sekarang dah matang tak main berebut dah sebab si abang abang dah wajib bagi duit raya kepada aku yang comel ni. agenda berebut sudah luput dek zaman hehe


sekian~


2 comments:

Rash said...

best kan family besar.. huhuhu rindu lah plak my family..

Cik Maira said...

best sgt. happening sentiasa hehe