suasana yang tenang dan sunyi membuatkan aku terfikir akan blogku yang aku sendiri pon tidak tahu bagaimana mahu mencantikkan nya..aku kebuntuan..waaa help me~~ (cuba mengawal diriku).tiada orang di rumah hanya aku keseorangan kerana mereka semua ke SEKOLAH.
Rancanganku hendak ke ex-sekolahku dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..mungkin minggu depan aku akan ke sana(kot)bersama temanku.kerinduan akan guru-guru dan rakan-rakan membuatkan aku ingin ke sana.yeah~~seperti biasa..aku masih dihantui oleh perasaan gerun+cuak+trauma gara-gara homework aku xsiap lagi.(adess,esok mesti kena marah dengan miss shushella)tetapi aku cuba mengatasinya dengan berkeadaan tenang(kononnya..haha)sambil membuang masa menulis blog dan melayari laman web yang sering aku layari..lalalalala~~
Disebabkan aku akan keseorangan hari ini,oleh itu aku bangun seawal 8.30 a.m(awl laa sgt)kerana aku tidak makan semalam,oleh itu,perut ku berkeroncong seiring irama dan lagu dengan riangnya..hoho..sejurus kemudian aku terus ke dapur mencari makanan untuk bersarapan.seusai perihal tersebut,aku diserang penyakit 'rajin'.
aku mengemas rumah(wooo cm xpercya)setiap pelusuk dan ruang aku jelajahi dan mengemas sekemasnya. peristiwa tersebut berlaku pada 9.00 a.m-11.00a.m.bilik air yang sudah lama tidak ku hiraukan menbuatkan ku tidak senang berdiri lalu aku mencapai berus dan baldi dan memulakan misi membersihkan bilik air tersebut.
gosok jangan xgosok
gosok sampai berkilat
akibat terlalu lama,jari jemariku 'kecut' dan melecur(sakit siot..)kemudian aku berehat seketika dengan menonton rancangan 'raja lawak' di saluran 105.agak menarik minat ku sehingga membuat aku terleka dan membuang masa(lagi)aku terus ke dapur.berbekalkan perasaan ingin memasak lalu aku mengeluarkan bahan-bahan yang masih tersisa di dalam peti sejuk tersebut.seusai masak aku terus solat kerana waktu sudah mau habis daa(kul 2.45 p.m).. kemudian aku keletihan lalu terlelap setelah selesai solat.bunyi bising di luar rumahku telah menganggu mimpiku yang indah dan membuatkan aku terjaga.makkk aiikk "dah kui lima dah,astafirulallah" kataku dengan perasaan terkejut.mungkin berpunca daripada penyakit 'rajin'ku sebentar tadi menyebabkan aku terlalu kepenatan ..
aku pun sudah tiada idea untuk dibebelkan..better i stop here.
1 comment:
Uji2..
Post a Comment