Dec 31, 2010

2010

assalamualaikum


saat ini dan detik ini tidak mungkin akan sekali-kali berulang kembali.setahun lagi bakal melangkah pergi hanya tinggal beberapa jam dan minit saja untuk dihitung.setahun yang penuh dengan pelbagai suka dan duka. aku hampir tewas sepanjang tahun ni,aku hampir berjaya dalam tahun ini dan aku telah merasai kedua-duanya sekali dalam setahun ini. alhamdulillah, aku mampu harungi dengan tenang dan tabah.

setahun yang aku tidak cuba sia-siakan, aku berjaya menamatkan pengajian peringkat Asasi dan melanjutkan pengajian ke menara gading.ya, aku mengaku bukan menara gading itu yang aku impikan tapi demi kegembiraan kedua-dua ibu bapa aku, aku sanggup menolak ke tepi impian dan cita-cita aku. syukur, Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.ternyata menara gading ini yang mengubah hampir 180 darjah hidup aku..

setahun yang aku cuba belajar untuk mengenal diri aku sendiri ternyata bukan mudah.aku diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. aku tewas,hampir tewas dan berjaya pada waktu yang sama. persahabatan aku hampir goyah, impak salah faham mampu menghancurkan sebuah persahabatan setelah 9 tahun terjalin dalam sekelip mata.ukhwah yang terjalin membuatkan kami kuat untuk terus bersama =)  benar lah, lelaki dan perempuan tidak mampu menjadi kawan akrab yang terbaik. kenapa? kerana bait-bait perasaan melebihi kawan akan berlaku dan hancur tatkala salah seorang bertepuk sebelah tangan saja. maaf-lah...

setahun yang aku harungi juga penuh dengan kegembiraan.dilahirkan dalam keluarga besar merupakan sebuah anugerah yang tidak ternilai bagi aku. mempunyai ibu bapa yang mendidik aku sebaik mungkin dan mempunyai adik-beradik seramai 9 orang dan mereka sentiasa berada dibelakang aku.terima kasih =) aku juga sudah mencapai usia 19 tahun.ya, untuk terakhir kalinya aku bergelar belasan tahun.ternyata kegembiraan itu datang lagi dengan kehadiran seorang insan ke dalam hidup aku.alhamdulillah, aku di kelilingi dengan kegembiraan yang tidak putus-putus..

finally, welcome 2011please be nice to me. all i need is happiness and joys.no strains,no tears, no hurts.



farewell to 2010 for joys and tears 



Dec 29, 2010

Blood Donation

Assalamualaikum



semalam aku ada kelas pagi, tapi ada gap jauh pulak. kelas seterusnya pada sebelah petang jadi aku dan roommate aku pun plan nak jumpa academic adviser. sekali dia tak ada lak. lepas tuh tiba-tiba nampak ada kempen derma darah kat masjid. wah, teruja nak pergi derma.saya nak derma! saya nak derma!saya nak derma! okay cukup cukup dengan keterujaan tersebut.dah lama nak derma darah, masa kat Nilai lagi. kali ini ada lagi peluang tu, jadi pergi lah menderma darah yang lama kepada orang yang lebih memerlukan....

pertama kali kot nak derma darah. takut sebenarnya tapi ngade-ngade gak nak derma. mula-mula kena check jenis darah. aku darah B.B for Budak Baik =) roommate aku darah A.lepas tu, check tekanan darah stabil ke tak. lepas check jenis darah dan tekanan darah baru-lah boleh derma dengan selamat. cewahhh

ada abang hensem jaga, itu penting okay! supaya pernderma-penderma tidak merasa cemas dan takut ketika menderma darah hahah masa nurse tu cari urat, muka aku dah ketat dah. takut tengok dia nak amek darah aku 1 pile. banyak kot.. masa dia inject tuh, agak sakit tapi aku berlagak cool jep sebab ramai weh orang lalu lalang time tuh. yela dah blood donation tuh buat kat tempat open. 1 campus bole nampak muka kau bila terbaring atas kerusi masa nak derma darah.

dah habis derma tuh ada la dapat refreshment sikit. sikit tak sikit juga lah. itu yang ditunggu-tunggu sebenarnya, dapat makanan free haha masa nak balik tuh tiba-tiba roommate aku collapse. aku dah panic. nasib baik masa tu kat cafe. suruh dia duduk and relax dulu. dalam 10 minit lepas tu dia dah stabil.. alhamdulillah tak jadi apa-apa.pengalaman derma darah pertama kali, seronok la juga even awal-awal tuh cuak dan tahan sakit sikit.tak rugi pun derma darah ni, korang produce new blood lagi ada. tak nak ke produce new blood? derma-derma jela blood lama tuh.. haha jom pergi derma darah =)


Dec 26, 2010

camni-lah malaysia

assalamualaikum


cepat teka, entri kali ni pasal apa? (cam gedik pula) malam ni ramai datang bertandang ke bilik aku. malangnya bukan kawan aku yang datang tapi kawan kepada kawan aku datang. ramai pulak tu, memang meriah lah tempat dia. tempat aku je sunyi sepi.sedih kan?kan? tak kisah lah janji tak ada orang ganggu aku layan movie sampai lebam. dah bosan sangat terus tengok cerita bunuh bunuh. amik kau, terjerit-jerit, terlolong-lolong sorang-sorang hahaha takut weh cerita tu.. 

memandangkan malam ni ada perlawanan bola sepak, terus aku bergerak ke cafe berhampiran. konon nak layan bola la, padahal kes bosan plus lapar sebenarnya hehe indonesia lawan malaysia. tak pernah pernah aku tengok bola bila malaysia lawan. bukan sebab apa, tapi mesti kalah je memanjang. malas aku nak tengok.ramai gile orang kat cafe, ingat ada makan free sebab ramai sangat sekali semua orang nak layan bola gak. okay! aku pun mula nak sibuk join sekaki hahah
wah tidak aku sangka, perlawanan kali ni agak menarik. malaysia menewaskan indonesia dengan jaringan 3-0 woot woot caya-lah Malaysia. berbangga disitu (1st time) bising nak mati tak yah cakap lah kat cafe ni. dah macam kat stadium pun ada.mak cik mak cik dari dapur pun turun tengok. hey hey patut lah mee aku lambat siap. cis cis cis abang yang jaga air tu tak yah cerita lah, punya semangat nye dia, siap buat banner lagi hahah tuh baru betul-betul anak Malaysia. teruskan wahai pasukan Malaysia, anda boleh lakukan cewahh tiba-tiba semangat patriotik lak keh keh keh


i'm proud to be Malaysian



Dec 25, 2010

Perfection is not the deal

Assalamualaikum...

hujung minggu! yey atau hurmm? kerja bertimbun tapi mood malas. okay! itu tidak bagus. kehidupan di Gombak sangat berbeza dengan kehidupan di Nilai. Nilai selalu nye lebih meriah dan Gombak sangat-lah sunyi seperti di tanah perkuburan. ini bukan hyperbola tetapi situasi sebenar. gerun bukan? di tempatkan 1 bilik berserta 4 compartment di mana setiap orang diberi ruang masing-masing bukanlah sesuatu yang menyeronokan. aku benci kesunyian kerana seolah-olah aku putus dengan dunia sebenar.

seperti insan yang lain, aku ada hari-hari yang mengembirakan dan menyedihkan.aku bersyukur setiap perkara yang berlaku ke atas aku. aku punya keluarga yang selalu berada di belakang aku tak kira apa jua keadaan. punya ibu dan bapa yang memberi segalanya, abang abang yang selalu sengal dan selalu melayan kerenah aku,kakak yang garang tapi baik hati, adek adek yang comel tapi selalu menaikkan darah aku. oh aku suka semua itu. ya, aku tak pernah ucapkan aku sayang kalian semua tapi jauh di sudut hati aku, aku sangat sangat sangat sayangkan kalian semua.banyak yang aku perhati, rakan-rakan aku punya keluarga yang berada dan mewah tapi mereka tidak punya kasih sayang. itu membuatkan aku lebih menghargai keluarga aku sekarang. Allah telah kurniakan aku segala-galanya...

sekarang aku mengalami sedikit perubahan, penyakit newbie mahasiswi barangkali. ingin bergaya dan ubah penampilan, berlagak belajar bagai nak rak,mencari pasangan hidup yang sanggup berada di sisi dalam apa jua situai dan berubah sikap ke arah kebaikkan. aku bukanlah seorang yang pandai berkata-kata dan kata-kata aku selalu disalah ertikan.ia selalu terjadi.. *sign

bercakap mengenai pasangan hidup. kawin jer nampak LOL (bajet dah cukup dewasa bercakap mengenai soulmate) bagi aku couple itu tidak salah jika kena cara nya.tapi, zaman sekarang macam-macam perkara berlaku.kita selalu nampak, bila dah declare couple mula la nak berpegang tangan dan segala bagai.konon nak bermanjalah apa lah. hey! hey! hey! sedar sikit wahai gadis. dia bukan halal lagi bagi kamu. jadi jagalah sebaik mungkin maruah dan mahkota dirimu untuk yang halal.insyaAllah, kalau kamu jaga diri kamu, nescaya Allah juga akan menjaga diri kamu. takut hubungan kita hanya berlandaskan nafsu semata-mata. bukankah kita mencari keredhoaan Allah dalam setiap perhubungan? barulah perhubungan itu kekal dan harmoni.

aku selalu mengejar kesempurnaan dimana aku sendiri tidak sedar akan kekurangan sendiri dan aku mulai sedar, kesempurnaan itu tidak membawa apa-apa akhirnya. alhamduillah, aku menemui seorang insan yang tidak membawa aku ke arah kelalaian,tidak memaksa, selalu memberi semangat dan dorongan, menjaga batas pergaulan dan menerima aku seadaannya. hampir setahun mengenali si dia, banyak perkara di luar jangkaan aku berlaku.kadang-kadang aku rasa seperti tidak layak menerima layanan nya.he's so different. thanks to him for everything =)

 

 

People throw away what they could have

by insisting on perfection, 

which they cannot have, and looking for it 

where they will never find it

 

 

 

Dec 15, 2010

1st day



i'm totally lost in Gombak campus
i spent almost 1 hours just to find one class
imagine if i got 3 classes on that day
pheww~
and then i'm lost again 
the buildings looked just the same!!
just same!!!
the foods are awesome
they got western, Malay,mamak and Arabian 
1st day taught me a lot
miss Nilai =(
hopefully i can survive till the 4th years, InsyaAllah =)

Dec 13, 2010

Ta'aruf week

Assalamualaikum

finally, ta'aruf week end. whoahhh lega weh. setelah 3 hari berturut-turut terseksa dan diseksa dengan briefing dan terkejar-kejar curi masa untuk makan,solat dan TIDO. okay! aku sudah ada eyes bag. yey!! mata dah macam panda disitu ya.aku hanya mahu tidur yang cukup. terima kasih...

1st day register agak jakun setiba di Gombak. maklumlah pertama kali sampai sana kan.masuk Gombak macam masuk theme park saja (yeke?) aku dapat ground floor yaww.. aku dah penat mendaki tangga selama 3 sem di Nilai. aku dapat ground floor pun atas kehandalan dan bakat yang sedia ada digunakan sebaik mungkin. siapa sakit lelah masuk special case dan di tempatkan di ground floor. jadi, aku cakap lah aku ada lelah even tak betul pun. ternyata berjaya skill aku hahah 

ta'aruf kali ni tak memenatkan sangat tapi penuh dengan kebosanan melampau. the last day of ta'aruf baru rasa happening.. persembahan dari pelbagai kelab agak terhibur dengan alunan muzik angklung,caklempong, tarian zapin dan dikir. suasana menjadi lebih gamat tatkala international students dengan tanpa segan silu nya bersorak dan berjoget di depan pentas tanpa diundang untuk berbuat sedemikian rupa. sumpah kelakar!!!! hahaha hilang juga bosan aku dalam dewan tuh.

walaupun dalam minggu ta'aruf, tetapi test sedia menanti kami dengan setia. 2 test yang perlu diambil semasa minggu ta'aruf iaitu test FKT (foundation knowledge test) dan TPT (tilawah placement test). test tilawah aku dah cuak gila sebab sudah menjadi kebiasa tatkala membaca dihadapan khalayak ramai dan orang lain selain diri sendiri mesti GELABAH tak menentu. alhamdulillah, semua pass.. yey!!

tahun ni sambut birthday masa ta'aruf saja. oh sangat sedih sekali tanpa dirai oleh siapa siapa sob..sob..sob.. even kawan-kawan kat Gombak pon tak ingat. oh lagi lah sedih huhu rupanya, mereka berjaya mencapai pakatan untuk suprise kan aku. terharu weh korg... even sibuk sibuk dan penat nak mati masa ta'aruf pon korg ingat juga hari lahir aku. thanks korg.. apa lagi, call free lah menanti hahahah selamat hari lahir yang ke 19 kepada diri sendiri. semoga bertambah ketinggian,kecomelan dan sabar menempuhi dunia baru di Gombak.. amin~

sejuk gila kat sini. setiap pagi mesti kipas in off mood.. kaki dah tak sanggup nak jejak lantai.. dan dekat cameron pun ada. disebabkan ta'aruf yang agak terseksa dengan kurang tido dan segala bagai. aku demam!!! tak best betul. jadi sotong jep lembik semacam hahaha cukup sekadar ta'aruf kali ni, mata pun dah mengantuk. esok pagi dah kena merangkak ke kelas... sekian~


we are officially iium students 2010/2011 =)


Dec 7, 2010

6 Dec 2010

assalamualaikum =)


oh hari yang sangat sibuk. ya, sangat sangat sibuk! menguruskan segala benda  dan surat segala bagai untuk ke Gombak. Alhamdulillah akhirnya semuanya selesai jua. hari ni sibuk bagai nak rak sampaikan tak makan pagi dan tengah hari. hebat kan? :P bermula dari pukul 8 sehingga lah ke pukul 12 tengah malam tadi. demi menyelesaikan semua tu bagai orang gila juga lah gayanya... yang confuse nye PTPTN tu student kena urus sendiri 100% atau pihak Universiti akan uruskan? mahu saja aku hentak kepala ke dinding. serabut tahu?????? ada orang pesan suruh bawa Tombak ke Gombak. kenapa? sebab banyak monyet nakal curi makanan katanya.. okay! aku dah cuak bila dengar monyet.. oh tidakkkkkkkk

sebenarnya hari ni merupakan tarikh istimewa buat aku. banyak sangat benda terjadi tanpa diduga dan diundang hee :D sibuk tu sudah satu hal, tiba tiba ada orang bagi surprise... mesti la hilang semua gundah gulana dan keserabutan tuh kan? tadi pergi beli barang-barang untuk ke Gombak. masuk guardian macam nak borong semua. haizzz nafsu sungguh. penat berjalan terus rasa lapar pulak. lapar kian berganda bila ada orang nak belanja.. haha tengah sedap sedap makan tiba tiba dapat surprise. oh sweetttttttt =) nasib tak tersembur keluar apa yang di makan...

dengan muka tersipu sipu dan merah padam terus berlagak buat cool padahal dah GELABAH hahaha at last, i got what i'm waiting for. i'm taken already heee aku harap sangat dia boleh bimbing aku ke jalan yang lurus (serotul mus taqim) dan jadi yang terbaik buat diri aku. Amin~ insyaAllah aku akan ingat tarikg,detik dan saat pada hari ini dengan sebaik mungkin =) lepas penat beli barang semua terus balik. masa sampai rumah tu parent aku ajak pergi tengok nenek aku sakit..
sampai saja rumah nenek, sekali jiran sebelah buat kenduri kesyukuran. apa lagi, bedal la makan sekali lagi haha meriah gila rumah tu, dah macam tadika aku rasa. ramai sangat kanak-kanak rebena. cucu cicit barangkali. kemeriahan bertambah lagi tatkala sepupu sepapat balik juga jenguk nenek yang sedang sakit. wahhh seronok ramai-ramai ni.. happening gila dah macam nak raya pula esok nya padahal nak sambut tahun baru Islam. oh ya, selamat menyambut awal muharramm ya semua =) semoga tahun akan datang lebih baik dari yang sebelumnya. 

kesimpulannya disini, aku sangat s e r o n o k sampai tak tahu erti penat. yela, dari pukul 8 pagi sibuk basuh baju,kemas rumah,packing barang, settle kan surat-surat ke Gombak dan berjuta lagi tugas lain. heh!! penat tahu? tapi, berbaloi lah. setiap kesusahan pasti ada kesenangan~ 

# happy sebab boleh shopping sakan
#happy sebab boleh makan banyak dan macam macam
#happy sebab dapat surprise dan sekali gus jadi Double heee
#happy sebab boleh jumpa sepupu sepapat 
#happy sebab dapat sambung ijazah dalam jurusan yang diimpi