Dec 26, 2010

camni-lah malaysia

assalamualaikum


cepat teka, entri kali ni pasal apa? (cam gedik pula) malam ni ramai datang bertandang ke bilik aku. malangnya bukan kawan aku yang datang tapi kawan kepada kawan aku datang. ramai pulak tu, memang meriah lah tempat dia. tempat aku je sunyi sepi.sedih kan?kan? tak kisah lah janji tak ada orang ganggu aku layan movie sampai lebam. dah bosan sangat terus tengok cerita bunuh bunuh. amik kau, terjerit-jerit, terlolong-lolong sorang-sorang hahaha takut weh cerita tu.. 

memandangkan malam ni ada perlawanan bola sepak, terus aku bergerak ke cafe berhampiran. konon nak layan bola la, padahal kes bosan plus lapar sebenarnya hehe indonesia lawan malaysia. tak pernah pernah aku tengok bola bila malaysia lawan. bukan sebab apa, tapi mesti kalah je memanjang. malas aku nak tengok.ramai gile orang kat cafe, ingat ada makan free sebab ramai sangat sekali semua orang nak layan bola gak. okay! aku pun mula nak sibuk join sekaki hahah
wah tidak aku sangka, perlawanan kali ni agak menarik. malaysia menewaskan indonesia dengan jaringan 3-0 woot woot caya-lah Malaysia. berbangga disitu (1st time) bising nak mati tak yah cakap lah kat cafe ni. dah macam kat stadium pun ada.mak cik mak cik dari dapur pun turun tengok. hey hey patut lah mee aku lambat siap. cis cis cis abang yang jaga air tu tak yah cerita lah, punya semangat nye dia, siap buat banner lagi hahah tuh baru betul-betul anak Malaysia. teruskan wahai pasukan Malaysia, anda boleh lakukan cewahh tiba-tiba semangat patriotik lak keh keh keh


i'm proud to be Malaysian



2 comments:

n i k l i s a said...

yeah! bangga sangat. :)

MyR@ said...

kan?
susah kot nak tengok mesia menang
hahah