Dec 31, 2010

2010

assalamualaikum


saat ini dan detik ini tidak mungkin akan sekali-kali berulang kembali.setahun lagi bakal melangkah pergi hanya tinggal beberapa jam dan minit saja untuk dihitung.setahun yang penuh dengan pelbagai suka dan duka. aku hampir tewas sepanjang tahun ni,aku hampir berjaya dalam tahun ini dan aku telah merasai kedua-duanya sekali dalam setahun ini. alhamdulillah, aku mampu harungi dengan tenang dan tabah.

setahun yang aku tidak cuba sia-siakan, aku berjaya menamatkan pengajian peringkat Asasi dan melanjutkan pengajian ke menara gading.ya, aku mengaku bukan menara gading itu yang aku impikan tapi demi kegembiraan kedua-dua ibu bapa aku, aku sanggup menolak ke tepi impian dan cita-cita aku. syukur, Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.ternyata menara gading ini yang mengubah hampir 180 darjah hidup aku..

setahun yang aku cuba belajar untuk mengenal diri aku sendiri ternyata bukan mudah.aku diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. aku tewas,hampir tewas dan berjaya pada waktu yang sama. persahabatan aku hampir goyah, impak salah faham mampu menghancurkan sebuah persahabatan setelah 9 tahun terjalin dalam sekelip mata.ukhwah yang terjalin membuatkan kami kuat untuk terus bersama =)  benar lah, lelaki dan perempuan tidak mampu menjadi kawan akrab yang terbaik. kenapa? kerana bait-bait perasaan melebihi kawan akan berlaku dan hancur tatkala salah seorang bertepuk sebelah tangan saja. maaf-lah...

setahun yang aku harungi juga penuh dengan kegembiraan.dilahirkan dalam keluarga besar merupakan sebuah anugerah yang tidak ternilai bagi aku. mempunyai ibu bapa yang mendidik aku sebaik mungkin dan mempunyai adik-beradik seramai 9 orang dan mereka sentiasa berada dibelakang aku.terima kasih =) aku juga sudah mencapai usia 19 tahun.ya, untuk terakhir kalinya aku bergelar belasan tahun.ternyata kegembiraan itu datang lagi dengan kehadiran seorang insan ke dalam hidup aku.alhamdulillah, aku di kelilingi dengan kegembiraan yang tidak putus-putus..

finally, welcome 2011please be nice to me. all i need is happiness and joys.no strains,no tears, no hurts.



farewell to 2010 for joys and tears 



No comments: