Jan 13, 2011

KFC was selling perfume

assalamualaikumm...

minggu lepas aku kena pergi study circle lepas tu pergi lewat lak tuh. bajet mula lambat sebab janji melayu kan? haha mula pukul 10 pagi tapi aku pergi 10.30 tak lah lambat sangat kan? =P sekali masuk kelas, dah ramai sampai. malu eden seketika huhu kak fasi aku tu mak aiiiii lemah lembut gilerr. aku lak jadi malu dengan sikap dia sebegitu rupa.. memang jadi calon isteri terbaik lah kak tuh. kami panggil dia kak sifa. comel orangnya =)

lepas habis study circle, aku dan roommates aku mulakan plan melahap kami iaitu memburu KFC hahah mereka sangat mengidam nak makan KFC okay!! sekali dengan aku dikerah untuk turut bersama mereka menghabiskan wang di sana cis cis cis memandangkan masa tu hujung minggu, jadi kami bercadang hendak ke Mid Valley semata-mata nak makan KFC. sangat berbaloi kan? bak kata kawan aku 'jauh perjalanan luas permandangan' agak-agak, boleh pakai ke ayat dia? boleh-lah... demi KFC kan

seperti yang aku jangka, mid valley memang padat dan sendat macam nasi impit tu. sales bersepah-sepah je. yela, loan aku tak masuk lagi kan? sales lah kau sampai lebam.. aku window shopping la jawabnya huhu -_-" mula-mula pergi solat dulu sebab senanglah nanti boleh jalan sampai tak ingat dunia kan? jadi, tunaikan kewajiban dahulu cewahhhh. surau pun macam nak pecah je aku tengok. tak da lagi kecik ke surau kat mid valley tuh? aiyaaaa selalu orang beratur tunggu kain semayang tapi kali ni orang beratur tunggu giliran nak amek air semayang. dua barisan youuuuuuu. tunggu lah kau sampai patah kaki

seusai solat, kami terus menuju ke destinasi yang ditunggu.. seperti biasa, manusia ada dimana-mana saja. sudah tentu KFC pun tidak terkecuali kan? nasib masa kami sampai, ada 2 meja ni kosong. wahh, tiba-tiba rasa teruja lak duduk dalam KFC. roommates aku dah fikir nak pesan macam-macam angkara nafsu makan yang menebal haha :D makanlah kami berlima disitu dengan penuh khusyuk tanpa mengiraukan mamat-mamat di meja sebelah sakan bergambar. yela, semua nak show off DSLR kan..tahulah aku tak ada kan.. *nages

hasil lensa VGA je huhu


lepas habis makan, kami lepak jap kat situ. tengah rancak berborak tiba-tiba ada seorang mamat kacak tarik salah satu kerusi kosong di meja kami dengan harapan kami angkat barang dan have a sit dear. WTfart!! sumpah macam GAY okay. sila ambil perhatian,gay sini kacak-kacak ya hahah disebabkan kacak sangat, roommate aku bagi la dia duduk. nanti dia nanges sape gak yang susah kan? bagi jela dia duduk.plus, tolong menolong amalan mulia kan kawan-kawan. (time cmni tau lak kau amalan mulia segala) macam nak lempang tak gedik sangat? silakan... dushhhhhhhhhh oh terima kasih

rupanya mamat tuh promoter. jual branded nye perfume dengan harga murah (kononnya) penat dia promot, makan juga roommates aku dengan ayat dia eh ke muka dia? hahah dia cakap ni original punya barang tapi saya nak promot untuk student dan worker je. harga sebenar rm280. aku dah...what??? lepas diskaun, rm50 je adek. mesti korang tak percaya kan? akhirnya, belilah 3 orang roommates aku tu. sekali dia tanya sambil menghala ke arah aku 'awak tak amek ke?' aku jawab 'tak' mamat tu cakap lagi 'eh ameklah, abang bagi rm40 kalau awak amek' ni memang kes nak kopak duit aku. hasrat aku nak makan KFC jer bang, perfume ni tak ada dalam list. sumpah, time tu aku ada rm10 je weh. kesian kan..

finally ambil juga haizzzz aku memang tak percaya mamat-mamat datang promote ni. yeke original? dengan kesungguhan yang cekal dan tahap ingin tahu yang menebal. aku pergi kedai perfume yang ternyata original punya. nak masuk kedai mahal mesti ada gaya babe, yela dah tak mampu jangan buat muka seposen boleh tak.. banyak gak aku tanya. ternyata mamat tu jual perfume original.. nasib kau tak tipu wahai abang kacak LOL lepas tu, terus balik setelah misi tercapai.yey! jom balik campus....

bau dan tahan ikut our body odour  

No comments: