Dec 18, 2012

Trio and wonderful weekend

Assalamualaikumm

eh, rajin pula lately aku nak update blog. padahal mood tengah final exam sekarang ni hihi actually my final exam going to be on 27th of dec. so last weekends, i have decided to sneak a peak and chilling with my best-two-buddies-ever before the final exam coming. i just wanna share my weekends with you guys. this entry gonna be quite long..

hari Jumaat lepas, 14th disember: awal pagi dah semangat bangun sebab nak basuh baju dan done some stuffs before heading to Shah Alam. lepas selesai semua tu, aku terus texting 'dah bangun? katna?' and i'm expected he's now on his way to pick me up at Gombak. but it turns another way around when he reply my text, 'baru bangun tido hehe' and i was like 'choiiii.. smlm semangat suruh orang bangun awal' well, janji melayu again. but nevermind, i still have plenty time to finish up my assignment then. around 11 pm he came and picked me up. mula nya kami menuju ke bandar tasik selantan sebab nak drop his friend. kemudian, kami terus menghala ke spaceu8. plan nya nak tengok wayang, tapi lambat sangat show time nye. jadi, kami sekadar melepak di spaceU8 sambil menikmati coolblog serta menikmati air pancut hihi dan pada masa tu juga, hujan tiba-tiba turun dengan lebat. ribut dan angin kencang. the funny part was, even the guard melayang dek kena tiupan angin kencang. habis terbang topi dan segala pasu bunga kat depan complex tu. quite scary actually. syukur tak ada yang cedera =) lepas hujan reda, kami terus menghala pula ke TTDI jaya.

keesokkan harinya, kami bercadang nak pergi makan meatball kat ikea dan tengok baby habib sebab dah lama tak jumpa abangku dan keluarga. mesti la rindu kan. jadi, lepas decided nak lepak kat setia alam mall, kami terus pergi beli tiket wayang, The Hobbit. ermm aku boleh bagi 3/5 lah sebab it drag scene yang tak perlu di ketengahkan terlalu panjang dan lama yang membuatkan aku bosan tahap putus oksigen dan mengantok dalam tu haha lepas habis jer tengok, terus cadang nak pergi ikea but then its already 8.30 pm. i guessed its too late for today. terus plan pergi makan kat tempat aku paling suka iaitu Rejab Tomyam. makanan dia memang superb lah!! seriously you guys should go and have taste. orang Patani masak hehe my two buddies ni pon dah tahu aku suka sangat makan kat sini. its a good place to relax too. ada tempat nak karok dan kawasan dia atas bukit. konon boleh nampak view yang indah pada waktu malam. kononn hehe


the next days, kami terus tekad nak juga pergi makan meatball kat ikea. around 2pm, kami dah gerak menghala ke Damansara. mula nya nak pergi lagi awal sebab nak lunch kat sana, tapi biasa lah bila kat rumah tu. jadi liat nak bersiap dan keluar. dalam pukul 3 kami sampai destinasi yang dituju. mak aihhh, memang ramai sangat manusia dalam tu. pack macam ikan dalam tin sardin cap Fatima. opsss terpromot pula haha lepas pusing punya pusing cari seat. alhamdulillah dapat juga. best spot pula tu hewhewhew so tanpa membuang masa, terus beratur. dah sampai kaunter macam nak grab semua makan dia. tergoda youuu the way they presented the foods, deco and what not. i must say, its very conducive place to enjoy your food and spent time with friend, family, siblings etc =) walaupun ramai orang tapi jangan risau, mesti ada table and seat punya sebab kawasan dia agak luas. jom tengok apa yang aku sempat grab kat kaunter tu hehe 3 main course and a dessert.




dan kenyang kan? hati pun senang. sebelum balik, kami sempat juga window shopping kat the curve. SALE? ohmaii.. sangat menguji kesabaran. nasib baik tengah poket kering. hanya mampu menjamu mata sajalah sobs sobs lepas puas pusing the curve sampai terkehel kaki eden. terus nak balik! haha tapi tapi tapi.. perjalanan weekend aku tak terhenti disitu jeng jeng jeng *poyopula since dah hampir maghrib, kami singgah solat di Masjid Negeri. pemandangan dia sangat cantik. once dah masuk dalam tu, tersergam indah seni beni dia tapi yang kelakarnya aku boleh tersesat dalam masjid tu sebab besor sangat -___-" cari jalan keluar pon tak jumpa. apekah? lepas jumpa jalan keluar terus senyum keriangan haha padahal masa tengah sesat tu, hati dah gundah gulana baq hanggg. dan prayer hall dia agak pelik bagi aku sebab dia just open. like OPEN gila! dia terus sambung dengan prayer hall untuk muslimin. cuba bayangkan... so kalau nak tukar tudung atau sebagai nye semua kena cari tempat yang agak terselindung lah.


kemudian kami menghala ke I-city untuk menikmati pemandangan indah pada waktu malam. sebenarnya aku yang beria-ria ajak datang icity since macam aku seorang yang sangat ketinggalan zaman. nak lah juga kan pergi Icity yang konon best tahap gigabyte tu. before tu, hujan agak lebat, so becak sikit lah jalannye.tapi aku lepak situ kejap jer. kejap tak kejap, cecah satu jam juga lah hehe nampak coolblog lagi, terus beli! haihhh tak tahu kenapa addicted sangat dengan coolblog ni. penangan Heliza yang kiut miut kot. okayytakadakenamengena. aku dah tak tahu nak gambarkan macam mana bila dapat sampai icity, jom layan gambar bawah jela hehe








jadi, berakhirlah hujung minggu ku yang sangat ohsemm. Big thanks to them <3 again="again" care="care" entry.="entry." guys="guys" in="in" meet="meet" next="next" p="p" take="take" the="the" till="till" you="you">



Dec 13, 2012

B-day

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

B-day? its my Birthday lah uolsss. actually last 10 dec was my birthday and i did not expect much for my birthday like my friends having surprise party for me or what not. i'm just stayed silent and act cool on that night  doing assignments. but suddenly my roommates came in and they sang a birthday song for me. awwww~ you guys just too cute. Big thanks roommates! <3 nbsp="nbsp" p="p">

on the next morning, i got ton of wishes from my friends at facebook, some gave me call and texting me and i met some of my friends in the class. they keep wishing me happy birthday. it just a great day. i'm telling you that it is a great day! =) it just that i hope someone came to visit me and i hope it is YOU! but never minds. i did received some gifts. cake and ice creams. yeah i love ice cream hee

Future really scared me out. i wonder what will happen in 5 to 10 years ahead. what am i gonna be? may Allah ease everything. amennnnn~




~HAPPY BIRTHDAY TO ME~


so, here is just short update from me. till then, take care you guys~

Dec 12, 2012

Random things

assalamualaikumm dan salam sejahtera semua

macam chipmore kan? sat ada sat hilang. maaflah incik belog tersayang. saya seorang gadis yang sangat sibukkkk mengejar cita-cita *kununnn. sooo, for this entry i have made up my mind to talk about random stuffs especially about myself *duhh who else kan. lets start~

#nama yang didaftar dalam ic 'HUMAIRAH ISHAMUDDIN'. but people call me whatever they like
#love purple and pastel colors because i think it does suit me best =)
#seorang yang pendiam dan blur. tapi bila dengan BFFs, jadi 360 degrees a different person haha
#suka observe how people act, talk and dress up
#cepat percayakan orang in the first place *what a lame T__T
#anak ke tujuh daripada 9 adik beradik. yeah, i'm in Big family =D
#teruja tiap kali dapat makan 
#tak mencapai ketinggian yang normal *sigh
#ada masalah kulit sensitif seperti hati yang sensitif juga *tetttt haha
#selalu menghargai setiap insan yang pernah hadir dan ada disisi
#suka hiking
#suka baking and cooking
#J-drama's fan
#quite high maintenance kih3 
#takot kucing since darjah 4 kena gigit *fobiaaa
#currently has my own online business cikidau!



hai there! =)
maaf muka terlalu innocent 

Dec 9, 2012

tips: Cleanser & Moisturizer

assalamualaikumm

mesti tertunggu-tunggu kan nak baca entri ni? hehe penjagaan kulit harus dititik beratkan oleh perempuan mahupun lelaki untuk memiliki kulit yang diidam-idam. kulit yang sihat sekaligus menaikkan keyakinan diri dan penampilan diri serta disenangi oleh orang sekeliling kita. tambahan cuaca di Malaysia yang sangat panas dan mudah terdedah dengan pelbagai pencemaran udara dan sinaran UV yang membuatkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya. katakan 'tidak' untuk semua tuu.. jadi, jom kita tengok beberapa tips untuk memilih pencuci muka dan pelembab =)

Cleanser
pencuci muka sekarang ni dah macam macam jenama ada dipasaran dengan kelebihan-kelebihan yang pelbagai. jadi, nak tahu pencuci muka yang mana sesuai untuk kulit kita adalah sangat penting. tahukah anda? kulit lelaki lebih tebal berbanding kulit perempuan. sebum yang dirembeskan juga lebih banyak berbanding perempuan dan masalah kulit sangat tinggi. oleh itu kaum lelaki tidak harus mengambil mudah dalam hal ni. untuk entri lepas hampa dah tau jenis kulit masing-masing jadi mudah untuk uolls pilih which suit the best for your skin. selalunya setiap pencuci muka akan label which one for dry, sensitive and oliy skin. ketahui bahan-bahan yang digunakan untuk setiap produk yang ingin dibeli..

dry skin: choose any product which has moisturizer, vitamin B and mild foam. no scrub!
sensitive skin: dermatology based, mild foam, non-comedogenic (tidak menyumbatkan liang roma), anti blemish
oily skin: non-comedogenic, oil-free/oil control, water based, scrub/foam, anti blemish

untuk lelaki lebih sesuai mengunakkan pencuci muka 'for men' sebab kandungan cleaser for men agak berbeza dengan cleaser biasa. contoh pencuci muka lelaki seperti Loreal for men, Garnier for men dan Nivea for men. pencuci muka untuk perempuan lebih mudah untuk ditemui di pasaran =) jangan mengunakan pencuci muka melebihi 2 kali sehari kerana ia kan mengeringkan kulit anda sekali gus untuk kulit kering akan menjadi lebih teruk manakala untuk kulit berminyak, kulit akan merembeskan lebih banyak minyak daripada kebiasaaanya. jadi, mencuci muka maximum 2 kali sudah memadai =)

Moisturizer
pelembab ni salah satu element kedua yang sangat penting setelah membersihkan muka. pelembab harus disapu setiap kali proses membersihkan muka dilakukan terutama mencuci muka mengunakkan cleanser supaya keseimbangan kulit terjaga. pemilihan pelembab juga perlu berhati-hati kerana jika tersalah pilih kulit akan kelihatan berminyak dan kusam. 

dry skin: 
oily/combination skin: oil-free, water based, non-comedogenic, SPF, salicylic acid

contoh pelembab untuk kulit kering seperti garnier, safi gamat, cetaphil dan sebagainya. contoh pelembab untuk kulit berminyak pula macam Clean&Clear, Eucerin, St Ives dan sebagainya. Pelembab boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan kerana tiada pengkhususan untuk setiap jantina. bila dah tahu jenis kulit, maka pemilihan barangan penjagaan kulit lebih tepat dan hasilnya kulit lebih berseri dan sihat =)


i hope this entry will be beneficial for you guys.. next entry maira akan kongsi cara dan tip-tip maira menjaga kulit supaya sihat dan bersih. nak tahu macam mana dan bagaimana? tungguuuuuu next entry.. ekeke~

Jul 26, 2012

kenali kulit anda

assalamualaikumm

dah macam setahun tak update new entry sebab malas plus takda idea hehe so, entri kali ni nak kongsi sikit pasai penjagaan kulit. ramai kawan tanya macam mana nak jaga kulit dengan betul selain daripada cover kulit dengan makeup seploh inci untuk menambahkan dan menaikkan seri wajah. ecehhh.. maira bukan pakar kulit atau sesiapa, sekadar berkongsi ilmu.. =)

1st step: kenal pasti dulu jenis kulit anda. dry skin? normal to combination skin? oily skin? caranya mudah saja. cuci muka dengan air sahaja dan biarkan selama 45min atau sejam tanpa memakai sebarang krim atau bendasing dipermukaan kulit muka.

2nd step: kemudian ambil tisu dan tekap dipermukaan kulit muka.

3rd step:  -kalau kat tisu nampak macam flakes putih means hampa jenih kering/dry skin
               -kalau kat tisu nampak jernih disebabkan minyak dipermukaan kulit terutama dibahagian T zon (dahi, hidung dan dagu) . ini bermakna hampa kulit combination skin iaitu gabungan normal&oily. slalunya bahagian pipi kelihatan normal tapi berminyak dibahagian T zon.
              -kalau kat tisu tu nampak jernih diserata tempat termasuk pipi, hidung, dagu dan dahi. ini bermakna kulit hampa berminyak/oily skin

dry skin: liang roma yang halus dan tidak kelihatan, wajah pucat dan kusam,kelembapan kulit yang sangat rendah, kadang kala kulit sering mengelupas, kemerahan akibat mengelupas

normal to combination skin: liang roma kecil dan halus, permukaan kulit lembut, blackhead, jeragat, kadang kala jerawat kelihatan

oily skin: liang roma besar, jerawat yang banyak, blackhead, whitehead, kulit sentiasa berminyak dan berkilau, permukaan kulit lembut


langkah seterusnya ialah pemilihan cleanser,toner, moisturizer dan skincare regime. nak tahu?? tungguuuu entry seterusnya hehe

*thanks for reading :*

Apr 6, 2012

134



Its been 2 years we're together 
and 
i'm still counting 
i need you to guide me
i need you whenever i have hard day
i want to make you laugh
i want to hear you talking till i fall asleep
and i need you always by my side    
happy anniversary my darling =)
i love you more than i can say!


Mar 28, 2012

mid break kali ini

sekarang ni aku tengah mid break dan aku ambil kesempatan ni untuk balik kampung. dah hampir 2 bulan lebih aku kat campus. mesti la rindu rumah ku syurga ku kan? hehe sebelum tu aku ada kisah menyayat hati nak bagi tau. pada malam aku nak bertolak ke kampung halaman, tiba-tiba hujan lebat berserta kilat sabung menyabung. dah la emergency  alarm memekak tiap kali hujan dek disambar kilat. cukup 24jam boleh jadi  pekak tau. nasib baik lah maintenance datang baiki hari tu jugak. jadi aku pun terkedek-kedek la menuju ke bus stop untuk ke station LRT. hampir 1 jam jugak lah aku tunggu bas dan teksi kat situ tapi tak muncul-muncul juga. mogok hujan ke apa LOL =D

dalam pukul 8.30pm baru lah bas datang. aku dah risau sebab tiket train pukul 9.20. setiba station LRT, aku terus naik dan menuju ke KL sentral. perjalanan dari Terminal putra-Kl sentral mengambil masa lebih kurang 30 minit. aku dah mula cuak. kerja aku tengok jam jer sepanjang perjalanan tu. cuak wehhhh. terlepas train camno eh nak buek? aku sampai kl sentral tepat 9.20. terus aku bergegas ke platform A. punya la lari macam explorace gitu. sampai je platfrom A, ada seorang pakcik ni tanya "sat.. sat..adik nak p mana dik?" aku dengan muka kelam nya menjawab "hah? nak naik train la pakcik. nak balik kedah" pakcik tu berkata lagi " baru ja p dik. lani pukui 9.26 dah. dia jalan dah la" tanpa berfikir panjang, aku terus bertanya pakcik tadi "station berikutnya kat mana pakcik?" pakcik tadi dengan muka tak bersalah nya jawab "tak dan aih nak ligan. lani, adik p beli tiket lain la. naik train yg butterworth punya. satgi pukui 11 dia jalan la. ada tiket lagi ni rasanya. p la tanya kaunter nuhh" aku dengan muka hampa nya terus menuju ke kaunter tiket. nasib baik tiket train ada lagi.

tapi nasib aku tidak terhenti disitu sebab tatkala tepat pukul 11pm, tiba-tiba ada pengumuman yang mengatakan train delayed. OMG! aku dah tak tahu nak lepak mana dahhhh. train seterusnya akan bertolak kira-kira pukul 1 pagi. sekian terima kasih. lalu dengan hati yang hampa dan muka yang separuh zombie, aku menuju ke McD. setiba dikaunter mcD, aku memesan mc chicken deluxe berserta air. dengan bangaa nya aku terus menyebut ' nak mountain dew satu' sekali orang tu dah blur "hahh? nak fresh orange?' aku pun cakap la sekali lagi "saya nak air mountain dew satu' orang tu terpinga lagi " huh? tak faham la. jap eh" lalu bertanya staff lain. dan staff tu pon turut terpinga lalu bertanyakan sekali lagi "dik nak air ape?" aku dengan penuh kesabaran berkata "saya nak air mountain dew satu kak" tiba-tiba kedengaran staff dari kaunter sebelah berkata " oii.. aku tak habis belajar pun tahu mountain dew. tu air laa. maaf cik, mountain dew ada kat KFC jer" aku dengan merah padam berkata "oh.. silap kedai rupanya" hahaha

kalau kali ni aku terlepas train juga. memang menagis air mata darah gamaknya huuuuu.  pukul 12.30 am aku dh terpacak depan platform A tu. takut benda sama berulang kembali. cewahhh.. lepas naik train lega sangat. pukul 8.30am aku sampai penang then my dad picked me up at 9. bila dah sampai tu terus my dad bawa pergi pasar tani. macam tahu-tahu jer bapak aku ni hoho jadi bermulalah cuti pendek aku ni. yeahh rindu bilik eden hehe till then, bubye ;)


Jan 30, 2012

zaman persekolahan




dah dengar video atas ni? jiwa aku sedikit terusik bila dengar lagu ni. mula lah rindu zaman kecik kecik dulu, zaman persekolahan yang dihantui dengan uniform sepanjang masa, zaman hingusan yang sentiasa gembira, zaman yang tak perlu sesak kepala dengan masalah belajar, tanggungjawab, cinta dan sebagainya, zaman yang cukup nakal bagi aku, zaman yang penuh dengan 1001 kisah yang tak semua orang lalui, zaman yang aku tak mungkin akan lupakan =) i'm not very proud what i have done yet i'm not regret.  aipp, senyum sorang sorang nape pula tu? dia pun nak rindu zaman dia juga la tu hehe =P

bagi aku, zaman sekolah rendah paling happening sekali dalam hidup aku. mentah. nakal. naif. idola. zaman tu selalu buat aku tersenyum meleret. i bet you have yours. kan? zaman yang hanya tahu bermain dan kegembiraan sentiasa menjadi agenda utama.  bila rehat je mesti pergi padang sebab nak main je keje nye. makan? balik rumah baru kisah pasal perut. bila cikgu takde, selalu main lawan permadam takpon main kad happy family takpon main pecahkan biji getah. batu seremban aku kurang gemar sikit. budak budak sekarang mesti dah tak sempat rasa semua ni. di rumah, lain pula cerita nya. aku ada adik beradik yang ramai. yang tak best nye aku ada ramai abang. semestinya aku jadi mangsa buli. ratu menangis memang aku lah kat rumah tu. tak dapat nak sangkal lagi hehe bulan ramadan lah paling best sekali. mak sibuk kat dapur tengah siapkan juadah. aku kat luar masih bermain.takde sape pun nak tolong. bila nak dekat raya, mesti dapur tu penuh dengan kami adik beradik. masing masing suka menyibuk bila mak buat kuih raya. time ni paling indah sebab kami semua kumpul ramai-ramai buat kuih even abang abang aku pun turun dapur buat kuih. bising satu ruang dapur tu tak payah cerita la kan. tengah buat kuih pun sempat gaduh haha

zaman sekolah menengah merupakan zaman yang suram bagi aku. tiada yang menarik. tiada kegembiraan seperti sebelum nya. tak banyak benda yang indah dan menarik berlaku. sekadar tersenyum.  aku agak nakal sampai hampir kesemua cikgu dah boleh kenal. bukan sebab 'anak murid emas cikgu dengan markah cemerlang nak rak' tapi dengan sikap nakal aku. mungkin sedikit perasaan memberontak membuatkan aku nakal. jiwa remaja baru nak kenal dunia. i think its common =) kehidupan di asrama agak meninggalkan kesan dalam hidup aku. aku pernah duduk asrama yang sangat creepy. 4 tingkat dan 2 blok yang hanya 4 bilik sahaja digunakan. the rest were empty! pernah satu hari tu, kecoh satu asrama gara-gara ada orang datang stalked. asrama aku time tu mandi guna air kolah dengan hanya berdindingkan zink. bayangkan lah... tiba tiba rindu nak tidur 1 katil 4 orang, time prep mengelat jer, supper heaven gile sebab aku jadi biro makanan. so, selalu dapat makanan lebih tehee :D rindu nak solat jemaah dengan kawan kawan, share citer creepy lepas tu masing masing takot nak pergi tandas, kena denda sebab buat bising time prep dan lompat pagar, curi-curi pergi pasar malam depan sekolah, jadi wanted dalam kelas. ada crush, kawan-kawan yang ohsemmmm..ohhhh i missed all of them..


indah bukan? tapi hidup kita tidak mendatar saja. turun naik dalam kehidupan tu perkara biasa yang kita semua perlu tempuhi =)


Jan 26, 2012

gara-gara PMS


13th of january was my last paper for final exam. I put so much effort for that paper because my carry marks quite low but I ended up disappointed by myself. At the very beginning, it went so well but after one hour later.. senggugut aku mula menyerang. Aku dah mula hilang focus. Tapi aku cuba sedaya upaya aku untuk kawal sakit tu dan hiraukan emosi aku untuk terus ‘give up maira.. kau dah tak boleh tahan lagi. It might be worse if you keep stand any longer’ No! I wont. But after another half and hours, Aku terus give up. aku betul-betul tak boleh tahan lagi. And what makes me feel upset is aku teruja bila dapat soalan sebab hampir semua soalan aku pernah jawab sebelum ni dan aku yakin aku boleh score.

Masa aku keluar dewan, aku nampak kawan baik aku tersenyum riang. Aku yakin dia boleh jawab. Tapi aku? Lain ceritanya.. Tanpa sedar, air mata laju mengalir tanpa dipinta. kawan baik aku cuba tenangkan tapi makin laju ia mengalir. Aku pun tak tahu kenapa. Saat itu aku perlukan someone yang boleh comfort aku. I did call him. But I couldnt reached him. So I called someone else that i knew very well.  Dia tak pernah gagal comfort kan aku. Thanks dude =) really appreciate..

Bila aku sampai bilik, aku terus tidur sebab sakit aku makin melarat. I cant even stand properly and when i laid, semua posisi tak mengena. Akhirnya, entah bila pun tak sedar aku terlelap. Lepas bangun baru okay sikit sakit tu tapi sedih tu masih berbaki. Hilang selera makan. efek dia dah macam orang putus cinta LOL :D Setiap yang berlaku ada hikmah nya. Aku just harap aku tak gagal paper tu. saat tu juga aku sedar, no matter how prepare you are, how smart you are, how confident you are, once Allah test you.. those means nothing. so, let always have faith toward Him and be strong =)


oh ya, i went to cuti-cuti malaysia few days back with my beloved family. now, i got more or less one weeks left before i'm heading back to campus. new semester. new story. new spirit. nanti bila dah balik campus mula la rindu katil ku yang empuk dan masakan mak huuuu. kbai :D

Jan 16, 2012

perfect distraction

you are my perfect distraction
since the day i met you and until today
my head has tons of idea about you
you such an impaired person
but sweet and romantic in the middle
my heart was stolen
and you the only one should be blamed

you are my perfect distraction
i'm helpless whenever you are around
forgetting you such impossible
the feeling was so great
can't imagine even a second without you
you such a drug to me
i can't barely breath
and you are totally my perfect distraction =)