Feb 24, 2011

tewas

minggu mid terms sudah lama berlalu tapi kesannya baru terasa sekarang. keputusan untuk mid terms kali ni sangat tidak memuaskan hati aku. keputusan yang mampu untuk buat aku jatuh ke bawah sehingga tak berdaya hendak mendongak ke atas lagi. ternyata kali ini aku kalah... aku kalah dengan diri aku.aku kecewa dengan diri sendiri. aku gagal mencapai target yang aku inginkan.

kegagalan kali ini cukup untuk buat aku tersedar. aku tidak bijak. aku belajar tapi tidak bersungguh-sungguh. aku tidak mengambil berat benda sekecil zarah dan mengambil mudah. itu kesilapan aku. tapi ini tak bermakna aku akan terus dibawah. aku akan tebus kegagalan itu!!!

Feb 19, 2011

Antara 2 Cinta


Assalamualaikum

Baru-baru ni campus aku ada menganjurkan forum. Aku teringin sangat nak pergi sebab forum lepas aku tak boleh pergi gara-gara ada kelas ganti huhu roomates aku pun pergi sekali sebab dia nak tengok akhil hayy kata nya. Aku nak pergi sebab tertarik dengan tajuk forum tu sebenarnya hehe Antara Dua Cinta yang bakal dikupas oleh ustaz akhil hayy(pendakwah bebas dan penyanyi) dan ustazah Fatimah Syarha(penulis novel). Maklumlah hujung malam minggu tak buat apa kan, tak kan nak merongeng je kerjanya =D

Meh aku kongsi sedikit sebanyak info dan peringatan yang aku dapat daripada forum ni. Forum ni banyak menekankan mengenai cinta antara sang Pencipta dan manusia. Kita selalu mengimpikan cinta yang penuh dengan fantasi dimana indah semuanya  tapi kita tak pernah nak kenal dan tahu bagaimana hendak mendampingi cinta Allah iaitu cinta yang abadi selamanya. Kita boleh lihat sendiri dimana jika kita menyayangi seorang insan dengan sepenuh hati kita mudah terluka dan kecewa kerana cinta itu penuh dengan helah dan sengsara. Sesungguhnya kita acapkali berbangga dan bongkak dengan manusia yang hanya bersifat sementara dan penuh dengan kelalaian.tatkala kita merasa kecewa, ingatlah Allah sentiasa ada dan bacalah nota-nota cinta yang telah diberi iaitu al-Quran sebagai penenang jiwa.

Cuba renungkan kisah Rasulullah dimana baginda pernah berkata ‘sesungguhnya aku sangat merindui’ lalu para sahabat berkata ‘siapa yang kamu rindui wahai Rasulullah? Sudah tentu kamu merindui para malaikat.kedua, para solehin dan akhirnya kami semua iaitu para sahabat’ baginda terus menjawab ‘ sesungguhnya aku sangat merindui dan menyayangi umatku yang tidak berpeluang bertemu dengan aku, yang tidak pernah mendirikan solat di belakangku dan yang tidak berpeluang berjuang bersama aku’ Lihat, sungguh kasih Rasulullah kepada kita walaupun baginda tidak pernah bertemu kita tetapi pernahkah kita mengingati baginda dengan hanya berzikir atau mengenali tentang dirinya melalui sejarah-sejarah Islam? Muhasabah diri kita kembali.....

Bercinta tidak salah tetapi kena pada gaya dan batasnya. Tipulah kalau kita tidak pernah tersuka atau terminat pada seseorang sehinggakan kita melakukan sesuatu untuk mengenali si dia seperti sanggup skodeng si dia, berusaha mendapat perhatian dia atau dengan cara yang lain. Sudah menjadi fitrah manusia yang dikurniakan perasaan marah, cinta, sayang, benci, gembira dan sebagainya dan kemudian dizahirkan seperti meluahkan perasaan suka, melepakan kemarahan dan lain-lain. Semua itu perlu dikawal dengan akal dan fikiran yang telah dikurniakan sebaiknya ditambah dengan kekuatan iman di dada. Cuba hayati lirik lagu Kalau Berpancaran. Tersenyum semua bukan? Lagu itu pun penuh dengan nasihat yang boleh kita teladani. Love after marriage adalah yang terbaik. Tapi mampukah kita menahan godaan dunia? insyaAllah boleh =)

Part yang buat aku menitiskan air mata bila salah seorang panel tu cakap, Rasulullah pernah berpesan sebelum baginda wafat iaitu ‘sampaikanlah pesananku walaupun sepotong ayat’. Sehinggakan saat baginda nazak, baginda masih mengingati umatnya berbanding sakitnya sakaratulmaut itu sendiri. Aku tersentuh barangkali hee =D oleh itu marilah kita memperbanyakkan amal ibadat kita kerana hendaklah kita sentiasa mengingati kematian. Sesungguhnya saat kematian itu tidak akan diawalkan mahupun dilewatkan walaupun sesaat. Banyak lagi nak cerita tapi cukup kot sekadar ni buat peringatan aku dan yang membaca. Sekadar renungan bersama =).....


Feb 15, 2011

teater

assalamualaikumm

lately, entri aku semua macam sadis dan tekanan je kan? bosan gak aku nak tatap tiap hari.. hari hari rutin yang sama. pergi kelas sampai petang lepas tu balik bilik siapkan kerja dan kalau ada masa terluang, raikan dengan main game sepuasnya.... baru je sampai campus tapi dah tak sabar nak tunggu cuti heee =D baru ingat nak post sal resepi tu. maaf lah yer, tak sempat lak. next time perhaps... =)

hari tu roomate aku ajak pergi tengok teater. pergi lah terkedek-kedek kami berempat heee =D teater tu bertajuk cinta ku milik siapa? barisan pelakon terdiri daripada budak jurusan undang-undang. ia berkisarkan mengenai cinta seorang hamba yang leka dengan dunia dan akhirnya kembali ke pangkal jalan setelah menyedari cinta seorang wanita terhadap Allah dan rasulnya. jalan cerita dia boleh tahan. dah nama pun teater muzikal kan, mesti ada orang nyanyi segala bagai.. part nyanyi tuh yang tak-boleh-blah.. nak pecah perut aku tengok gelagat diorang. dah lama tak rasa macam tu =) 


hari tu nak pergi tengok teater natrah, sekali ada event lain pulak haizzzz dah lama kot mengidam nak tengok teater natrah huhu rupanya ada penampilan istimewa penyanyi nasyid, suhaimi. aku dah mula hairan bila 1 part ni orang nyanyi lagu hindustan. rupanya suara suhaimi.. no wonder lah. lepas habis teater tu terserempak dengan isteri suhaimi, ina. boleh tahan gak budak-budak ni pergi bergambar dengan dia. aku malas nak ambil pusing. mata dah kuyu, hanya katil di fikiran.. mengantuk sudah. tapi teater tuh aku sangat kagum dengan dorang. tak kiralah warga prop dan barisan pelakon. memang mantap hasil kerja dorang.. syabas~

baru je nak gelak ketawa sekali demam pula huhu tanda nya nak aku berehat lah tuh. apa lagi kerja aku, tidur sajalah buuuu. awal pagi dah bangun kononnya orang demam kena mandi awal. roomate aku ada event maulidul rasul dan ada yang kena pergi kelas ganti. tingal lah aku terkontang-kanting dalam bilik ni sorang-sorang. tiba-tiba dapat message dari chenta hati aku, farah nazirah badardin. terus bagun kemas bilik heee nanti dia merepek kat aku sampai ke petang. rindu nak lepak dengan si nick dan ida sekali.. pergi alamanda yang dah macam rumah ke-2 kitorang. sebelum aku terlupa, selamat menyambut maulidul rasul ya semua.. perbanyakkan berselawat ke atas junjungan nabi kita nabi Muhammad S.A.W...


Feb 8, 2011

way back to campus

assalamualaikumm....

bikin panassss je bas ni. cakap pukul 12 t/malam tapi pukul berapa mau datang daaa? punya semangat nak balik (konon-konon) pukul 11 aku dah pergi tunggu bas. ramai orang tu tak payah cerita la kan. ada yang baru nak beli tiket balik pun ada. itu memang kes kirim salam lah nak dapat tiket last minute.

alih-alih mak cik tu cakap pukul 2.30 pagi baru bas datang adek! jalan sesak sebab tu lambat datang. Omagaddddddd. pukul berapa aku nak sampai campus macam ni? tak pe.. dengan penuh kesabaran aku balik rumah dulu, tidur 1 round hehe pukul 2 pagi aku pergi balik stesen bas td. dengan harapan yang menggunung, aku pergi tanya makcik tu lagi. bas pukul berapa sampai? makcik tu jawab, sekejap lagi sampai lah. aku cool jep. sekali bapak aku tak berapa sihat jadi dia biar aku tunggu bas sorang sorang huhu

sekali kau tahu pukul berapa bas datang? teka! tEkA! TEKA! pukul empat pagi daaaaaaaa. gila apa? ahh tak guna aku naik darah pun. terus aku masuk bus dengan tersengguk-sengguk. aku dah mula risau, bila tahun aku nak sampai campus. ada kelas kot keesokkan hari nya. itulah bahana beli tiket lewat.. sampai shah alam pun pukul 8 lebih. nak naik komuter dan LRT lagi. sampai gombak kena amek bas pulak.. haizzzz sampai sana memang tepat pukul 12 tengah hari. alamatnye skip kelas la aku pagi ni huhu

selesai je solat, terus aku tidur. sedar sedar dah pukul 6.30 pagi baru aku bangun. perghhh lama tak lama aku tidur. boleh tahan la kan.. penat punya pasal plus tekanan dapat mark for mid term paper. walaupun tak fail tapi marks tu belum memuaskan hati aku. yer, berkerja keras la cik maira oii. assignment pun kau buat tak endah. teruk, terukkkkkk. aku perlukan perubahan sikap yang drastik! malas nak mati ni pehal lah.. adehh

Feb 6, 2011

moments in Kedah

assalamualaikum

tak nak balik campus lagi boleh tak? tapi, assignment banyak lagi tak siap -_-' perasan tak aku dah cerita pasal kedah entri lepas? nampak sangat tak puas lagi cuti seminggu duk rumah haizzzz setiap hari ada saja aktiviti yang aku buat sepanjang duk Kedah ni. tak nak bazirkan walau sehari pun dengan tidur saja =P  cuti kali ni mesti nak spend time dengan family je. nak pergi berkelah lah, melancong lah, apa lah... cakap saja tak guna kan?

memandangkan semua adik beradik aku balik cuti kali ni, memang meriah la kan. macam nak peluk semua orang ketat ketat hahaha rindu gila kot nak luangkan masa macam ni. rindu masa zaman kecik hingusan dulu. selalu sangat gaduh dan aku lah ratu air mata bila tomoi dengan abang-abang aku. nangis memanjang mak aku cakap haha tapi sekarang kena kental sebab aku dah jadi aunty. anak sedara dah beratur kot. jadi, kena berlagak matang sedikit walaupun pada dasarnya aku masih kebudak-budakkan.

hari tu, maksu aku buat makan-makan untuk anak sedara dia semua. kat rumah dia lah aku dan sepupu aku berkumpul. bayangkan family aku saja dah 15 orang campur anak sedara, kak ipar dan abang ipar, di tambah lagi family sepupu aku..... memang ramai lah malam tu kat rumah dia. part best sekali ialah makanan! maksu aku ni suka buat western foods. sedopppppp wehhh. lepas makan makan aku sempat gak sembang dengan sepupu aku. kepala depa memang sengal abes la kan. asyik aku je kena sakat ni huhu sepupu aku sorang tu ada minat yang mendalam dalam photography. gambar yang dia ambil semua cun cun. tetiba nak jadi model dia. okay aku tahu dengan muka tak seberapa ni dia mesti tolak kaw kaw punya huhu jadi, lupakan saja......

hari keesokkannya pula plan nak pergi padang besar,Perlis. konon konon nak pergi beli belah lah. tapi memandangkan duit tak berapa masyukkkk jadi aku hanya ikut saja abang aku. dia buat businnes jadi memang kaw-kaw lah dia borong. before nak balik tu sempat juga rembat sehelai baju hehe elok je sampai rumah, ayah aku ajak pergi penang. nak ambil adik aku demam katanya. padahal homesick adek aku tuh hehe aku baru perasan yang pipi aku makin comel semenjak duk rumah ni. makan cukup katakan.. tak pe cik maira, balik campus nanti kena jimat gile...

sekejap je masa berlalu, mid break dah abis pun. sayu gila nak balik sana. aku tahu aku banyak buat salah pada kedua ibu bapa aku. aku dah kecewakan mereka. aku dah hancurkan hati mereka gara-gara mengikut rentak yang aku ingin kan. mak! ayah! maafkan saya.. insyaAllah aku janji, aku akan hadiahkan mereka segulung ijazah. hanya itu yang aku mampu untuk mengembirakan mereka berdua.. =) jom kembali ke campus!!!

Feb 2, 2011

hari-hari di Kedah

Assalamualaikum...

i'm not feeling good lately.its like an old lady already.. hey, you know what people? finally i'm in Kedah. there lots sort of things in my mind right now especially when talked about home. home sweets home right??? =) i missed my room, my bed, my pillow and my wardrobe. i love to spend the whole day just sitting and laying down in my room. kinda bored right? to me, its not.

on the second day, i went to dental clinic to have tooth's check up. i asked my dad to accompany me but he refused to. then i decided not to go.. em em not alone! suddenly my mum offered herself to accompany me. thanks mum.. you are my savior =) i really freaking scared to see the doctor. i don't know why but its been since i was a kid. i wish i have the strength to open up my mouth and let the doctor do the rest.. the doctor was very friendly and she made some jokes too haha well, actually i was planning to wear braces heee though i dont know yet.. it cost a lot you know!!

today i had decided to hang out with my panda to celebrate panda's birthday. even it was a month ago but i'm still want to celebrate it. i always save the best at last. so yeah, we did have fun together. eating, laughing, joking and enjoying ourselves being together. awww, i love that moment. thanks for be around with me =) before we heading back, i bought spaghetti and pizza ingredients. my sister and my brothers wanna come back this chinese new year. so, i want to make our 'makan besar'  *wink *wink 

yet, i'm still not in mood to finished up my assignments. oh nOooooooooo what a lazy lady i am -_-" . plus, i have to settle down PTPTN and MARA forms before goin' back to campus. the thing is, i'm trying to apply JPA but i don't know how. anyone knows? whatt!!! JPA?? for me, its such a big dream that never come true. well, just give it a try. who knows.... btw, it did mention that JPA will open up new application every 1 feb. but there is no such thing. so, how come?? i have no idea at all.... *sigh

the tahi part never gives up till now. my phone's charger was inapplicable and cannot be turn on till i'll be back to campus. oh tahi!!!!  that means no one can reach me out. em em NO ONE... i have to forget my phone for while huhu but still, i have my lovely lappy with me =) facebooking n blogging all the time. oyeahhhh =D