Feb 19, 2011

Antara 2 Cinta


Assalamualaikum

Baru-baru ni campus aku ada menganjurkan forum. Aku teringin sangat nak pergi sebab forum lepas aku tak boleh pergi gara-gara ada kelas ganti huhu roomates aku pun pergi sekali sebab dia nak tengok akhil hayy kata nya. Aku nak pergi sebab tertarik dengan tajuk forum tu sebenarnya hehe Antara Dua Cinta yang bakal dikupas oleh ustaz akhil hayy(pendakwah bebas dan penyanyi) dan ustazah Fatimah Syarha(penulis novel). Maklumlah hujung malam minggu tak buat apa kan, tak kan nak merongeng je kerjanya =D

Meh aku kongsi sedikit sebanyak info dan peringatan yang aku dapat daripada forum ni. Forum ni banyak menekankan mengenai cinta antara sang Pencipta dan manusia. Kita selalu mengimpikan cinta yang penuh dengan fantasi dimana indah semuanya  tapi kita tak pernah nak kenal dan tahu bagaimana hendak mendampingi cinta Allah iaitu cinta yang abadi selamanya. Kita boleh lihat sendiri dimana jika kita menyayangi seorang insan dengan sepenuh hati kita mudah terluka dan kecewa kerana cinta itu penuh dengan helah dan sengsara. Sesungguhnya kita acapkali berbangga dan bongkak dengan manusia yang hanya bersifat sementara dan penuh dengan kelalaian.tatkala kita merasa kecewa, ingatlah Allah sentiasa ada dan bacalah nota-nota cinta yang telah diberi iaitu al-Quran sebagai penenang jiwa.

Cuba renungkan kisah Rasulullah dimana baginda pernah berkata ‘sesungguhnya aku sangat merindui’ lalu para sahabat berkata ‘siapa yang kamu rindui wahai Rasulullah? Sudah tentu kamu merindui para malaikat.kedua, para solehin dan akhirnya kami semua iaitu para sahabat’ baginda terus menjawab ‘ sesungguhnya aku sangat merindui dan menyayangi umatku yang tidak berpeluang bertemu dengan aku, yang tidak pernah mendirikan solat di belakangku dan yang tidak berpeluang berjuang bersama aku’ Lihat, sungguh kasih Rasulullah kepada kita walaupun baginda tidak pernah bertemu kita tetapi pernahkah kita mengingati baginda dengan hanya berzikir atau mengenali tentang dirinya melalui sejarah-sejarah Islam? Muhasabah diri kita kembali.....

Bercinta tidak salah tetapi kena pada gaya dan batasnya. Tipulah kalau kita tidak pernah tersuka atau terminat pada seseorang sehinggakan kita melakukan sesuatu untuk mengenali si dia seperti sanggup skodeng si dia, berusaha mendapat perhatian dia atau dengan cara yang lain. Sudah menjadi fitrah manusia yang dikurniakan perasaan marah, cinta, sayang, benci, gembira dan sebagainya dan kemudian dizahirkan seperti meluahkan perasaan suka, melepakan kemarahan dan lain-lain. Semua itu perlu dikawal dengan akal dan fikiran yang telah dikurniakan sebaiknya ditambah dengan kekuatan iman di dada. Cuba hayati lirik lagu Kalau Berpancaran. Tersenyum semua bukan? Lagu itu pun penuh dengan nasihat yang boleh kita teladani. Love after marriage adalah yang terbaik. Tapi mampukah kita menahan godaan dunia? insyaAllah boleh =)

Part yang buat aku menitiskan air mata bila salah seorang panel tu cakap, Rasulullah pernah berpesan sebelum baginda wafat iaitu ‘sampaikanlah pesananku walaupun sepotong ayat’. Sehinggakan saat baginda nazak, baginda masih mengingati umatnya berbanding sakitnya sakaratulmaut itu sendiri. Aku tersentuh barangkali hee =D oleh itu marilah kita memperbanyakkan amal ibadat kita kerana hendaklah kita sentiasa mengingati kematian. Sesungguhnya saat kematian itu tidak akan diawalkan mahupun dilewatkan walaupun sesaat. Banyak lagi nak cerita tapi cukup kot sekadar ni buat peringatan aku dan yang membaca. Sekadar renungan bersama =).....


1 comment:

nur said...

Betul uh. Nabi kita uh gak nanti akan ckap," kau mahu bawa kemana umatku itu!" jawab malaikat," umat mu menderhaka pada Allah." tyme uh jgak rasullulah sedih. :( sian kan. Sampai kat pdang mahsyar pun nabi ingat kat kter. Hu2. Nice post myra