Feb 6, 2011

moments in Kedah

assalamualaikum

tak nak balik campus lagi boleh tak? tapi, assignment banyak lagi tak siap -_-' perasan tak aku dah cerita pasal kedah entri lepas? nampak sangat tak puas lagi cuti seminggu duk rumah haizzzz setiap hari ada saja aktiviti yang aku buat sepanjang duk Kedah ni. tak nak bazirkan walau sehari pun dengan tidur saja =P  cuti kali ni mesti nak spend time dengan family je. nak pergi berkelah lah, melancong lah, apa lah... cakap saja tak guna kan?

memandangkan semua adik beradik aku balik cuti kali ni, memang meriah la kan. macam nak peluk semua orang ketat ketat hahaha rindu gila kot nak luangkan masa macam ni. rindu masa zaman kecik hingusan dulu. selalu sangat gaduh dan aku lah ratu air mata bila tomoi dengan abang-abang aku. nangis memanjang mak aku cakap haha tapi sekarang kena kental sebab aku dah jadi aunty. anak sedara dah beratur kot. jadi, kena berlagak matang sedikit walaupun pada dasarnya aku masih kebudak-budakkan.

hari tu, maksu aku buat makan-makan untuk anak sedara dia semua. kat rumah dia lah aku dan sepupu aku berkumpul. bayangkan family aku saja dah 15 orang campur anak sedara, kak ipar dan abang ipar, di tambah lagi family sepupu aku..... memang ramai lah malam tu kat rumah dia. part best sekali ialah makanan! maksu aku ni suka buat western foods. sedopppppp wehhh. lepas makan makan aku sempat gak sembang dengan sepupu aku. kepala depa memang sengal abes la kan. asyik aku je kena sakat ni huhu sepupu aku sorang tu ada minat yang mendalam dalam photography. gambar yang dia ambil semua cun cun. tetiba nak jadi model dia. okay aku tahu dengan muka tak seberapa ni dia mesti tolak kaw kaw punya huhu jadi, lupakan saja......

hari keesokkannya pula plan nak pergi padang besar,Perlis. konon konon nak pergi beli belah lah. tapi memandangkan duit tak berapa masyukkkk jadi aku hanya ikut saja abang aku. dia buat businnes jadi memang kaw-kaw lah dia borong. before nak balik tu sempat juga rembat sehelai baju hehe elok je sampai rumah, ayah aku ajak pergi penang. nak ambil adik aku demam katanya. padahal homesick adek aku tuh hehe aku baru perasan yang pipi aku makin comel semenjak duk rumah ni. makan cukup katakan.. tak pe cik maira, balik campus nanti kena jimat gile...

sekejap je masa berlalu, mid break dah abis pun. sayu gila nak balik sana. aku tahu aku banyak buat salah pada kedua ibu bapa aku. aku dah kecewakan mereka. aku dah hancurkan hati mereka gara-gara mengikut rentak yang aku ingin kan. mak! ayah! maafkan saya.. insyaAllah aku janji, aku akan hadiahkan mereka segulung ijazah. hanya itu yang aku mampu untuk mengembirakan mereka berdua.. =) jom kembali ke campus!!!

No comments: