Nov 6, 2010

Le Gardenie

Le Gardenie
kenal tak muka-muka comel di atas? ada iras muka tuan belog ni kan.. heeee :D
ini salah sebuah komik yang agak femes pada tahun 2005 hasil karya BEN. sudah lama komik ini berada di hati pembaca terutama readers Utopia. jalan cerita yang menarik dan penuh dengan konflik antara persahabatan dan kepercayaan. semalam aku kemas bilik aku yang agak bersepah, tetiba terjumpa pula komik ni. sebab tu tergerak hati nak post pasal komik ni. nostalgia gitu eeuwww
lepas tu ape lagi, khatam untuk entah ke berapa kali pun tak tahu. amaran: watak dalam komik ni sangat comel!!!

mari aku kenalkan watak-watak dalam komik ni. terdapat 4 watak penting iaitu Orange (watak utama) , Kiwi, Lemon, Apple. nama watak pun dah macam nak makan kan?

permulaan cerita bermula apabila family Orange berpindah ke suatu kawasan baru dimana berlakunya titik perkenalan antara Kiwi dan Orange. mereka berkawan rapat daripada kecil hingga-lah meningkat remaja ke alam persekolahan. tetapi persahabatan mereka mula goyah tatkala Orange mengenali seorang gadis bernama Lemon yang kaya, berniat jahat terhadapnya dan bijak berpura-pura demi kepentingan dirinya sendiri. Pada masa yang sama Orange terpikat pada seorang gadis bernama Apple. dia seorang yang pendiam,lemah lembut dan penuh misteri. Manakala Kiwi, dia seorang gadis yang berjiwa lasak,kental dan selalu berpakaian seperti lelaki. dia juga membela seekor tupai yang juga menjadi teman rapatnya untuk meluahkan perasaan selain Orange. Orange mula meragui persahabatan antara dia dan Kiwi apabila Kiwi dituduh mencuri tabung kewangan di sekolah mereka. pelbagai konflik berlaku setelah Orange mendekati Lemon and Apple terus menjadi misteri...

nak tahu apa yang terjadi seterusnya? beli la novel grafik Le Gardenie, terdapat 4 volume dan boleh je baca kat sini... watak idaman aku Apple dan Kiwi. sewittt je aku baca :)

4 comments:

Anonymous said...

uiks! x sangka myra ade koleksi Le Gardenie nih...pinjam siri 3 & 4 bole??plssssss!!! [im waitin' rite here babeh] -acik abby-

Cik Maira said...

maaf!
koleksi nya sudah diambil orang
cik lambat gtw
lau dak dan simpan kat cik
huhu

alay said...

slm myra.takde yg versi bhsa mlayu ker kalau nak bca dlm on9?

Unknown said...

saya dah lama cari volume ke 4