Dec 10, 2011

2Kosong :D

assalamualaikummmm


i'm already Twenty :D

yeay!
happy birthday to me~
wishing all goodness keep accompany 
big thanks for those wishes and gifts




Dec 8, 2011

quick update!

assalamualaikum.. 

dah lama sangat rasa nya tak update blog. kalau nak cerita faktor-faktor kenapa cik maira tak update blog? mungkin 1000 sebab pun belum tentu cukup. so, lets skip that part. since sekarang dah the end of the year (its DECEMBER!!!) oh sangat teruja bila dah Disember. mesti adik-adik kat rumah tengah happy melangit kan sebab dah cuti sekolah. aku ni pula dah berhempas pulas nak final exam. G R E A T. eh this 10th Dec is my birthday.. ehem..ehem.. =) ujung bulan ni pula dah nak final. pray the best for me =) sem ni sangat padat dengan aktiviti club. insyaAllah aku masih mengekalkan target untuk menaikan pointer berbanding semester lepas yang sangat lah teruk. sebenarnya nak update satu benda je.

happy Anniversary my dear Mohd Firdaus Othman =)
joy.tear.always.together




kbai!

Oct 16, 2011

semester baru, semangat baru

Assalamualaikumm

whoaahhhhh.. macam rasa dilahirkan semula bila masuk semester baru ni. hyperbola disitu ya adik-adik =D seperti yang saya penah cakap dalam entri-entri yang lepas. cuti yang panjang tu kini sudah tamat. teruja sangat nak masuk campus balik. jumpa kawan-kawan, jumpa buku tebal-tebal, jumpa tekanan yang tinggi, jumpa makanan yang sedap-sedap dan seangkataan dengannya lah. best tau duk campus ni heee duk rumah lama-lama pun boleh bosan. 

jadi, sempena masuk sem baru ni, semangat nak belajar tu meninggi pula. harap semangat yang berterusan lah hingga ke akhir semester, aminnnn =) semester kali ni saya ambil 6 subjek dengan 16 je jam kredit hehe nampak macam sikit kan? tapi bila dah nak exam, mak aikkk!!! nak ngadap buku nya bukan main banyak. oh ya, suka bilik semester ni sebab tak payah naik tangga segala bagai haha sebenarnya almost two months dah masuk campus tapi tak sempat nak update blog ni.

sejak masuk campus ni, banyak pula program kena urus. jadi, masa nak online tu agak terhad lah. minggu lepas ada majlis konvoksyen. sempat juga rembat robe senior hehe ambil mood awal-awal =D kepada kawanku yang bakal graduasi semester depan, chaiyokkk. do the best for your final year, final sem =) selamat kembali ke kampus juga kepada rakan sekampus lain.. =)



Sep 17, 2011

the lost one

assalamualaikumm

i never expect it would ended such way. i lost my grandmother, not one but both of my grandmothers. its such a gloomy weeks for me. before Ramadan, i lost my granny on my father's side and right after we celebrated Eid, i lost my granny on my mother's side. i was very close with my father's side granny. i used to live with her almost 3 years. i'd spent the whole day missing her so much. i wasn't that close with my mother's side. but still, i love them so much. now, i lost both of them.. al- Fatihah~ 

i wish i would be strong enough to live on. 

Aug 24, 2011

persiapan hari raya

rasa nya tak terlalu awal untuk bercerita pasal persiapan hari raya yang bakal tiba. tinggal lebih kurang seminggu saja lagi. Ramadan dah pun nak meninggalkan kita. semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadan akan datang, insyaAllah. saat saat akhir ni mesti sekitar kawasan rumah kita dah bising dengan dentuman bunyi mercun dan meriam. walaupun dilarang tapi kanak-kanak lazimnya tetap gemar bermain mercun. mesti korang pun main sekali kan? :P entri kali ni aku nak cerita sikit sebanyak persiapan tatkala hari lembaran menjelma...

1#  tiap tiap kali raya, mesti mak dan aku orang yang paling sibuk. mengemas rumah dan buat biskut raya. nak diharap abang abang? memang sampai ke tua la kerja tak bersentuh. tapi kali ni lain sikit. memandangkan aku cuti yang teramat panjang, jadi mak serahkan segala persiapan buat biskut kat aku. 100% gua cakap lu. okay, ini first time aku buat biskut raya tanpa campur tangan mak aku. setakat ni dah 3 jenis kuih aku buat. chip choc. makmur. biskut jejari. memang kecoh dapur walaupun aku sorang sebab percubaan pertama aku gagal. chip choc aku tak kembang lepas tu hangit pula. pandai kan aku bakar? biskut jejari pula terlebih manis. makmur je kira cubaan yang berjaya. tergelak aku sorang sorang kat dapur tu.. memang loser betul! haha tapi aku buat lagi sekali biskut yang tak jadi tu. jeng jeng.. berjaya! =D

google source


2#  mesti lah sibuk shopping raya. nak kasut lah, tudung lah, baju kurung lah. dari kecik sampai la besar gajah ni, tak penah bertempah baju raya. semuanya beli yang dah siap jahit. senang. murah. cepat. tapi berbekalkan duit gaji yang bersisa baki, aku teringin pula nak tempah jahit baju raya. mula nak beli kain ela untuk sepasang baju je, tapi aku ada satu kain pakai yang takda baju. plus, kawan aku ada bagi hadiah 1 kain sut. kira 3 pasang lah baju raya tahun ni. tamak tak? hehe rezeki nama nya tu =) dah selesai beli kain ela, terus aku bawa pergi kedai jahit. buat baju kurung moden =) dalam masa sebulan setengah baju tu dah siap.. ta-ra!!!



3#  hal nak bersihkan rumah mesti tunggu kaum adam balik kampung la. kasi kerah tenaga cukup cukup. setahun sekali kannnn =P nak harapkan mak dan aku je boleh, tapi sekadar dalam rumah mampu la. luar rumah memang tak daya dek kudrat empat kerat ni. bajet usia dah lanjut 70an pula.. haha time semua orang sibuk kemas rumah mesti ada gak sorang kaki malas kan? tak pula kaki penyibuk tak tentu pasal? normal dah situasi tu. sabar jela...

4# daripada kecik sampai besar panjang gini, mesti sambut raya kat kampung, Perak. situ memang suasana kampung habis lah. opah dan tok aku ni ada kebun. kira keliling rumah lah. awal pagi raya mesti bilik air penuh. air dia sejuk macam mandi air telaga. perghhhh memang sentap urat kepala bila mandi. best! kalau semua bilik air dalam rumah penuh, kena mandi guna bilik air luar rumah. itu lagi sejuk tahap beku. sebelum balik kampung mesti mak dah sibuk masak rendang untuk disimpan kat rumah. bila sampai kampung masak rendang lagi. untuk stok kat kampung pula. time ni rumah opah dan tok aku memang macam rumah penginapan yang hot-renting la orang cakap. berpuluh keluarga akan berkumpul. yela, anak opah dan tok dah 10 orang. campur cucu cicit lagi. memang happening tak boleh bayang la kan..

last year, 2010


5# akhir sekali,  mesti nak pasang lagu raya bagi 1 rumah dengar. sampai jiran sebelah pun dengar ni. motif sangat! pasti akan ada suara sumbang turut mengikuti rentak dan melodi raya. bukan melodi terjah abang nas tuuuuu. ini melodi lagu ya kawan-kawan. plus, pagi raya mesti nak berebut lipat duit raya ke dalam sampul. ini sangat childish! tapi seronok sebab ada part berebut haha kemesraan antara adik beradik terjalin disitu. dan pengakhiranya aku juga yang menagis sebab abang aku menang. pftttttt... tahu la kau abang. tapi tu kisah dulu la. sekarang dah matang tak main berebut dah sebab si abang abang dah wajib bagi duit raya kepada aku yang comel ni. agenda berebut sudah luput dek zaman hehe


sekian~


Aug 19, 2011

you're back!

lately, emosi aku tak menentu. muram. naik darah tak tentu pasal. happy like nothing to be happy. yer, tak masuk dek akal tapi itu lah yang terjadi pada aku recently. and guess what? I've been trough this so many times. two words. screw me! done..

tapi bukan itu yang aku nak sampaikan untuk entri kali ni. rindu kawan kawan aku. rindu adik beradik aku. rindu dia. ada sesiapa rindu aku? hmm-mm.. nope i guess. semalam aku keluar main bowling. ha,ha, ha. its fasting month but i did go to bowling? yes.. i just did. aku rasa lain sangat. seronok. bahagia. tersenyum. sesuatu yang aku rasa dah lama aku tak ada perasaan macam tu. mungkin aku dah lama sangat aku terperap kat rumah. satu je aku nak cakap, its good to having you back =) kbai.

Aug 15, 2011

Pretty Little Liar

kaki movies tak? kaki series tak? kaki games tak? kaki tidur tak? kaki segala kaki tak? aku lah tu HAHA memandangkan cuti aku yang masih panjang dan panjang dan terus panjang, kaki segala kaki ni menjadi habit aku bila duk rumah. apa aku buat? mula mula bangun pagi selewat mungkin. kemudian urus diri serta misi menjadi suri rumah terhebat bermula. kemudian upacara mengadap notebook atau TV sampai lebam. akhir sekali, baca sesuatu sebelum tidur lewat malam. ya, itu life aku sepanjang cuti yang sungguh panjang ni =) sebenarnya aku nak kongsi satu series yang aku baru follow ni. dah addicted dengan cerita ni


mula mula boleh terpikat dengan cerita ni bila malam isnin aku sangat lah bosan umpama sardin tidak ditemani dengan mayones. saja lepak tengok TV 8. sekali ada cerita ni, 1st episode pula tu. layan habis la kan.

cerita Pretty Little Liar ni berkisahkan 5 orang gadis iaitu Hanna, Spencer, Emily, Aria dan Alison. nak dijadikan cerita, tiba-tiba pada suatu malam salah seorang daripada mereka hilang secara mengejut iaitu Alison. setahun sudah berlalu, Aria kembali ke Rosewood setelah berpindah ke Iceland sejak peristiwa tersebut berlaku. Kehilangan Alison masih menjadi tanda tanya sehingga lah kepulangan Aria ke Rosewood dan menerima satu SMS daripada unknown yang mengelarkan dirinya sebagai A



Pesanan daripada A mengejutkan Aria kerana si A mengungkit kembali kisah silam nya dan mengugut untuk membongkar rahsia Aria selama ini. malangnya, bukan Aria sahaja menerima pesanan daripada si A tetapi keempat-empat mereka menerima pesanan daripadan si A. mereka menyangka si A ialah Alison yang sudah lama hilang saja mahu bergurau dengan mereka. tetapi tekaan mereka tersasar tatkala mayat Alison dijumpai dirumah tinggalan keluarga Alison. si A mengetahui segala rahsia dan gerak geri  mereka terus menerus menganggu hidup mereka. siapakah si A? apa motif sebenar si A terhadap mereka? mengapa Alison dibunuh? siapakah yang membunuh Alison? nak tahu? jom layan cerita ni hehe

cerita ni penuh dengan misteri pembunuhan Alison dan siapa sebenarnya si A. sangat suspen dan penuh dengan konflik yang menarik ditambah dengan soundtrack yang best. layan pula aku hehe kalau nak layan kat tv, korang kena ngadap TV setiap hari Isnin, 8tv pukul 10.30. tengah tayang tu season 1. sekarang dah masuk season 2. makin menarik jalan cerita dia. dalam banyak banyak watak, aku paling suka watak Aria dengan Ezra. sewitt pula aku tengok hehe oh ya, kalau korang kaki buku. boleh lah terjah novel by Sara Shepard ni.



aku ni memang kaki series tapi sinetron memang aku tak layan la beb. sorry to say. sebelum ni series yang aku follow macam ugly betty(all seasons), ghost whispers, desperate housewives, one tree hill and gossip girls. sama taste tak kita? apa? tak? okay, pergi main jauh jauh.. mungkin ada yang berminat mungkin tak. selalunya kalau aku terlepas satu episod tu, aku akan make sure aku download the whole season. so, tak perlu nak rush ke bilik TV semata-mata nak layan cerita kegemaran. bila dah on campus memang busy tersangat sangat, waktu nak buang masa layan series memang tak ada lah babe. weekend lah jadi mangsa yang sesuai untuk aku series marathon sampai lebam. aku pernah tak tidur semata mata nak habis kan the whole series. nuts tak? tipu lah tak tidur langsung kan, lepas subuh aku bedal tidur seenak mungkin lah hehe

okay, itu saja cerita yang aku nak kongsi untuk kali ni. apa series kegemaran anda? =)


Aug 13, 2011

august,13



i'm start thinking about life
the main purpose
this Ramadan taught me very well
13days already passed
wait my upcoming entry =)

Aug 4, 2011

review: B.liv

Assalamualaikummmm

apa khabar semua? setakat ni korang puasa penuh tak? =) sebenarnya aku baru je beli 1 produk ni. skincare. dah lama usha tapi tak kesampaian nak beli dek poket yang kering lagi kontang dengan harga produk ni yang sangat mahal bagi aku. disebabkan aku keje beberapa bulan yang lepas, baru la mampu nak beli kan.. jadi, aku nak kongsi sikit la 1 produk ni iaitu B.liv daripada cellnique.

Off with those heads ni berfungsi untuk mengurangkan black heads dan white heads sekali gus menghilangkan kehadiran black and white heads di bahagian T-zone. T-zone = dahi, hidung dan dagu. jap, ape? tak tahu black heads tu ape? nah tengok black heads ni. disebabkan aku ada masalah dengan black heads yang sangat banyak sehingga membuatkan kulit tidak bermaya dan kusam, jadi aku pun mencuba inisiatif ni untuk menghilangkan semua nya. 

mula-mula pakai, kulit aku sedikit pedih mungkin tak biasa dengan produk ni. selepas 3 hari pakai, kulit aku dah tak rasa pedih tapi sejuk je. dingin gitu. lepas aku pakai selama 2 minggu, kulit aku mengalami perubahan yang sangat mendadak. kulit aku semakin berminyak. malangnya black heads tidak mengalami sebarang perubahan. aku macam dah nak give up. dah mahal, tak berkesan. grrrr... kulit muka aku kulit buaya barang kali. sikit pun tak berkesan T__T tapi aku go on juga sampai minggu ke-3. Alhamdulillah, perubahan demi perubahan aku boleh nampak.

black heads dah kurang kelihatan dan kulit aku semakin licin dan lembut. selalu black heads banyak kat hidung kan? bila dah pakai produk ni, seriously, hidung rasa licin sangat. okay, ini aku sangat suka =D kulit aku pun dah tak berminyak lagi. jadi, aku sangat syorkan kepada sesiapa yang ada masalah black and white heads ni, cuba lah B.liv.. tak menyesal lah aku cakap kau. boleh nampak sendiri perubahan yang sangat ketara pada kulit. aku sangat berpuas hati dengan produk ni.


produk ni datang dengan dua size iaitu 30ml, RM139.90 dan 45ml, RM179.90. mahal kan? tapi dia memberi kesan yang sangat bagus dan tidak menjanjikan kata-kata kosong seperti produk lain yang kononnya itu lah ini lah. plus, dia ada jaminan dalam masa 2minggu kalau tak puas hati dengan produk tu. wang akan dikembalikan dengan syarat bawa resit pembelian dan produk ni. jadi, kalau tak berkesan juga kat kulit korang, pergi lah serang SASA mintak balik duit korang. okay? =D aku rasa pakai setahun pun belum tentu habis haha kalau nak tahu lebih lanjut, baca sini =)


tunggu ape lagi? pergi beli cepatttttttttt =)


Jul 31, 2011

Selamat berpuasa =)




sat je kan? dah nak masuk bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadan =) tahun ni, feel nak puasa tu lain macam sikit. excited sangat hehe bila dah nak masuk bulan puasa ni, macam-macam lah media cuba iklan kan. belum masuk bulan puasa, iklan nak sambut raya dah banyak dipaparkan. paling femes mesti lah iklan makanan dan minuman kan hehe godaan betul bila nak berpuasa kan? kawal iman dan nafsu jela...

bulan ramadan ni merupakan bulan yang sangat berbeza daripada bulan bulan lain. yela, pahala digandakan berbanding bulan bulan yang lain. solat terawih sudah kepastian untuk semua umat Islam berlumba-lumba mengejar keberkatan dan kelebihan bulan yang mulia ni =) paling best ada bazar ramadan. bukan Muslim je menikmati suasana berpuasa tetapi penganut agama lain juga turut merasai keindahan bulan Ramadan.

oleh itu, ayuh kita beramai-ramai meningkatkan ketakwaan dan keimanan kita untuk bulan Ramadan kali ni. perbanyakkan amal ibadat dan bersedekah. semoga Ramadan kali ini membawa seribu erti di dalam hidup kita semua =) amin~


SELAMAT MENJALANI AMAL IBADAT DI BULAN RAMADAN =)



Jul 9, 2011

Oh Julai!

Assalamualaikumm semua =)

kali ini aku punya entri bukan nak cakap pasal Bersih tapi saja nak kongsi aktiviti hujung minggu aku. seperti yang sedia maklum, aku kini sebagai penganggur terhormat yang suka berjalan dan mencari kedai makan yang belum atau pernah aku kunjungi menjadi suatu tarikan hebat kepada diri aku. ok, jangan menyampah dengan gaya bahasa yang aku gunakan. malah biasakan hehe entri kali ini mungkin banyak gambar yang disajikan.

Julai:
# 3hb- berkelah bersama rakan-rakan sekolah menengah di Titi Hayun, Yan, Kedah
#4hb- luangkan masa bersama rakan sekerja untuk membeli-belah di Queensbay Mall, Penang
#6hb- meraikan tarikh yang penting buat aku =) 
#8hb- ke Penang lagi bersama-sama abang-abang dan adik aku.
#9hb- nak sertai Bersih tapi hasrat terbantut. oleh itu duduk rumah dan buat kek tiramisu heee =D

okay, padat tak? tengok.. kan dah cakap awal tadi. saya memang kaki berjalan dan berjalan itu menggunakan kaki LOL Abaikan! =P 

3Hb
aku drive sendiri dan sendirian dari rumah ke tempat air terjun. kawan-kawan aku semua dah sampai Yan. malangnya aku tersesat dek jalan yang membuntukan aku. masuk hutan-gelap-pokok getah keliling-jalan sempit-gerun sekali. nasib baik jumpa juga jalan benar haha sampai ja Yan terus terharu sebab ingat zaman hingusan dulu selalu pergi situ. okay, kami berBBQ dan seperti biasa aku tukang makan saja. hebat bukan? =P lepas main air kat Titit Hayun. kami pergi Pantai Murni pula. saja ambil angin laut. sempat lagi singgah Tanjung dawai sambut birthday kawan aku tepi laut hehe




4Hb
konon-konon pukul 8 dah nak gerak tapi pukul 9 setengah pagi juga hasilnya. dari sini ke Penang dekat tapi semua nya jadi lambat gara-gara tak tahu jalan ke Kulim sebab nak amek kawan kat sana. guna GPS tapi dia tunjuk jalan kampung gilerrrr. hampir 2 jam juga baru sampai padahal 30 min dah boleh sampai. noob sangat -_-" naik feri lepas tu terus pergi shopping sakan-tak-hengat-dunia-sampai-ke-malam. gaji baru dapatkan. memang sakan habis la shopping kat sana. Baju, beg, facial serum, jam dan seluar. nak nak tengah SALE pula. adoii godaan betul. tapi best boleh keluar shopping tambahan dengan perempuan pula. memang perfect match lah. cakap je tak henti. nak shopping ada kawan bagi komen. boleh gedik nak menentu dengan mereka dan makan tak hingga ape dah teehee =D thanks my girlfriends =)

Left: Mida, una, wanie

6Hb
lepak tengok wayang, Transfomers 3D =D superb sangat. rasa macam nak tengok lagi sekali. pergi makan yee mee tomyam yang perghhhh meleleh pedas dia + nasi claypot kicap yang tak sedap haha lepas tu teruja nampak Big Apple sebab dah lama tak makan. its so nyummy =) time nak balik dapat gift hehe 


8Hb
After jumaat prayer terus gerak. tu pun lepas makan lunch dan took nap seround. pergi lah kami 4 beradik berjalan-jalan meluangkan masa bersama. aku saje ajak pergi shopping sebab sisa-sisa gaji masih berbaki. sekali 4 helai mereka angkut. coiyhhhh tak kisah janji pakai bila dah beli =) lepas shopping, solat jap lepas tu belanja Tutti Frutti. adik cakap sedoppp dan ia amat mahai-nak-mati haha tanpa melengahkan masa, terus pergi Gurney Plaza sebab nak makan kat clinic cafe. tak sempat nak snap picture sebab Dslr kena rembat entah dek sapa dan bateri phone kehabisan  -_-" time masuk semua bajet lapar.bila dah order semua tak larat nak habiskan even 1 dish. hampehh dan sangat membazir ya. 4 orang tapi 5 hidangan. macam mana tu? TAMAK nama nya. masa keluar perut semua memboyot jep HAHA selesai semua tu, acara jum lentok di dalam kereta beramai-ramai bermula haha masa lalu Giant, terus ingat nak beli barang buat Tiramisu. even dah nak tutup pasaraya tu, nyelit juga aku masuk. siap main lari-lari lagi dalam tu dengan abang aku. teeheee =D


9Hb
nak turun KL sebenarnya tapi bila ingat perhimpunan BERSIH akan diadakan terus cancle plan. tak nak ambil risiko huhu jadi, duduk di rumah saja. kemas rumah, masak-masak dan tidur haha nikmat bukan? =P lepas breakfast tadi terus semangat nak buat kek. terus capai segala benda nak bake. sekarang kek dalam fridge dan tunggu malam baru boleh makan. tadi sempat rasa sikit. sedapppp nyah oiiiii. tak terkata lah. tak sabar nak rasa bila dah siap beku nanti hehe =D

Tiramisu Cake =)



itu saja aktiviti yang aku buat demi mengisi masa lapang hehe anda bagaimana pula? =)  

Jun 30, 2011

i'm free now =)

Assalamualaikumm...

wah, hari ni baru ada masa nak jenguk belog tersayang. maafkan saya ya inci belog, saya sibuk mencari rezeki hehe okay! sekarang mood aku sangat gembira. sebab apa? jeng.. jeng.. jeng.. sebab aku dah berenti kerja. fuhhhhhhhh, lega di situ. aku tak perlu lagi tanggung segala kisah gelap di situ. sebenarnya, 28 jun hari tu hari terakhir aku kerja sana. masa nak balik tu aku sempat borak-borak dengan senior & junior kat situ. rasa sayu weh tiba-tiba nak berhenti kerja situ. yela, aku kat sini tak da kawan. harap kawan kampus je ramai tapi semua duk jauh huhu malam tu juga bos aku belanja semua staff makan nasi kukus. walaweh, sedap meyhh =D

sepanjang aku kerja situ memang banyak la pengalaman yang aku dapat. macam-macam ragam manusia aku boleh lihat dan nilai. ada yang biasa, ada yang lagak, ada yang lemah, ada yang naif dan ada yang tiada pendirian. segala macam sudut manusia aku boleh lihat. kadang kala rasa lawak, kadang rasa macam tak masuk akal dan kadang macam naik darah pun ada. inilah yang dinama kan kehidupan. mungkin pada masa akan datang lebih banyak sudut yang bakal aku tempuhi. semoga baik-baik saja =)

kerja kat situ best sebab kerja dia relax dan cool ja. tapi part bos dan sale tu 'berat' sikit lah hehe dekat situ juga aku jumpa kawan baru. yang boleh dijadikan teman aku tatkala berada di kedah. aku tak da kawan perempuan weh. sian kan? kawan masa sekolah semua dah merantau ke tempat orang. cuti selalu tak sama dengan aku huhu semua staff kat situ baik, cun dan tak lokek dek ilmu dan tunjuk ajar. kak dayah, farah, kak a'an, kak maslinda, wani, yana, mida, husna, kak siti, dan ifa =) terima kasih semua...

Jun 4, 2011

bad day

alamak!

aduh!

menyampah aku!

begitulah keluhan hati aku sepanjang hari ini. customer berduyun-duyun. entah apa yang menarik sehingga sanggup menghabiskan ratusan wang ringgit demi memenuhi kepuasan hati dan nafsu. aku tak faham dan tak ingin faham. hari  yang sangat memenatkan bagi aku.melayan kerenah pelanggan yang sangat manja dan cerewet. seolah pinta dibelai bak anak kecil lapar dek perut kekosongan.

aku dimarahi si botak lagi. aku hanya mampu tunduk sebagai tanda akur. kau bos aku sekadar kuli. sudah menjadi adat berkerja dibawah orang. aku hanya menghitung hari untuk berhenti. mungkin rumah boleh memberi aku ketenangan. aku ingin jumpa si dia dan pada waktu yang sama aku sedikit gentar tetapi hari ini hajat aku termakbul. aku sekadar terpaku dan terpana melihat dia. dia jauh dari sangkaan aku. dan aku yakin dia juga rasa sama seperti aku.

May 20, 2011

luahan hidup #2

Assalamualikumm

hidup ni tak sentiasa indah. ada hari sedih. ada hari gembira. ada hari kosong. setiap hari pasti terukir kenangan tidak mengira pahit atau manis. ia bergantung kepada seseorang individu itu sendiri untuk menilai hari-hari yang ditempuhi nya. kadang kala mengeluh sepanjang hari cukup untuk melepaskan beban di dada. tak perlu bertempik dan cari gaduh demi menghilang sedikit tekanan di minda. senyum juga mampu membuat hati tenang. tambahan mendengar alunan ayat ayat suci, sebak di dada bersama air mata mengalir tanpa dipinta.

mungkin aku selalu mengeluh dengan hidup aku. mungkin aku selalu melihat orang lain  terlalu sempurna jika dibanding dengan diriku. mungkin juga aku selalu menilai indah fizikal nya itu bermakna cantik segalanya. aku tahu aku patut hentikan semua tu. tapi ia seakan sebati dengan diri aku dan terlalu sukar untuk mengubah nya dalam sekelip mata. aku benci diri aku sebab aku selalu buat perkara yang aku tahu akhirnya akan melukakan aku.

melihat kehidupan orang lain membuatkan aku sentiasa bersyukur dengan hidup yang aku jalani. Tuhan itu maha adil dan saksama. mungkin aku tak dapat buat apa yang aku ingin lakukan seperti orang lain, mungkin berkat kesabaran aku menunggu yang 'itu' mendapat yang terbaik daripada Nya. aku hanya perlu kuat dan endahkan segala tipu dunia yang melalaikan aku sekali gus membuat aku alpa akan siapa diri aku sebenarnya.

May 15, 2011

oreo cheesecake

 Assalamualaikum

entri kali ni aku tunaikan janji. kali ni aku nak kongsi resepi buat kek oreo berkeju =D kek ni aku buat khas untuk abang afifi aku sebab dia jarang balik rumah sibuk dengan kerja katakan. jadi aku terfikir nak buat kek ni untuk dia. kek ni juga sesuai dihidang hampir kesemua majlis seperti majlis hari lahir. sebiji kek boleh dimakan antara 10-12 orang kerana ia berasaskan keju dan muak dimakan dalam kuantiti yang banyak. tapi yang penting ia sangat lah sedap. ala ala kek kat kedai resepi rahsia... =P

Bahan asas kek
#240 gm kepingan biskut oreo yang telah dibuang krimnya
#120 gm butter cair
#50 gm walnut cincang ( boleh juga menambah/mengunakan bahan lain mengikut citarasa anda)

Cara memasak
1. Tumbuk/hancurkan biskut oreo. jangan terlalu halus.

2.Campurkan dengan butter cair.

3.Masukkan walnut dan tekan adunan pada loyang bersaiz 8 inc supaya padat. Loyang mestilah dilapik dengan kertas minyak dahulu. atau boleh juga disapu minyak di permukaan loyang dan ditabur dengan tepung. ia bertujuan supaya kek tidak melekat pada loyang setelah ia elok masak.

4.Simpan dalam peti sejuk selama 15 minit atau lebih.

Bahan kek
#700 gm krim keju
#300gm gula kastor
#8 keping biskut oreo yang telah dibuang krimnya
#3 keping biskut oreo yang diblender halus
#3 biji telur
#100 gm whipping cream
#1 sudu kecil air perahan lemon

Cara membuat
1.Putar krim keju sehingga betul betul lembut.

2.Masukkan gula dan putar lagi.

3.Masukkan telur dan lemon.

4.Masukkan whipping cream dan kacau rata.

5.Tuangkan setengah adunan dalam loyang yang berisi lapisan biskut tadi.



6.Aturkan kepingan biskut oreo.

7.Taburkan sebahagian serbuk biskut oreo yang diblender.

8.Tuangkan pula baki adunan di atasnya sehingga habis.

9.Hiaskan permukaan dengan taburan serbuk biskut oreo.

10.Letakkan loyang ke dalam dulang pembakar yang berisi air dan masukkan ke dalam oven. Jika loyang boleh diresapi air, balutkan permukaan luar loyang dengan alumunium foil untuk mengelakkan lapisan biskut pada bahagian bawahnya basah dan tidak rangup.

11.Bakar pada suhu 130 C/ mengikut suhu oven yang telah ditetapkan untuk membakar kek selama 1 ½ jam.

12.Setelah masak tutup api. Renggangkan pintu oven selama ½ jam. Kemudian barulah loyang kek dikeluarkan.

13.simpan kek di dalam peti sejuk selama separuh hari hingga semalaman supaya ia elok keras. makan ketika sejuk lebih enak berbanding tidak disimpan di dalam peti sejuk

rupa hodoh tapi rasa sedap sangat. hitam atas permukaan kek bukan hangus ok, tapi biskut oreo yang telah diblender halus =)




credit to: Malihah & hanani =)

~selamat mencuba~

May 11, 2011

luahan hidup

Assalamualaikumm

memandangkan aku sedang giat bekerja demi mencari nafkah buat diriku ternyata manis belajar itu jauh lebih indah daripada berkerja :) aku sudah mula merindui saat dan detik untuk ke kelas dengan tergesa-gesa, pergi kelas main bedal saja baju dan tudung tanpa iron terlebih dahulu, siapkan assignment saat akhir dan berjaga malam konon nak stadi sampai pecah kepala. seksa. sesak. merana. tapi aku rindu semua tu. oh september, cepat lah kau berlalu =D 

kali ni aku hendak mengadu kecil, tak lain tak bukan mesti lah perihal kerja aku. sedikit sebanyak aku baru kenal selok belok perniagaan dan pentadbiran tempat aku berkerja. staff semua cun melecun, kalau kurang rupa macam aku duduk stor jela jawab nye yer huhu tak kisah part tu. yang penting staff kat situ semua sempoi. bos je tak best sikit. harap harap boleh bertahan lama la kat situ.

lagi satu, hari tu aku dah janji nak post sal resepi tapi tak kesampaian lagi nampaknya untuk entri kali ni. barangkali entri yang seterusnya aku post resepi yer =D (bajet macam sedap je aku buat haha ) tapi alhamdulillah hidup aku sekarang lebih terurus. tiada masalah yang melanda. kawan kawan yang setia disisi. cuma result aku untuk 1st sem sangat tidak memuaskan hati aku. mungkin aku dah berusaha tapi tidak cukup untuk aku gapai kejayaan yang aku impikan. insyaAllah next sem aku janji aku akan tebus kembali segala kesilapan dan kelalaian aku pada 1st sem. chaiyokkkkk maira =)

May 4, 2011

earn money

assalamualaikumm

memandangkan aku cuti setahun jadi tak kan nak bazirkan masa tu dengan bina badan dan tidur saja. jadi bermula lah misi aku untuk mencari kerja. seluruh pelusuk aku redah semata mata terdesak nak kerja. terdesak tu macam teruk pula bunyi nye. okay aku tukar.. demi mencari kerja yang halal. cewahh 2 hari juga lah aku menghabiskan masa untuk mencari kerja.  daripada pagi hingga ke petang mencari nya.

baru aku tahu, nak cari kerja part time pun susah tahu? asal aku tanya je 'kak/abang, ada kerja kosong tak?' mesti ni lah jawapan nye ' ada, isi borang ni dulu. nanti bila kami perlukan orang kami call ye' tak pun 'TAK ADA' ohh sangat sadis jawapan nya. aku pula punya la tunggu call nye. tak call call.. haihhh 

tiba-tiba semalam aku dapat call, 'esok datang interview boleh?' H A P P Y tak payah cerita la kan. tu baru interview belum tahu lagi dapat ke tidak hehe then, hari ni dapat lagi call, 'masuk kerja esok boleh?' mak aiiiii lagi la advance kan. tak de nye nak interview segala. terus masuk kerja la buuuuuuu :) tapi sekarang tengah penin pula nak pilih kerja yang mana 1..  

apa apa pun aku sangat bersyukur sebab dah dapat kerja. memang la aku jenis yang tak reti duk rumah lama lama kan. asal cuti lama sikit je mesti nak kerja. bukan apa sekurang kurangnya poket aku terisi dan boleh juga guna time study nanti. dan mungkin lepas ni entri aku penuh pasal kerja haha tak pun aku jarang update  sebab buzy kerja kan. satu je nak cakap.. its time to make money!!!!!!!!!! :)

Apr 24, 2011

seusai semester pertama

assalamualaikumm



16 April 2011 left me so much memories being as a student. officially, i'm done my first semester =) yay!! big hooorayyyyyyyyy there. lived at ground floor not fun as you guys thought. 1st, there was no WIFI connection at all and i have to go to cafeteria or student lounge in order to access to the internet. pity me hah? huhu 2nd, my room was the only room which alive i mean really alive because i heard nothing except my roommates was talking or me myself was talking to all day long. quite scary right? but thank god, i met some people in the wash room. what a long relief there =D 3rd, stuck with freaking-insane-roommates-like-i'm-gonna-lost-my-mind till the last day in campus. well, thats not so bad actually. we had so much fun together. thanks my girlfriends really loves you all mucho mucho =) especially my sweetheart, Farah Nazirah Badardin. we had spent about 2weeks togethers. i gonna miss you lah babe (jangan nak terharu kalau baca :P) we will stuck at home for 5 months. i repeat 5 MONTHS dude! kijo la eden nampok nyo heh. kalau eden kijo goyang kaki jo takpo ko? in short, i'm wishing to all my friends happy holiday peeps and have a nice vacation. see ya on next semester ;)








Apr 21, 2011

Maharaja Lawak

assalamualikumm

sebut je pasal maharaja lawak mesti ramai yang tersenyum dan mungkin ketawa terbahak-bahak tatkala melihat telatah dan gelagat mereka dipentas. kepada yang tidak menahu mengenai perihal ini sila bongkak kan diri anda untuk bertanya inci Google ya.terima kasih

Maharaja lawak telah bersiaran setiap hari jumaat di saluran Warna. jadi sila langgan atau layan je kat youtube secara percuma. kini ia sudah mencecah minggu yang ke3. aku tak pernah melepaskan peluang untuk menyaksikan rancangan ni walaupun minggu pertama maharaja lawak aku ada final exam haha sungguh jahil aku disitu sebab sanggup melepek di bilik TV daripada mengadap buku padahal esok pagi ada paper. ya, ini lah contoh pelajar cemerlang =P antara peserta atau kumpulan yang aku nantikan ialah Jozan, sepah, balas, nabil, jambu dan R2. tapi malang nya R2 dah tersingkir pada minggu ke2.

aku pun malas nak cerita panjang. yang pasti aksi aksi mereka sangat mencuit hati. sangat disarankan kepada yang ada tekanan perasaaan atau jiwa serta untuk mengisi kekosongan yang terkosong tu =D ni antara persembahan terbaik mereka:




Apr 17, 2011

soal dan jawab

assalamualaikummm

aku suka sangat bila dah type panjang panjang then tiba-tiba blog aku logout sendiri nya. oh terima kasih sangat dan gembira dengan mata bersinar-sinar youu (mata di atas tangan di dada) haha ye, saya b a h a g i a . oleh sebab tak nak naik hangin dengan benda yang remeh tu jadi aku mencari sedikit entertainment. jom mulakan sesi soal jawab. i like!!


*Apakah nama sebenar anda?
- Humairah Binti Ishamuddin =)


* Nama samaran yang pernah anda miliki
-merah (family je panggil)
-oren (sebab ketagihan yang melampau terhadap buah oren haha kawan sekolah rendah je panggil)
-umai ( sekadar segelintir yang mengenali dengan gelaran ni)
-mai (masa buat foundation dapat gelaran ni sebab malas nak panggil nama penuh dan sekadar 1 lafaz)
-adek (kakak dan abang je panggil macam ni)
-cik maira (oh sangat meluas. sejak sekolah menengah lagi sampai lah sekarang =))

* Benda yang terakhir kamu beli guna duit sendiri? 
- t-shirt comel kat Central Market 

* Adakah kamu sedang bercinta sekarang? 
- ya (awww i malu LOL)

* Mana lagi sedap ? Aiskrim atau kek ?
- semestinya lah aiskrim. pengubat segala emosi. kalau marah pun boleh senyum hehe

* Tuliskan lima perkataan yang menggambarkan diri korang.
- berdikari
-bajet comel tapi muka ketat sentiasa
-cerewet
-banyak cakap dengan orang yang rapat
-old fashion 


* Nyatakan salah satu blog yang paling anda suka baca..
 
*Anda happy sekarang?
- ya, alhamdulillah =)
 
*kenapa anda happy?
-sebab yang tidak dapat dijelaskan sebabnya haha
 
* 5 benda yang anda idamkan tapi belum tercapai
-iPhone 4
-iPod
-suzuki swift 
-segulung ijazah
-makan kat Full House


 -

Apr 14, 2011

its hard but i did




its time to let him go. 
and please walk away as far as you can because i have no enough strength to face you again. 
you hurt me too much.
i never hate you but you made me. 
enough is enough. 
certainly i can forget you now. 
please dont turn or come back to me. 
you had be my best one and now you be my worst ever. 
thanks for hurting me
thanks for ignored me
thanks for lying me 
thanks for fooled me around.
i had fun enough with those things.
be happy with her LOSER

Apr 11, 2011

kurang waras di situ

hari ni macam macam menda jadi. menda menda yang tak best lah senang cita. 1st, tak dapat MARA sebab aku ipta. 2nd, student division call sebab PTPTN aku tak lengkap. 3rd, tiba-tiba coursemate aku cakap final exam masuk 8 chapters padahal lecturer aku cakap 6 jep chapters (pasal exam pon nak kecoh =P) lastly, template blog aku corrupt lak.

haizz bertambah-tambah menda yang tak best jadi kat aku. 1st and 2nd dugaan tuh yang paling aku risau. mana mau cekau duit bayo fees.. OmaGadddd sangat!! harap harap menda semua ni tak jejaskan aku untuk last paper esok.

sekarang ni rasa macam nak JERITtttttttttttttttttttttt kuat kuat. nak marah orang. nak gigit orang. nak duduk dalam almari pun ada tiba-tiba. oh benci nye bila ada perasaan macam ni. bayangkan muka aku bila marah orang.... (hidung kembang, muka merah sambil ala ala asap kuar serta biji mata yang tersedia kecik jadi beso) hello inci perasaan marah dan kurang waras, saya tak suka awak. jadi sila jauhkan diri anda daripada saya boleh?? saya benci bila marah orang sebab kecomelan saya bakal terjejas (comel ke?)

aku perlukan hiburan selama 15min untuk hilangkan perasaan ni. tapi tak berjaya *sigh *sigh *sigh arghhhhh saya sangat lah seteresssssssssssssssssssss. hormon tengah bulan barangkali. agak-agak kalau aku layan maharaja lawak boleh hilang ke? mungkin ucop welcha patut hiburkan hati aku dengan tarian comelnya (sape setuju angkat tangan macam saya LOL)






nota kaki: sila jauhkan diri awak,awak dan awak dari saya sebab hormon kurang waras saya mungkin akan sakitkan hati awak, awak dan awak

Apr 8, 2011

bila exam mula memberontak


Assalamualaikumm



Sekarang ni aku tengah final exam. Jadi tak boleh lah selalu sangat online even aku memang sedia maklum jarang online tettttttt =D one week lagi kena bertahan kat sini lepas tuh MERDEKA!!  Yay =) sebelum tuh memang kompom kompom la kena struggle habis-habisan. Yela, ‘bawa markah’ pun rendah. Tinggal final exam jela harapan untuk terus hidup huhu

tinggal 2 papers lagi kena struggle mati-matian. so far, tak 1 papers pun yang buat aku tersenyum lebar dan bangga. semua nya buat aku senyum kelat sebab ia sangat sangat lah mudah, senang, rangup dan sedap untuk diperkatakan. tipu!!! ok, fine.. final exam memang sangat susah dan buat aku sesak nafas bila nak jawab. tambah-tambah papers Islamic Reveal Knowledge yang ada 3 soalan sahaja dan kau karang lah sampai patah jari-jari dan terkeluar otak-otak kau. ini fakta dan bukan lagi auta. yang pasti, papers terakhir aku mesti buat yang terbaik =)

7 papers in 2 weeks. Wow and heh.. satu benda jep aku boleh buat adalah belajar, belajar dan belajar! Kepada kawan-kawan aku yang dah habis exam tuh. Tunggu sat hampa, nanti biaq cheq lak duk senang lenang kat rumah. Nganga dan goyang kaki ja. Hampa tunggu sat. amoihhhh perangat aku noh tengah exam.. takpa cheq… dan kepada kawan-kawan aku yang bersama-sama menempuh peperiksaan. All the best peeps!!!! =) jom kita naikkan pointer..


Mar 29, 2011

i'm gonna miss the class

assalamualaikumm

Hari ini merupakan kelas introduction to communication yang terakhir. Agak sedih disitu sebab kelas ni jep aku rasa relax sikit. Kami sekelas ada buat surprise party untuk miss. Masa the whole class cakap SURPRISE!!!! Miss aku boleh buat muka tak bersalah sebab dia ingat kami saje-saje cakap macam tuh. Sekali bila tengok kat stage ada makanan segala bagai baru dia sedar hahaha yang tak boleh blah time budak-budak tuh sibuk bawa masuk makanan pun dia tak perasan langsung even lalu depan dia kot time tuh.  okay, itu sangat kelakar!! hahahaha

Lepas makan, kami sempat ambil gambar ramai-ramai =) miss dah terharu gila. tinggal tak banjir jep teater room tuh. Dari ada appointment terus dia cancel sebab kami buat party khas untuk dia hehe sebenarnya, minggu lepas dah jadi kelas terakhir tapi miss buat extra class untuk sesiapa yang nak tambah markah dengan presentation. Jadi, tak wajib pun nak datang ke tak. Tapi kawan-kawan aku yang lain semua gi sebab carry marks kurang memuaskan (macam lah carry marks aku dah cukup bagus :P) presentation hari ni aku boleh cakap 1 jep. Bosan!!! Miss aku pun macam tak sabar nak tamatkan kelas tadi hahah

Kesimpulanya, kelas dah habis! Yay! hanya sekadar suku hati untuk bergembira sebab final exam pula menanti. Sekarang masa untuk fokus exam. Sape rajin gila tuh, meh lah ajak aku stadi sekali….





nota kaki: gambar kurang enak dipandang hasil lensa yang tidak berkualiti hoho